Thursday, June 23, 2011

Nasi Ayam terPenyek!

Salam semua..

Terbiar lagi blog nih tanpa update. Serius rasa rugi sangat kalo tak update blog, tp apakan daya..alasan yang sama jer..

Nak tulis blog bukan mudah, kene ada mood nk tulis. Kalo dibaca semula catitan-catitan terdahulu di blog neh, terasa macam tak percaya plak. Gaya bahasa dan olahan cerita tuh macam orang laen yang tulis.

Berbalik kepada tajuk Ayam Penyek, penahkah anda makan Nasik Ayam Penyek? Sedapkah? And kat mana anda menjumpainya? Cercite cercite...

Last week, my friend ask me out after a year haven been outing together. We went for Nasi Ayam Penyek at Bangi. The taste was superb coz I am very hungry! Hehe.. I ate 2 plate of Pece Lele of 'Ikan Keli'

You should try it! It was awsome...

Thanks and best regards,

Mohd Hafizd Yahaya


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, June 3, 2011

Ingatkah kita?

BismillahirRahmanirRahim

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Pahamkah kita dengan makna Al-Fatihah setiap kali membaca semasa solat 5 kali sehari semalam? Semasa bacaan doa sebelum start majlis dan semasa menghadiahkan kepada si mati yang telah lama pergi meninggalkan alam dunia ini?


Sekadar sharing sesama kita dan blogger2 yang singgah di blog nih. Mari start baca surah Al Fatihah sambil menghayati bait2 makna dibawah;

[1] Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[2] Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
[3] Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[4] Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
[5] Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
[6] Tunjukilah kami jalan yang lurus.
[7] Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Google Image

 

P/s: Sekarang dah masuk bulan Rejab, meh kita berpuasa ramai2 menambah amalan yang tak seberapa nih.. Smile