Monday, December 20, 2010

Coffee House

Bismillahirahmanirahim & A very good day to bloggers~

Agak bersawang gak ler blog aku nih…bukan takmo update, tapi tak bekesempatan plus internet plak slow. Furthermore, dok kat offshore lagi lar internet macam sipot. Nak load email pon satu hal, inikan plak nk hupdate. Tapi kan..blog nih lar tempat aku share sapa diri aku yang sebenarnya sebab semua interest and hobby ada kat sini termasuklah apa yang berlaku di sekeliling~ ;)

Sekarang musim apa? Kalo hujung2 tahun nih of course la musim tengkujuh. Musim banjir dan ombak besar di perairan Laut Cina Selatan. So, sebabkan standby due to bad weather, dapat la layan sampi abes satu series drama Korea kat atas kapal nih. Coffee House. Cerita biasa jer, tapi lama-lama mesti la sangkut sebab jalan cerita dan lagu dia interconnected! Cuba click dan dengar lagu kat bawah nih.

watak utama yang clumsy

Cerita pasal seorang writer, eh 2 orang sebab sorang masterjee and sorang junior. Tapi yang melampaunye dalam citer sumer bekerjaya hebat2, antaranya Publisher novel, Tauke Kedai Barista Coffee, Penulis Novel Tersohor etc.. Semua hebat-hebat belaka plus kereta yang mewah dan sporty~ In end cerita nih mmg unexpected, so kene la tengok sendirik yer.. Dalam banyak2 lagu, lagu kat bawah nih lar paling best!

To read full summary, click here~

Thursday, December 2, 2010

Happy born-day!

Salam Sejahtera,

Mode malas hupdate blog, tapi sebab hari nih special day, kene gigih gak update walaupon sket. Tapi gambar jer yang banyak dari nukilan. Wishing to my best buddy i ever had – Sayuthy a Happy Bufday! All the best in your future undertaking. We’ve been together since my 2nd project in work life back in 2008 until now.  The friend is the man who knows all about you, and still likes you. I still like you.  Happy birthday!

sayuhty

151

sayuthy family

p/s: Merasa hujung-hujung tahu jadi orang laut jer lah…Aja Aja FIGHTING!

Friday, November 19, 2010

Just my 10 cent thought~

perihal hati susah diduga. ada hari ceria ada hari sedih. whatever it is, hati tetap fragile tak kesah lah lelaki or perempuan. cuma ketabahan yang dapat membuatkan hati kurang fragile. dunia cinta? indah ke? apa yang ada kat dalam dunia tuh? perlu ke rushing? perlu ke secara drastic mengubah dunia yang sedia ada kepada keasyikan dunia cinta? berbalik kepada hati, communication is important. kehendak/kemahuan dari pasangan masing2 perlu diluahkan, bukan sekadar berangan2 seperti adanya prince/princess idaman akan muncul dan memahami diri seseorng tuh secara total. Matang? sangat perlu. Tak kesah lah dari segi mental fizikal dan cara pergaulan/pertuturan serta the way you dress from head to toe. Try not to hide anything and show your curiosity by commenting the bad and the good thing you feel about your partner. Applicable to everybody ok~ SMS and phone call is one of the importance medium for communication. So don’t bother to text or make a surprise call whenever missing each other. Give and take is great to show your feeling to each other. rite?

Hah..stop berangan!

Monday, November 15, 2010

Hye honeybunch!

Salam sayang,

Ketika entry nih ditaip, saya masih dlm boat ke bintulu port dari Platform yang jauhnya 200km dari pesisir pantai Bintulu. Jarak perjalanan akan memakan masa selama 6 jam dan kadang2 lebey base on weather condition. Mabuk free lar kalau cuaca buruk dan ombak beralun-alun :)


Memandangkan cuaca cerah dan boat dalam keadaan stabil, boleylah layan novel nukilan Fauziah Ashari - sambunagn Ombak Rindu the series~

Kisah cinta Izzah & Hariz yang sgt la best. Ada 3 novel bersmbung2 Ombak Rindu then Cinta Tiada Akhirnya and yang tgh digagahi nak abeskan nih Rindu Cintaku. Kadang2 sangat terkesan dengan watak2 yang ada dalam novel nih. Izzah yang penyabar, lemah lembut, sopan, pandai masak dan sanagat pandai ambil hati Hariz dalam apa jua keadaan.

Watak Hariz pulak yang egois dan mudah marah nih amat bertentangan dengan isterinya si Izzah. Tapi jadi lemah jika menatap wajah isterinya dan hilang segala serabut dikepala apabila mendenar suara isterinya.

Kisah suka duka dalam novel nih sangat best bila ada melibatkan perkampungan yang damai, ombak di pantai dan suasana kota! I like~

Okeh, nak abeskan novel nih sambil dengar mp3 zikir2 Hijjaz/Ustaz Badrulamin nih pon best gak.

P/s: Missing you so much! :)

Thanks,

Hafizd Yahaya

Sent from my BlackBerry® smartphone

Sunday, November 14, 2010

Harapan~

Assalamua’laikum and a very good day to all,

Ku harap hanya keikhlasan
Dan ku rindukan keramahan
Aku inginkan kemesraan
Berkekalan berpanjangan

Mengasihimu, dikasihi
Menyayangimu, disayangi
Merindui dan dirindui
Saling mengerti di hati

DSC03751

P/s: Dear Allah, please unite our heart together~ Amin.

Tuesday, November 9, 2010

Picnic

Salam sejahtera bloggers,

Entry ditulis ketika berada ditengah laut cina selatan. Tetiba rasa rajin nak update blog via bb. Tapi takpa, good effort kan? Kapal tgh goyang teroleng-oleng, tp still tolerable.haha


Kedah.fm sekarang dah jadik mcm addicted plak. Dapat internet jer, terus tekan bookmark kedah fm. Yang selalu siar ucapan kat fb tuh djFaizal! Sebab dia rajin godek fB.

Hmm, tetiba rasa macam nak pegi amik gambar ala-ala picnic kat taman yang menghijau sambil makan sandwich! Hehe..pastuh amik gambaq berdua, eh berdua plak.hehe..

Ada tikar sekeping, bakul picnic, tripod and my baby D80 c/w remote control. Pastu amik gambar banyak2. Tajuk theme dia ' Picnic at Putrajaya'. Best kan?



Thanks,

Hafizd Yahaya

Sent from my BlackBerry® smartphone

Monday, November 8, 2010

Blog entry via BB

Salam sejahtera,

Siapa suka suana kampung? Best kan dapat hirup udara segar tiap2 pagi bangun dari tidor yang nyenyak? Itulah kelebihan kampung, tambah tambah lagi tepi sawah dan gunung ganang.

Perghhh..memang terbaek!


Sent from my BlackBerry® Smartphone

Sunday, November 7, 2010

Hari hari yang berlalu

Assalamua’laikum and a very good day to all,

Hati hati yang merindu
Inginkan belaiannya
Hari hari yang berlalu
Indahnya ku rasakan
Jiwa jiwa (jiwa jiwa)
Ku meronta (ku meronta)
Bila jauh di sisimu (di sisimu)
Berjanjilah kasih
Berjanjilah sayang
Hanyalah aku di hatimu

-Muah - Suzanne Brautigam-

p/s: I like your smile  and please make me feel comfort when i am with you~

Monday, November 1, 2010

Nukilan hati

Assalamua’laikum and a very good day to all,

Dah lama tak menulis blog.Abes berkarat idea  nk tulis. I know it has been a while tak menulis. Sorry kepada pengunjung yang kerapkali melawat blog nih tanpa rasa jemu. Well, actually there are lots of thing to be shared here mostly pictorial entry. But, the connection is suxx here. If outstation pon, blur plak nk menulis. I wish my writing mode is back so that i can write again and again in this blog.

Tadi pegi menonton wayang di Wangsawalk ngn someone special. Kisah sepasang couple yang ditemukan oleh kawan baek masing2 yang dah berkahwin cuba membesarkan anak kecil yang diwasiatkan kepada mereka. It’s was amazing story. Ada part2 yang hampir menitis air mata sebab terkesan dek babak lakonan yang berkisar kehidupan nih. Well, you should go and watch it yourself! Go now! ok

Well, this coming Friday is Deepavali, so happy Deepaavali to those who celebrate it in Malaysia and all around the world~

Let me list down the entry that should  be published after this:

  • My 50mm lense in action!
  • Jakarta Bandung trip~
  • The latest book in my collection!
  • New hobby!
  • New wishlist~

I think enough for this time around coz I don’t want to be burned up with the promised entry~ hehe.. Okay, Gud nite everybody~ It’s  011110 now!

Sunday, October 17, 2010

Hanya Tuhan yang tahu~

Bismillahirahmanirrahim and a very good day fellow readers!

Entry kat dalam CCR platform KAKG-A..tengah tunggu boat untuk balik darat kol 1 pagi nnti..so busan2 layan lagu2 nasyid kt youtube yang tersangat la laju sebab ramai dah tidoq. Bait-bait lirik yang sangat menarik untuk dipahami bersama-sama.. Lepas nih kalo takdo  mood nk hupdate, i’ll promise that this type of entry will be the option..hehe

Hanya Tuhan Yang Tahu

Album : You And I See
Munsyid : Unic
http://liriknasyid.com

Ku pendamkan perasaan ini
Ku rahsiakan rasa hati ini
Melindungkan kasih yang berputik
Tersembunyi di dasar hati
Ku pohonkan petunjuk Ilahi
Hadirkanlah insan yang sejati
Menemani kesepian ini
Mendamaikan sekeping hati
Oh Tuhanku
Berikanlah ketenangan abadi
Untukku menghadapi
Resahnya hati ini mendambakan kasih
Insan yang ku sayang
C/o:
Di hati ini
Hanya Tuhan yang tahu
Di hati ini
Aku rindu padamu
Tulus sanubari
Menantikan hadirmu
Hanyalah kau gadis pilihanku
Kerana batasan adat dan syariat
Menguji kekuatan keteguhan iman
insan yang berkasih

Sunday, September 19, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2010 [part II]

Bismillahirahmanirrahim and a very good day fellow readers!

This is my family. I love my family so much. From the bottom of my heart, i’d like to wish Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin to all bloggers in this world. From my family as well, if we did make a mistake or any wrongdoing. On behalf of my family, saya penyimpan mohor besar menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf dunia dan akhirat.

Alhamdulillah, raya 2010 sangat meriah. Yang paling penting dapat pulang beraya di kampung bersama family dan sanak saudara. Ini tahun yang ke 25 saya beraya bersama-sama family terchinta~ Semoga Allah memberkati dan merahmati keluarga Haji Yahaya Bin Tengku Ibrahim. I love my family so much!!!

Soklan paling top dan hot time raya ialah ‘ Bila nak langsung nih??’ Cuma tersenyum simpul dan rapi~ Bagu adik -adik dulu lar kot~ **dush**

Mari ikuti chronology cerita bergambar dibawah;

Keluarga Haji Yahaya

Smile~ terlindung sket kepala yang kat belakang tuh..Tape, raya Haji confirm no mistake~

Hasrul & Syafiq

Si kembar & adik bongsu~

Hasrul, Syafiq,Izzuddin & Hafizd Geng geng Hero.. lagik 3 heroes pi mkan kueh raya~

Salam Duet Raya!~

Ampun maaf dipinta beserta DUET raya~ Raya sakan tahun nih..claim banyak~

Setting up the scene~ Scene yang paling saya suka!!! Mama sangat caring~

Tak dinafikan lately nih sangat jarang update blog. Memang satu kerugian sebab life tracking system saya dah dilakarkan di diari dunia siber nih. InsyaAllah, akan buat tracking balik post2 and entry yang sepatutnye dipublish kat sini.

Sudah kembali ke KL semenjak cuti seminggu lebey di kampung. Kembali ke mood kerja dan akan bercuti lagik tengah bulan October~  Puasa Sunat 6 hari pon belom start lagik. Jom sama-sama puasa sunat~!

Sunday, September 5, 2010

Salam Lebaran| Syawal 2010

Bismillahirahmanirrahim and a very good day fellow readers!

Di kesempatan ini, saya dan nama seperti dalam I/c Mohd Hafizd Yahaya dengan ini ingin memohon sejuta kemaafan zahir dan batin jika ada tersalah kata ataupun secara fizikal. I mean it~ ok..Bukan sekadar di papan keyboard, tapi di bibir merah delima dan juga hati nurani. Tak kesah lar baca blog nih kat FB or via henpon BB,HTC,Nokia, SE etc..

Keduanya, jika saya ada terbuat salah, maka tegur2 lah, jangan disimpan didalam hati ataupon menjaja di khalayak umum. Sesungguhnya diri ini tidak sempurna.

Ketiga, salam kemaafan buat semua tak kita lawan atau kawan/sahabat. Semoga Ramadhan kali ini lebey bermakna dan Syawal yang mendatang bakal menjanjikan sejuta kemanisan. Wishing to all Selamat Hari Raya Aidilfitri

Keempat, dijemput semua datang ke teratak usang parent saya di Kedah, kedatangan anda bersama orang tersayang amatlah diharapkan. InsyaAllah ada duet raya menanti anda!!!

-salam perantau-

Mohd Hafizd Yahaya ---> kasih disambut dengan kejujuran~

pitya011

Saturday, August 28, 2010

Maaf jika ku tak sempurna…

Bismillahirahmanirrahim and a very good day fellow readers!

image

Setiap orang ade waktu turun naek...

Ada masa susah, ada masa senang…

Ada masa happy with surrounding…

Ada masa mahu menyendiri…

Ada masa mahu menjadi stranger…

Ada masa  mahu mencari teman berbicara…

Jauh disudut hati nak menyakiti atau disakiti…

Cuma ketidakstabilan hormon barangkali…

Mahu diceritakan tetapi mulut terasa berat…

Yerp, communication is very important…

The most crucial is understanding…

Kadangkala sepatah perkataan yang kasar menjadi penyebab…

Kadangkala lawak yang tak disedari menjadi penyebab…

Kadangkala teguran yang bertalu-talu menjadi penyebab…

Kadangkala janji tidak ditepati menjadi penyebab…

Hati ini mudah terguris…

Hati orang mudah terguris…

Maaf jika ku tidak sempurna…

-salam nuzul al-Quran-

p/s: Sedey bulan posa tahun nih bley dikira berapa kali penuli turun ke masjid berjemaah tarawikh =(

Monday, August 23, 2010

Babies~!!

Bismillahirahmanirrahim and a very good day fellow readers!crazy-baby5

Why people throw their baby away? Lately nih hari2 dengar kesah orang buang baby. Sampi baby omputeh kat atas nih pon tension sebab kawan2 setadika dan sesekolah dengannya tak sempat nk idop. Kejam giler. Dah pandai buat, pandai la jaga. Kalo takmo jaga, pass kat somebody yang buley jaga rather than buang or tinggal kat tempat yang takdo orang~ buduss

Tak dinafikan orang2 yang buang baby nih takot dan mati kutu.Dah ler mengandung smpi 9 bulan cuak giler takot orang perasan, mesti menyumpah2 suh kuar cepat and nk cover perut yang membusong kan? Dah ler buat dosa, pastu tambah lagik dosa. Please lah..Jangan buang!!! Taubat

Ingat mati, ingat sakit
Ingatlah saat kau sulit
Ingat ingat hidup cuman satu kali

Berapa dosa kau buat
Berapa kali maksiat
Ingat ingat sobat ingatlah akhirat

Cepat ucap astafighrullahal’adzim

Maybe gak babies yang di’dumped’ nih hasil dari usaha gigih pasangan/couple yang berjoli pada malam tahun baru a.k.a New year rite? Pastu, lagik dua tiga minggu nak raya, and of course la nak kene balik kampung jumpa parent, then takmo tembelang pecah, terus gugurkan and throw away.

Apa-apa pon government kene giatkan usaha membanteras gejala sosial yang menular kat 1Malaysia nih. Didikan agama JANGAN dipandang remeh. Since kecik2 dah kene terap nilai2 keagamaan yang tinggi tak kira lah di bandar-bandar besar or pekan terpencil. Sekarng nih SOLAT 5 waktu  nampak sangat diamik mudah dan terus lupa.

Dalam movie2 pon tunjuk cerita bangun tido lambat pagi2 dan takde langsung babak2 yang tunjuk pelakon tuh amik berat pasal SOLAT. Betol tak? Mesti yang kata, ala, SOLAT tuh dah macam routine so tak perlu la nk tunjuk dalam script? Any comment?

Ramadhan pon dah nak berlalu pergi, jom lah buat amalan2 berlipat ganda. Tak dapat buat secara fizikal, guna lidah dan jari jemari untuk berzikir banyak2. Selamat berpuasa!

Monday, August 16, 2010

Yang Terindah~

Bismillahirahmanirrahim and a very good day fellow readers!

Kenangan yang best kat offshore lepas baru baru nih. Macam-macam ragam dan karenah Project Team and Contractors. Plus pengalaman pertama berpuasa di offshore, bertarawikh di offshore and bersahur & berbuka di offshore~ almost 20 days kat sana. Smpi KLiA pon dah sesat..Haha..

Dah almost 2 months tak balik kampung Sian parent, adik-adik and tok aku. Huhu..nnti nak cuti lar lama2 sket.. Chronology nye since last month:

1) Early July 2010 – Berkampung di SDE Jb untuk settlekan shiploose barge Luna Maya Jaya. Mase nih KL- JB macam dekat jer..Drive pegi balik

2) Mid July 2010 – Training SKG19 kat Hotel Concorde. Then dapat panggilan rayuan dari CSR Mujtahid mintak aku naek offshore ganti dia. I am supposed to go back hometown end of the week, cancel and flight to Labuan on Saturday evening.

KUJT-A a.k.a KAYU JATITempat tido~ Workboat Udang besar~ Project team Adamaya!

3) End July 2010 – Mid August 2010 – Berlayar ke offshore naek Workboat selama 2 hari dan drop anchor and start HUC works atas Platform KUJT-A. Almost 180km away from Bintulu. Pahit manis suka duka sumer ada atas kapal tuh. Yang paling best is experience yang tak dapat dibeli. Adamaya plak tetiba jadik cerita rebutan atas tuh dek busan tak de ASTRO. Sumer dah terminat tengok Lisa Surihani tuh…

Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Maaf jika ku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran

Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Kau yang bernama cinta
Hingga aku rasa indah

Ramadhan Celebration BBq time with contractors smbut RamadhanGud bye~ 

That’s all for now.Online dari Hotel Grand Fareast Pasir Gudang sebab sok ade meeting kat SDE. Actually banyak lagik gamba nak dishare kat sini, tapi tunggu lah buat collage dulu. Selamat Berpuasa  dan beribadah~!

Friday, August 6, 2010

Atas Talian dari Luar Pesisir Pantai

Bismillahirahmanirrahim and a very good day fellow readers!

Date : 06 August 2010 | Friday
Location coordinate : N 04 degree 26.306' E 111 degree 47.702'
Water depth: 74m above sea bed
Platform name: KUJT-A
Vessel name : Petra Sovereign
Weather status : Bad. Swell 1.5- 2.5mts
Distance to land (Bintulu) : 200km (8 HRS travel via Fast Crew Boat)
Condition: Mabuk laut~

Dah almost 2 weeks terapung-apung di ats lautan biru nan luas nih. Balik darat? Hmm..maybe10hb or maybe gak 12hb August depend kt keadaan. Skng nih tengah mabuk laut sebab swell besar sgt n beralun-alun ikut irama ombak

Nak post kat FB, tapi kat ats kapal nih kene block plak. Huhu.. dah ler slow.. Nih first time update blog kat sini selepas tak tahu nk baca email apa dah.

Keje kat platfrom baru nih sket jer, tapi weather tak permit nk rapat ke platform untuk transfer personnel. Skng nih 3 meters away from the platform.

Persedian puasa? Hmm, hopefully sempat balik posa kat kampung. Baju raya? Belom beli lagik. Hutang piutang pon belom bayar sebab kat sini internet suxx.

To be continue~ internet slow lah~

Sunday, July 25, 2010

Online dari Labuan~

Bismillahirahmanirrahim and a very good day fellow readers!

Sampai bertemu lagik kita semua, sesungguhnya saya sangat2 nak hupdate blog nih untuk make sure my history and life experience was carved in this blog. Buat apa di Labuan? yerpp..seperti biasa, keje lah. Keje lah yang bawak aku travel merata-rata.

Cokelat Labuan? Sapa nak? Urghh..muak~ haha.. Dulu dah duk sini almost 5 bulan~

Btw, sapa tengok citer Glee? Theme song macam bagus.. Best sangat kah?

Away day di PD~

Wednesday, July 14, 2010

Lagu Best!

Bismillahirahmanirrahim and a very good day fellow readers!

Last week pegi melawat umah kazen kat Kajang, pastuh wife die pasang lagu arab nih.. Tahu lar baru kahwin sebab lagu nih ditujukan khas untuk para pengantin baru. Bait bait lirik nih mendoakan pasangan nih diberkati Allah swt.

Terngiang-ngiang gak lar lagu nih dalam kepala aku smpi sekarang. Pastuh, terus buat entry blog. So, kepada kawan2 yang baru berkahwin tuh, lagu nih untuk anda!

Friday, July 9, 2010

Berhabuk, bersarang lelabah!

Bismillahirahmanirrahim and a very good day fellow readers!

Wah, tersangatlah lama nak hupdate blog lately nih. Bukan tak mo hupdate, tapi tak sempat. Just berFB jer ler..tapi FB tak best sebab tak de categories nk di click untuk kenang kisah2 lama yang berlalu dalam hidup nih. Betol tak?

Semalam otw ke JB, my mom called and congratulate me. Why? Sebab hari nih merupakan hari Bro Posment tak jumpa rumah aku nak anto Offer Letter keje..So, terpaksalah aku pegi mencari Brother tuh untuk amik offer letter. Btw, aku start keje 1st August 2008.. lambat lagik

D80-HOME_MAY2 015

Kalo nk hupdate apa yang dah berlaku sepanjang 2 bulan lepas, mau penat jari jemari nak menaip nih.. Nnti la hupdate yer! Thanks to those yang rajin singgah kat blog nih walaupon takdak hupdate.. Tqvm!

Selamat hari jumaat~

P/s: Ada theme baru tuhhh..hihi

Monday, June 21, 2010

KKP 2010

Bismillahirahmanirrahim and a very good day fellow readers!

Went to KKP (Karnival Keluarga PETRONAS 2010) together with Muaz and Najib in PERMATA Bangi. It was unplanned event and awesome! Great moment for me to capture lots of picture under hot sun. There are lots of game to play while hang out with your friends.

Artist? Dayang Nurfaezah, Nabil and Angah Raja Lawak were there to entertain visitors. Jay Jay the old timer singer was there as well.

In short, it was great unplanned weekend after long time not coming back from JB. Plus, meeting with  Ilyana and Sayuthy triggered our sweet memory again.

kkp2010 (2)

kkp2010 (7)

kkp2010 (12) kkp2010 (14) kkp2010 (17) kkp2010 (21) kkp2010 (23)  kkp2010 (4)kkp2010 (10)

Friday, June 11, 2010

Wedding Shahidan & Humaizah

Bismillahirahmanirrahim and a very good day fellow readers!

Tanggal 29 May 2010, dua jiwa telah bersatu hati dengan iringan doa restu dari kaum keluarga dan sahabat handai buat my cousin Shahidan & Humaizah. Congratulation to both of you~

This is my first attempt to capture wedding photography with my D80 and SB600 flash~

I did it! So, hopefully from time to time I can improve my technique as well as spreading my wings wider.

Enjoy~!

Shahidan & HumaizahShahidan & HumaizahShahidan & HumaizahShahidan & HumaizahShahidan & HumaizahShahidan & HumaizahShahidan & HumaizahShahidan & HumaizahShahidan & HumaizahShahidan & HumaizahShahidan & Humaizah

Tuesday, June 1, 2010

Piiirraahh

Bismillahirahmanirrahim and a very good day fellow readers!

Penulis tengah berFB tadi, terjumpa la plak status dari junior kat uni dulu yang berbunyik:

Tunggang langgang baca Fatihah,

Jadi imam pun berkeluh kesah;
Nak ke masjid berat melangkah,

Apatah lagi Subuh berjemaah;
Tangan nak derma punyalah payah,

Sesama rakan boleh berbalah;


...Macam ni nak tolong Palestin? piiirraahh

So, peringatan kepada penulis dan juga kawan-kawan di luar sana,

  1. Cuba tarik nafas dan tanya diri sendiri ‘Apa tujuan aku hidup???’
  2. Bila sebut terrorist, sumer kutuk mengancam dunia ISLAM, apa kita rasa?
  3. Tapi apabila ISRAEL lahanat buat onar, bapa kerat yang kesah?
  4. Maybe slogan ‘ 1Malaysia, 1Muslim’ sesuai dicanang.
  5. Sebagai insan yang lemah, DOA adalah senjata paling ampuh yang kita ada disamping menentang habis-habisan ISRAEL dimana jua.

Sunday, May 23, 2010

Novel Cinta Sufi

Bismillahirahmanirrahim and a very good day fellow readers!

Backdated entry since tak sempat nk hupdate lately nih. Novel nih I am pretty sure dah ramai yang baca dan khatam dua tiga kali and even ada orang komen beratus-ratus kali kat facebook Ramlee Awang Murshid tentang novel yang ada kaitan dengan trilogy Laksamana Sunan – Pahlawan Berduka dari Tanah Rencong.

Basically novel nih sangat la bagus sebab watak yang dibawak oleh Laksamana Sunan nih menjiwa peribadi Rasulullah saw kita. Antara quote yang penulis copy dari facebook RAM :

“CINTA SUFI, bicaralah akan kebenaran dari Ilahi, ratibkanlah kalimah agung memuji Rabbi, tasbihkanlah babit kata yang menyenangi, saat kebenaran melawan kepalsuan, hak melawan bathil, jgn gundah jgn ragu, kerana tuhan selalu membantu, sehinggga saat terbukanya HIJAB SANG PENCINTA..”


“kau BAGAIKAN PUTERI dihati kita ini, namun kerana takdir ilahi, kembalimu pada batasan waktu itu. Tuhan Maha mengetahui, lalu dikirimkan CINTA SANG RATU sebagai bukti hidayahNYA walau hadir cuma seketika. HIJAB SANG PENCINTA meleraikan relung waktu yang telah menjarakkan kasih tercipta, tapi skali lagi kita kembali dengan CINTA SUFI yang penuh mehnah dan tribulasi.”

Bagi yang belom membaca novel-novel karya RAM nih, sila ke kedai buku berdekatan anda dan cari novel-novel di bawah:

Tombiruo,Ranggau,Mandotori,Semagat Hutan,Adam,Satu Janji,Tombiruo Terakhir,Rahsia Perindu,Bagaikan Puteri,Hatiku Di Harajuku,Cinta Sang Ratu, Ungu Karmila,Hijap Sang Pencinta,Mikhail,9nyawa,Cinta Sufi

Cinta Sufi

Novel nih penulis beli di epot Jb last month semasa merayau-rayau menunggu mse boarding. SANGAT BERBALOI~

P/s: buat RAM - sila karang bnyk2 lagik novel berunsur keagamaan seperti Cinta Sufi..dan trilogy Bagaikan Puteri. Ia mampu menginsafi diri yang selalu lalai dalam mengingatiNYA.. at least dapat ikot sama mempraktis amalan2 Laksamana Sunan @ Saifudin. All the best!!!

Sunday, May 16, 2010

Teacher’s Day 2010!

Bismillahirahmanirrahim and a very good day fellow readers!

Today is 16 May 2010.

image 

Selamat Hari Guru buat sumua tenaga pengajar yang tidak jemu mengajar penulis sehingga penulis berada ditahap sekarang.

  • Buat cikgu-cikgu Tadika|PASTI mase penulis berumur 4-6 Tahun
  • Buat Ustaz/Ustazah yang mengajar Qiraati sehingga boley lancar mengaji Al-Quran
  • Buat Cikgu-cikgu Sekolah Rendah Tikam Batu
  • Buat Cikgu –cikgu Sekolah Menengah Tikam Batu
  • Buat Cikgu-cikgu Sekolah Menengah Sains Pokok Sena
  • Buat Lecturers UTP
  • Buat Cikgu kelas Computer
  • Buat Tenaga-tenaga pengajar SKG 19 & coach2 di opis

Yang paling berharga ialah Mama & Abah.

Mereka merupakan cikgu kepada penulis sejak hari pertama penulis dilahirkan ke dunia sehingga kini.

Doa dan restu dari mereka yang penulis harapkan.

Selamat Hari Guru buat kawan-kawan yang menjawat jawatan CIkGu!

p/s: Penulis pernah menjadi Guru Ganti ketika menunggu offer letter dulu2.

Monday, April 26, 2010

Jalan-jalan JB part I

Bismillahirahmanirrahim and a very good day fellow readers!

Dah hampir genap sebulan aku berkampung kat JB nih. Not too bad lah. JB also known as tempat entertainment dimalam hari. Nak cari air terjun tengah2 JB? Sampi berjanggut la tak jumpa.

So, option yang ada jalan-jalan cari makan (JJCM) lah dari satu tempat ke satu tempat. For the first place, let me introduce Senibong. Bukan Nibong Tebal kat Penang tuh. Nih kat tempat yang fofular dengan seafud. Agak heaven lah. Cerita bergambar kat bawah nih just introduction mase kitaong (aku, Max and Farid) kuar jalan-jalan cari makan kat area Senibong.

seafud

Nih la Senibong tuh.

seafud

Kedai Malam Indah Selalu.. ye ke indah?

seafud Jalan yang perlu dilalui sebelom malam malam anda indah selalu~

seafud

Dak Farid tengok awek.. Geram..geram~

seafud

  Dah Apis.. aku ler nih

seafud

Dak Max

seafud Nih plak Dak Ice Kacang~

Entry seafud menyusul kemudian yer.Tunggu~