Sunday, September 20, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri!

Bismillahirahmanirahim & A very good day to bloggers~

Sampul duit rayerr 2009~ 

Hari neh seluruh umat Islam di seluruh dunia menyambut hari kemenangan – Hari Raya, setelah sebulan berpuasa. Alhamdulillah, semua baek2 belaka cuma ada berita sedih buat keluarga mak long di atas pemergian pak long satu hari sebelun hari raya. Salam takziah buat mak long sekeluarga.

Mesti jadual kalian penuh dengan udangan melawat rumah sedara-sedara, sahabat handai dan rakan taulan. Bagi kanak-kanak, collection duit raya menjadi objective utama mereka.BEST kan jadi kanak-kanak? hehe

So, selamat hari raya aidilfitri buat semua tak kira dimana anda berada. Semoga amal ibadah kita diterima ilahi.

P/s: Sama-sama kita doakan kadar kemalangan di Malaysia berkurang. Sangat sedih dan seram sejuk dengar berita kemalangan jalan raya nih~

Friday, September 18, 2009

Trip balik kampung~!

Bismillahirahmanirahim & A very good day to bloggers~

Jalan kampungku~ 

Alhamdulillah,selamat sampi rumah kol830pm setelah bertolak dari Subang jaya lebey kurang kol4pm. Mari kita recap balik chronology of events yang berlaku semalam yer:

  1. Bersiap2 dan kuar dari rumah kat Wangsamaju kol 12pm menuju ke KL Sentral nak fetch Sayuthy yang dah tunggu kat sana lepas mendarat kt KLia dari Labuan
  2. Setelah jem kat depan hospital Kuala Lumpur dan sesat sepam kat tengah2 KL dek ramai orang dan hilang arah tuju..
  3. Beberapa aku tepon Farid tanye jalan.Hoho..si Sayut plak pon dok risau aku tak sampi2 lagik.Tahu la dah tak sabar nak balik kg~
  4. Sampi kt KL Sentral around 0130pm, load barang2 and trus gerak ke Federal Highway nk menuju ke Subang Jaya
  5. Singgah plak kat Sunway Pyramid cari lense Sayuthy. Canon 1.8 50mm. Hoho..beraya sakan la hang~
  6. Lepas berjalan-jalan kat Sunway Pryramid, dapat call dari my younger sister bgitau die dah abes keje and ready to go back~
  7. Terus kuar dari Sunway Pyramid and gerak ke tmpt kije adik aku. Tumpang tnya pak guard, tapi tak mention nama hospital betol2..so end up menunggu kt Sunway Hospital, padahal nk gi Sime Darby Hospital.hoho..
  8. Bergegas ke exact location and trus masuk ke Hiway Plus around 4pm and drive non-stop ke Utara.
  9. Traffic was crowded at the junction Damansara, luckily the traffic still moving. Alhamdulillah. Sayut and adik aku sempat tido sedangkan aku drive sorang sambil ditemani lagu Raya nanyian Rabbani..
  10. Arrive at Simpang Pulai around 6pm and perform jamak prayer at PETRONAS station and buying something for berbuka. Sumer dah segar bugar and teman aku drive. Great! tak busan memandu~
  11. Around 730 already passing Bandar Baharu and approaching Juru tol. Berbuka atas jalan for the first time~hihi. Kueh Pau and air Revive. Thanks to Sayut sebab jadi co-pilot yang tolong bukak air and pass makanan~bley buli ko sekejup
  12. Singgah kat Pelita Juru untuk makan then sambung journey. Jamak kat Bertam exit. Ilyana sms psal iklan PETRONAS plak mse nih.hehe
  13. Sampi kampung, unload some stuff and chit chat for a while with my mom then proceed to send Sayuthy to his wife waiting at Sg Petani tol~
  14. Arrived home safely at 11pm and continue chit chatting with the whole family~

Kepada yang baru nak balik hari nih, hati-hati memandu and semoha sampai dengan selamat hendaknya~

Thursday, September 17, 2009

Selamat Hari Raya Puasa Aidilfitri 2009

Bismillahirahmanirahim & A very good day to bloggers~

rayapuasa-2009

Haiiii, saya Apit~ hehe..tengah tengok Cerita Haiwan Teladan kat TV3. Suka tengok budak2 tuh berkerumun host yang chumel Kak Di and Penanyi Nasyid Ammar tuh, pastu menyanyi ramai2.

Secara official nya aku sudah cuti, maka still baring2 lagik kat atas katil. Belom packing apa2 lagik.haha. So, sempat la edit gmbar buat kad raya jup. Tapi sumer gamba-gamba tuh yang lama punya~

Hari baek, bulan baek nih saya, Mohd Hafizd Yahaya ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun kepada semua kawan-kawan yang mengenali diri ini secara langsung dan jugak tidak langsung dari segi tutur kata, memek muka, tingkah laku dan terkutuk di depan dan di belakang, tak kiralah dimana jua anda berada. Ampun maaf dipinta yer.. :)

InsyaAllah, amalan-amalan kita semua akan diterima Ilahi. Ramadhan bakal pergi meninggalkan kita semua, so rebutlah peluang yang datang setahun sekali seumur hidup.

Okes, mahu start packing lah~ Salam Lebaran semua!

P/s: Iklan Ribena kat TV3 nih extravagance sangat. Tapi memang sedapp kannn?

Wednesday, September 16, 2009

Orang Kuning & Imam HAFIZ

Bismillahirahmanirahim & A very good day to bloggers~

image 

I am glad to inform all of you that I’ve already switched from Celcom Broadband to Didi DiGi Broadband since yesterday~ hehe. For time being, the service from DiGi is much better than Celcom since the stability of the connection provide by DiGi. Hmm, I think rite now in my room, there is another person with Yellow Coverall securing the connection to my lappy.Hoho

Since Raya is just around the corner, imam-imam HAFIZ yang lead tarawikh kat Masjid Usamah Zaid Wangsamaju mebe dah nak pulang ke kampung masing2. So lepas tarawikh, sumer makmum bersalam, berpeluk dan mencium imam2 tuh. Aku tak nafikan, sumpah sedap suara derang. Aku pon siap record lagik before start semayang. Dat’s why sumer sayang bangat sama derang~ jeles2…

Aku pon nama HAFIZd gak~ hehe

P/s: Esok aku dah start cuti, so mau pulang pada petang sok lepas fetch up Sayuthy at KL Sentral n my younger sister at USJ~

Mapuh la~

Salam lebaran sumer,

Blog aku weng dah..Tak kuar button komen..Camno nak buek??

Sape2 bley tolong tak?

Hari nih mesti ada yang dah start cuti kan?

Hmm, haih..tak de blog nih pening gak. Ingat nk pindah gi wordpress lah..

Apa2 pon nak wish SELAMAT HARI RAYA & MAAF ZAHIR BATIN kepada semua umat Islam yang berpuasa~

Balik kampung berhati-hati!

Repost : Alhamdulillah~ dah ade doh komentor box tuh…heheh..

Tuesday, September 15, 2009

Korean Visitor

Bismillahirahmanirahim & A very good day to bloggers~

hihu~ punoh tubuh la..abes ilang komen2 aku dok usik2…hahah..nseb bek ade bekup..tggu la aku cari jalan balik camno nk buek.

Sorry for inconvenient. hehe..salam lebaran~

image


P/s: Tak kuat pon lagi iklan raya PETRONAS nehh~

Monday, September 14, 2009

Counting days

Bismillahirahmanirahim & A very good day to bloggers~

Hari nih pegi opis dengan semangat berkobar2. Siap dengan to do list lagik. Sangat la productive. At the same time, kepala otak dan kat tempat laen. Nunnn jauh di kampung. Di tambah plak, dak2 nih dok ulang2 lagu raya, aku pon join sekaki lah. Bila sampai je lagu ‘Balik KAMPUNG’..Ouuhhh…tidak terkira gembiranyer~ hehe..

Even besar2 pon best beraya lagikk! Ha, lagik satu, ade senior engineer kasi duit raya ( duit syiling ) kat aku lepas aku mintak maen2 tadi. Hoho..

Aku : Nak raya dah nih, nak duit raya~

En. Yusof: Haa, nak ker?? Tadah tangan cepat

Aku pon tadah ler tangan, ingat maen2 jer

En Yusof: Nah..amik duit raya nihh

Dia kuarkan balang duit syiling dari dalam meje and tuang atas tadahan tapak tangan aku. Ada la dalam RM4.30..Hoho

Sarazila : Hang dapat duit raya kaaa?

Aku : Dapat!!! Nih haa..hehe

Aku pon gi tunjuk kat Sarazila si secretary opis aku tuh.. Hehe. Pahtuh, kad raya yang penuh dengan signature dak2 contractor pon aku dapat gak pagi tadi..Jangan jeles~

Samprit~

P/s: Gambo sekadar hiasan. Last year nyer kueh raya aku amik kat umah before masuk keje~

P/s/s: Tadi berbuka kat Restoran Nasik Ulam sebelah MRR2. Sangat beshhh!

Sunday, September 13, 2009

Tom Nyum~

Bismillahirahmanirahim & A very good day to bloggers~

Letih nak menaip lah. Gambo2 diamik kat Restoran Man Tom Yam, Seremban. Boley tahan sedap n harga pon nice. Lepas nih Jalan-Jalan Cari Asam Pedas kat area2 Melaka plak. Thanks to baby Whitty and baby D80~ Dan yang paling penting orang yang teman kan aku jalan-jalan n bukak posa bersama-sama. Yerps,it’s YOU! Thanks ya~ Next time is ur turn..

Hari nih nak masak sebab next week dah nak balik kg. Sumer stok2 barang basah kene abeskan supaya fridge aku kosong time balik umah. Bley taruk bekalan-bekalan after raya plak seperti serunding, ketupat palas, daging masak asam bla bla..

restorantomyam

P/s: Happy birthday to my lil brother, Anas and my friend, Hasbullah~!

P/s/s: Aku dah tengok citer FINAL DESTINATION. Review sket lah. Citer sangat best, tapi abes cepat. Ok? heheh

Saturday, September 12, 2009

Majlis Berbuka Puasa PETRONAS 2009

Bismillahirahmanirahim & A very good day to bloggers~

On the 090909, PETRONAS held Majlis Berbuka Puasa at Surau Al Muhsinin. Neh pertama kali aku join sebab last year aku berbuka kat hotel Maya sebab aku join workpack challenge session with contractor kat sana. This time around, takdo plak invitation, so dapat lah join majlis berbuka neh.

Lepas ofis hour, lepak jer kat opis sampi kol 6. Then turun ke surau untuk dengar kuliah dari Ustaz Zahazan yang selalu ada kat TV3 tuh bersama-sama Cik Ku and Azman. Aku tertunggu-tunggu nak dengar bacaan al-Quran oleh adik Mohammad TV9 tuh..tapi takdo pon.Mebe kalo aku turun awal dapat dengar kot~

Extract sket isi kuliah hari tuh;

  • Kena banyak beristigfar dan berzikir last 10 days ramadhan
  • Doa banyak n seikhlas mungkin sebab Allah akan makbul
  • Perbanyakkan amalan sunat + tahajud + solat2 sunat yang laen
  • Kepada yang dah kahwin, ikat kuat-kuat kaen anda~
  • Mungkin ini adalah Ramadhan terakhir kita, so kena  bersungguh-sungguh
  • Orang yang buat tahajud akan disenangi ramai orang – muka berseri-seri~

Aku sempat bersalam dengan orang penting PETRONAS – Tan Sri Dato Sri Mohd Hassan Merican, CEO selepas solat maghrib. Juadah yang dihidangkan pon sangat menyelerakan oleh Felda D’ Saji. Lepas solat isya’ sambung plak dengan solat sunat Tarawikh beramai-ramai. Sampi umah kol 10malam.

Bunting~

Felda pon ada katering dah

Lauk Pauk

 Dah abes makan Bersama ex-Saina n ex-UTP si Paksu

 Tarawikh plak..

P/s: Hari nih nak g cari masakan ala-ala Thailand kt …….~ hehe..Jejomss

P/s: Tinggi-tinggi Gunung Kinabalu, Tinggi lagi sayang sama kamooo~ =)

Friday, September 11, 2009

Berbuka @ Marche

Bismillahirahmanirahim & A very good day to bloggers~

Tup2 petang semalam, tak tahu nak makan apa, then trus email kt Peja tnya kat area2 The Curve/One Utama apa tempat makan best. Pahtu, si pakcik tuh reply suh try kat Marche (Mar-Shay) which mean Market at French. So macam beli makanan kat market, pahtu duduk n makan.. Tema dia :

“It’s a market place restaurant”

Pegi naik baby Calvin milik si Ilyana lah ditemani si adik beliau. Lepas je balik opis, terus siap2 and then shoot ke The Curve. Sampai2 terus spot kat mana Marche tuh~ then jumpa lah. Ingat kan tak ramai, tup2 ramai giler..Famous rupenye tmpat nih

Lepas tunggu beberapa minute kat entrance tuh, akhirnya dapat gak tempat. Buffet RM45/person. Macam rate hotel gak. Tapi environment dia sangat lah conducive. Makan segala bagai, aku prefer seafud lah~ hehe..orang tak lah crowded sgt. Fyi, kalo nk minum kene bawak tiket untuk dicop tuh. Pelik gak.hahah. Sile enjoy gambar2 dibawah yer;

marche

Hari  nih plak Jumaat, aku cuti. Onshore leave. Cuti un-recorded aku yang ada berbaki 10 hari tuh. So, dah anto baby Whitty gi 2nd service kat Perodua Jelatek pagi tadi. Done. Now, my Baby Whitty is back on track~ hehe..Sok bley jalan2 lagikk~

kat seberang jalan adalah Baby Whitty~

Thursday, September 10, 2009

Doctor Love

Bismillahirahmanirahim & A very good day to bloggers~

image

When you are in love, a few strange things happen with you.

  • Your dream girl or boy is always in your thoughts.
  • You overlook all his/her faults and weaknesses.
  • You always miss him/her and keep thinking about him/her.
  • Whenever he/she comes closer to you, you feel shy.
  • Everyone completely gets bowled over by his/her first love. For instance, she has beautiful eyes or he is the coolest guy in the block.
  • Although, you do not know that person well, still you get nervous at his/her presence.

LOVE is in the air~!!

Henpon murah?

Bismillahirahmanirahim & A very good day to bloggers~

Just nak bagitau, aku tak leh access 100% internet during office hour, kalo dapat pon hanye bley surf jer, tak leh nk reply or comment kat blog kawan2. Natijahnyer, aku terpaksa online selepas sahur sebab berodband Celcom yang sangat sengal  neh. Free2 jer kene bambu ngan aku lagik sekali.Haiiihhh~!! Satu lagi, aku ade gune box commentor yang baru, so sorry yer kalo ade masalah nak post komen.

Aku ada terbeli henpon murah yang berharga less than rm100 kat Mines couple of weeks ago. Nokia 1202. Aku takmo beli pon memula, pastu Pejol plak macam berminat sgt2 plak. So, kitaorng sapu 3 ketul terus; satu untuk aku, lagi dua untuk Pejol. Ngeh ngeh. Aku pon dah beli no. baru untuk phone nih, tapi hanya beberapa orang je tahu =P

 nokia 1202 less than 100 bucks

Selingan plak, ado visitor korea datang blog aku dek ado entry2 berunsur Korea.Haha..pastu mesti menyumpah2 sebab tajuk entry je gune bahasa Korea. Biyaneee. Pahnih,wat entry hindustant plakkk~ ala2 en_me tuh~

image_thumb9

P/s: Kat opis dah mula psang lagu2 raya~ hehehe. 10 more days to go~

P/s/s: Semalam aku berbuka puasa bersama kengkawan PETRONAS kat Surau KLCC. Nice gak. Will update the entry later. 

Wednesday, September 9, 2009

Collection of Baby Whitty

Bismillahirahmanirahim & A very good day to bloggers~

My Baby Whitty nih dah mencecah 5000KM dah jangka hayat beliau. Baru je beberapa bulan.he he.. Memang banyak jasa lah si Baby neh. Terengganu pon dia dah sampai. Johor je belom sampi lgi. Mebe lepas nih bler ade meting or training kat belah2 sana, sampai la Baby Whitty nih.

Kat bawah ada collection gambo Baby Whitty kat Terengganu. Saje terajin edit gune Photoshop yang dah agak lama kutinggalkan. Tengah cari software yang ReactivateZul guna plak, macam lagi nice jer~

Jumaat neh, aku akan anto Baby Whitty gi service sebab weekend sudah fully booked. Advice dari kawan2 opis plak suh pegi awal2 since ramai akan pegi service prior nak balik raya~

baby-whitty

P/s: Puasa dah limpas separuh bulan, tinggal separuh lagik untuk berpuasa and then celebrate Hari Raya Aidilfitri~ Sekejup jer kan masa berlalu~ Hari nih 090909~ sangat best kan arrangement no tuh? 

Tuesday, September 8, 2009

Berbuka @ Nikko Hotel & Restoran Seri Melayu

Bismillahirahmanirahim & A very good day to bloggers~

Alhamdulillah, rezeki melimpah ruah di bulan posa neh. Jemputan berbuka puasa berderet2 dan ada yang terpaksa ditolak sebab terlalu jauh nun ke Shah Alam pon ada. Nak buat camner kan, yang dekat2 sudah lah.

Last week, I’ve been to Nikko Hotel and Restoran Sri Melayu. The food served there was superb n fantastic

Hotel Nikko:

  • Comfort
  • Not too crowded – hotel kot~
  • Surau provided (penting nih)
  • Food tray always full, the catering crews keep on fill up the tray.
  • Just nearby KLCC~ easy to reach maa
  • Aku cari Oyster, tapi takdo la plak..huhu
  • Harga? RM90++ kot~ orang blanjer..so tak kesah~ Aiman kesah tak??

Restoran Sri Melayu:

  • Crowded giler~ huhu..pening kepalo betol
  • Surau die kecik gak, pahtuh imam baca pnjng2. Orang dah berderet2 beratur nk smyng kat blakng..tak seswaii. Waktu magrib kan pendek, berpada2 la cik imam yer. Sian orang laen yang terburu-buru nk smyang.
  • Makanan memang banyak, tapi kalo abes tak di-topup dah. Satey tak sempat rasa.
  • Meybe sebab affordable, so rmai orang berbuka kat sni. RM 70++ kot..hihuu
  • Too far away from kLCC. Kene lalu dpn Aquaria pastu teserempak ngn CEO PETRONAS kat depan Aquaria. Beliau bersama wife sedang melayan anak-anak yatim yang jain Tautan Kasih~ superbb!

So, malas nk post gmbo bnyak2, nnti jadi panjang plak satu entry nih. Buat collage jer~

Soklan cepumas:

Berbuka hebat, semayang tarawikh guano gu? hehe.. Alhamdulillah, still bley buat lagi sebab makan ikot strategy, so tak de la flat katak selepas makan tuh~ hihi

 

nikko desb

P/s : Ilyana bersama adik nye ajak berbuka (belanja) kat Restoran Nelayan Titiwangsa naik baby Calvin beliau. Tq yer..Laen kali kita carik tempat laen plak =)

 Yana & QilahAku ler

Monday, September 7, 2009

5K jer?

Bismillahirahmanirahim & A very good day to bloggers~

Apa 5K tuh? RM 5 ribu ke? Hantaran kawin  ke? Cincin tunang ke? he he . Salah2, jawapannya adalah 5000 Kilometer.

Sedar tak sedar, umor Baby Whitty dah mencecah 5000Km semalam setelah pulang dari berjalan-jalan ke PUTRAJAYA~

Alamatnye, before wekeend aku kene gi service lah before nak jalan2 hujung minggu neh. Betol tak en_me itu kannnn?

 026

P/s: Baby Whitty dah ado kawan  baru – Baby Calvin name nyer~ hehe..ado baby ke kat depan tuh..hoho

Thursday, September 3, 2009

달자의 봄 | Dal Ja's Spring

Bismillahirahmanirahim & A very good day to bloggers~

Lately nih aku wat marathon abeskan DVD korea yang si Nina Yakuza burned kat aku time final semester kat UTP dolu2. Skang dah nak abes tengok series nih plak. Sorry ya, even citer nih dah ade yang dah abes khatam masa kat UTP – aku belom khatam~ haha..Mebe sebab aku tak perlu on pc/lappy nak tengok series nih. Just on LCD and put the DVD in DVD player, sit back and relax. hihi

This romantic Korean series initially very boring and as the time goes by, it become happening and full of fun. But, I still love the previous one “One Mom & Three Dad”. Much much more alive and give me goose bumps!

Summary of Oh Dal Ja’s Spring – A 33 yr old virgin women seeking for her destined man to fall in love until he get caught between matured man and younger guy~ Hehe.. The best thing about this series, it takes place in the office rather other place. Work-alcoholic type of actor/actress! I like~

So, pegi cepat tengok series Korean nih~

Oh Dal Ja Rep Eom, Dal Ja n Kang Tae Bong

Oh Dal Ja Dal Ja n Kang Tae Bong

Oh Dal Ja Rep Eom and Dal Ja

Oh Dal JaWhich one to choose??

Tuesday, September 1, 2009

Activity Bulan Posa [cont’]

Bismillahirahmanirahim & A very good day to bloggers~

Aku dah janji nak citer apa aktiviti yang aku dan kawan2 buat masa mostly masa zaman sekolah rendah n early sekolah menengah time bulan posa pada entry yang lepas. I believe that every person ade kenangan tersendiri masa bulan posa kan? I wish I could come out with the drawing a.k.a cartoon version. Mesti lagik real kan? So let’s start with the activity one by one..

Masjid Usama Zaid, Wangsamaju 



1. Kereta Dashing Kuro
Maen kereta mini Dashing Kuro, lumba ramai lepas 8 rakaat semayang Terawikh.hehe..Macam upin n ipin la plak. Tapi memang heaven maen ramai2.Aku ingat kereta aku kaler merah. Batery kene simpan dalam fridge kasi up power~ haha..



2. Lepak CC
Time nih baru kenal MIRC, YM, Yahoo…Google tak kenal lagik. Lepas tadarus jer, g rmai2 lepak CC chatting segala bagai..rm1.50/hour.hehe.Nama kedai CC Kak Liza..Pegi naik beskal jer




3. Pusing kampung seberang tengok pelita
Kat Kampung Bukit Lalang, tepi highway Utara Selatan berdekatan Hentian Sebelah Tikam Batu tuh memang akan ada budak2 psang pelita. Macam2 shape derang create. Ada pintu gerbang lah, ada betuk rumah lah dan macam2 lagi. Pelita diperbuat dari buluh n beli siap kat kedai pon ade..best sgt kalo tngk dari jauh.I wish i could turn back time!





4. Meriam Kabaid
Ini serius..Memula tengok abang2 senior buat, tapi lepas tuh buat sendirik. Tapi penuh precaution lah msa nak main. Kayu pencucuh memang panjang n kitaorng tanam dalam2 n tahan dengan batu besar2. Alhamdulillah, takde kecederaan/kecelakaan.Tapi lepas tgk berita kat tv, cuak maka terus tak main dah.. Aku ingat lagi, kami g tipu apek cina tuh cakap kat peram buah pisang msa g beli kabaid..hoho




5. Tak ‘miss’ berbuka @Masjid

Berbuka beramai2 kat masjid bersama kengkawan.hehe.Mama n adik pompuan aku jer berbuka kat umah. Yang laen2 sumer masjid sebab dekat je ngn umah, jalan kaki jakk. Time tuh, memang meriah, skang aku tak sure sb dah lama tak berbuka kat masjid kg aku..




6. Buat pelita buluh/tin
Masuk hutan cari buluh nak wat pelita. Untuk sumbu, kitaorang guna mop lantai jer..haha.Abes mop kat umh aku jadi togel sebab kene gunting nk wat sumbu. Minyak tanah plak kene minta duit kat abah nak beli..hehe..



7. Tolong hidang moreh

Kami kanak2 yang rajin. Suka betol kitaorng hidang moreh/juadah berbuka sebelum orang tua2 abes semayang tarawikh.hihi..Tapi bila dah besar, generasi junior plak amik aleh..heheh






8. Join kelas hafaz Quran
Pagi2 lepas semayang subuh kat masjid, ada Imam Hafizd dari Yala yang jadi imam Tarawikh kat masjid kg aku 3 tahun berturut2. Nama beliau Ustaz Sayuthy. Suara beliau sangat la sedap. Beliau pon sangat baek. I missed those day. Skrang pon aku ingat2 lupa surah2 yang dah dihapal. Haihhh~Bila masjid aku psang jer rakaman2 suara beliau prior masuk waktu solat,memang mood bulan posa akan datang.Aku pon ada rakam and smpan dalam pc aku.
   

P/s: Bulan Puasa dah nak abes..Macam kurang je amalan2 sunat yang aku buat.Huhu..