Thursday, September 29, 2011

Bersediakah?

Gamba hiasan 

Kebiasaan masyarakat kita apabila disebut persediaan menjadi suami, mereka menyangka ia adalah memiliki sijil pengajian tinggi, paling kurang diploma. Telah memiliki kerjaya dengan gaji bulanan minima RM2500, diikuti dengan sebuah rumah dan kereta.

Tidak ketinggalan, wang tunai berjumlah RM30,000 untuk urusan perkahwinan seperti duit hantaran, dulang-dulang hantaran, cincin dan belanja kenduri kahwin. Jika seorang lelaki belum memiliki semua ini, dia belum layak untuk bergelar suami.

This is so TRUE! Ini adalah persoalan2 yang bermain diminda anak teruna sekarang, tapi jika berlandaskan pendekatan Islam, ia mestilah mengikuti piawai kualiti seperti dibawah.

1) KEPIMPINAN

Persediaan terpenting ialah bakal suami perlu mengetahui bahawa dia memiliki tanggungjawab sebagai pemimpin ke atas keluarganya.

2) KETEGASAN

Lanjutan dari ciri seorang pemimpin, bakal suami hendaklah tegas dalam membimbing isteri. Kelak apabila dianugerahkan cahaya mata, suami juga hendaklah tegas dalam membimbing anak-anak.

3) PEMELIHARA DARI API NERAKA

Suami merupakan pemelihara agar ahli keluarga tidak masuk ke dalam api neraka.

4) MEMBERI NAFKAH

Termasuk persediaan menjadi suami ialah kesedaran bahawa anda merupakan sumber kewangan rumahtangga. Justeru anda bertanggungjawab menyediakan nafkah tempat tinggal, keperluan asas dalam tempat tinggal, pakaian, makanan dan minuman kepada ahli keluarganya. Anda juga bertanggungjawab ke atas kesihatan dan perubatan ahli keluarga seandainya mereka jatuh sakit.

Demikianlah beberapa kualiti yang perlu ada pada seorang lelaki untuk dia menjadi seorang suami. Perhatikan bahawa kualiti-kualiti ini tidak ada ukuran minimum dan maksimum atau batasan tertentu bagi menentukan layak atau tidak.

Ia adalah kualiti yang nilainya relatif, ia akan bertambah apabila anda berusaha untuk memperbaikinya dan akan berkurang apabila anda mengabaikannya. Justeru, lelaki yang sudah bersedia menjadi suami ialah lelaki yang mengetahui kualiti-kualiti ini, memilikinya dan berazam untuk terus memperbaikinya.

P/s: Bersediakah aku?

P/s/s: Selamat Tinggal Syawal Alhamdulillah, dapat habeskan puasa sunat 6. Semoga diterima-Nya. Amin

[source]

Monday, September 26, 2011

Selamat Ulang Tahun Kelahiran~

Prayer

Ulangtahun kelahiran merupakan tanda dekatnya aku kepada kematian.. hampirnya aku ke dunia yang bukan bangkai~ bila tiba hari kelahiran, aku cuba menjadikan detik itu sebagai permulaan detik baru hidupku.. namun, aku manusia yang sering gagal menjadikan aku manusia yang bersyukur di sisi-Nya.. waktu itu tiba mengingatkan aku supaya berterima kasih kepada ibu yang melahirkan.. bersyukur kepada Tuhan yang memberi peluang aku ke dunia.. walaupun aku masih tidak tahu takdir hujungku seperti apa.. setiap tahun aku mengharapkan tahun yang lebih baik dari tahun2 yang lepas, namun acapkali aku tersasar dari matlamat..dan kadangkala, tahun itu akan menjadi tahun yang terburuk buatku.. ada waktu, rasa suka hadir kerana umur sudah bertambah.. tapi ada waktu rasa takut kerana kematian semakin dekat.. sesungguhnya aku masih jauh dari amal~ [source]

Terima kasih semua atas ucapan hari lahir yang diucapkan.

Friday, September 23, 2011

Tahukah kita?

D80-RayaAidilfitri2011 407

Salam hari Jumaat semua. Apa perkhabaran hari ini? Ramadhan dah berlalu meninggalkan kita semua, sekarang hanya ada puasa 6 dan puasa sunat Isnin & Khamis sebagai penganti before kita dapat bertemu semula dengan Ramadhan tahun hadapan. Just knowledge sharing sebab kat dalam TV free dan berbayar takde siarkan iklan selingan Rukun Islam, Rukun Iman ataupon Nama Nama Nabi. Come on, you have the power in your hand, you have the media. Take this opportunity to make sure 1Malaysia know the Islam~ Harap2 berat la timbangan sebelah kanan nnti di sana~ ye tak?

Rukun Islam ada lima (5) perkara :

(1) Mengucap dua kalimah syahadat
(2) Sembahyang lima waktu
(3) Berpuasa sebulan dalam bulan Ramadhan
(4) Menunaikan haji ke Baitullah (Mekah)
(5) Menunaikan zakat

Rukun Iman ada enam (6) perkara :

(1) Beriman kepada ALLAH SWT
(2) Beriman kepada Malaikat-malaikat
(3) Beriman kepada Kitab-kitab
(4) Beriman kepada Rasul-rasul
(5) Beriman kepada Hari Kiamat
(6) Beriman kepada Qada dan Qadar

Dalam agama islam terdapat 25 nabi dan rasul yang wajib diketahui dengan Nabi Muhammad SAW sebagai nabi yang terakhir untuk seluruh umat spanjang masa, yaitu :
1.    Adam AS.
2.    Idris AS.
3.    Nuh AS.
4.    Hud AS.
5.    Soleh AS.
6.    Ibrahim AS.
7.    Luth AS.
8.    Ismail AS.
9.    Ishak AS.
10.    Yakub AS.
11.    Yusuf AS.
12.    Ayub AS.
13.    Sueb AS.
14.    Musa AS.
15.    Harun AS.
16.    Zulkifli AS.
17.    Daud AS.
18.    Sulaiman AS.
19.    Ilyas AS.
20.    Ilyasa AS.
21.    Yunus AS.
22.    Zakaria AS.
23.    Yahya AS.
24.    Isa AS.
25.    Muhammad SAW.

Nabi yang mendapat julukan Ulul Azmi atau nabi/rasul yang memiliki ketabahan yang luar biasa dalam menjalankan kenabiannya :
1.    Nuh AS.
2.    Ibrahim AS.
3.    Musa AS.
4.    Isa AS.
5.    Muhammad SAW.

Monday, September 12, 2011

Kembar

IMG_0429

 

Yang mana Abang dan yang mana adik? Guys, please remember 25/9 ya~