Monday, June 21, 2010

KKP 2010

Bismillahirahmanirrahim and a very good day fellow readers!

Went to KKP (Karnival Keluarga PETRONAS 2010) together with Muaz and Najib in PERMATA Bangi. It was unplanned event and awesome! Great moment for me to capture lots of picture under hot sun. There are lots of game to play while hang out with your friends.

Artist? Dayang Nurfaezah, Nabil and Angah Raja Lawak were there to entertain visitors. Jay Jay the old timer singer was there as well.

In short, it was great unplanned weekend after long time not coming back from JB. Plus, meeting with  Ilyana and Sayuthy triggered our sweet memory again.

kkp2010 (2)

kkp2010 (7)

kkp2010 (12) kkp2010 (14) kkp2010 (17) kkp2010 (21) kkp2010 (23)  kkp2010 (4)kkp2010 (10)

Friday, June 11, 2010

Wedding Shahidan & Humaizah

Bismillahirahmanirrahim and a very good day fellow readers!

Tanggal 29 May 2010, dua jiwa telah bersatu hati dengan iringan doa restu dari kaum keluarga dan sahabat handai buat my cousin Shahidan & Humaizah. Congratulation to both of you~

This is my first attempt to capture wedding photography with my D80 and SB600 flash~

I did it! So, hopefully from time to time I can improve my technique as well as spreading my wings wider.

Enjoy~!

Shahidan & HumaizahShahidan & HumaizahShahidan & HumaizahShahidan & HumaizahShahidan & HumaizahShahidan & HumaizahShahidan & HumaizahShahidan & HumaizahShahidan & HumaizahShahidan & HumaizahShahidan & Humaizah

Tuesday, June 1, 2010

Piiirraahh

Bismillahirahmanirrahim and a very good day fellow readers!

Penulis tengah berFB tadi, terjumpa la plak status dari junior kat uni dulu yang berbunyik:

Tunggang langgang baca Fatihah,

Jadi imam pun berkeluh kesah;
Nak ke masjid berat melangkah,

Apatah lagi Subuh berjemaah;
Tangan nak derma punyalah payah,

Sesama rakan boleh berbalah;


...Macam ni nak tolong Palestin? piiirraahh

So, peringatan kepada penulis dan juga kawan-kawan di luar sana,

  1. Cuba tarik nafas dan tanya diri sendiri ‘Apa tujuan aku hidup???’
  2. Bila sebut terrorist, sumer kutuk mengancam dunia ISLAM, apa kita rasa?
  3. Tapi apabila ISRAEL lahanat buat onar, bapa kerat yang kesah?
  4. Maybe slogan ‘ 1Malaysia, 1Muslim’ sesuai dicanang.
  5. Sebagai insan yang lemah, DOA adalah senjata paling ampuh yang kita ada disamping menentang habis-habisan ISRAEL dimana jua.

Sunday, May 23, 2010

Novel Cinta Sufi

Bismillahirahmanirrahim and a very good day fellow readers!

Backdated entry since tak sempat nk hupdate lately nih. Novel nih I am pretty sure dah ramai yang baca dan khatam dua tiga kali and even ada orang komen beratus-ratus kali kat facebook Ramlee Awang Murshid tentang novel yang ada kaitan dengan trilogy Laksamana Sunan – Pahlawan Berduka dari Tanah Rencong.

Basically novel nih sangat la bagus sebab watak yang dibawak oleh Laksamana Sunan nih menjiwa peribadi Rasulullah saw kita. Antara quote yang penulis copy dari facebook RAM :

“CINTA SUFI, bicaralah akan kebenaran dari Ilahi, ratibkanlah kalimah agung memuji Rabbi, tasbihkanlah babit kata yang menyenangi, saat kebenaran melawan kepalsuan, hak melawan bathil, jgn gundah jgn ragu, kerana tuhan selalu membantu, sehinggga saat terbukanya HIJAB SANG PENCINTA..”


“kau BAGAIKAN PUTERI dihati kita ini, namun kerana takdir ilahi, kembalimu pada batasan waktu itu. Tuhan Maha mengetahui, lalu dikirimkan CINTA SANG RATU sebagai bukti hidayahNYA walau hadir cuma seketika. HIJAB SANG PENCINTA meleraikan relung waktu yang telah menjarakkan kasih tercipta, tapi skali lagi kita kembali dengan CINTA SUFI yang penuh mehnah dan tribulasi.”

Bagi yang belom membaca novel-novel karya RAM nih, sila ke kedai buku berdekatan anda dan cari novel-novel di bawah:

Tombiruo,Ranggau,Mandotori,Semagat Hutan,Adam,Satu Janji,Tombiruo Terakhir,Rahsia Perindu,Bagaikan Puteri,Hatiku Di Harajuku,Cinta Sang Ratu, Ungu Karmila,Hijap Sang Pencinta,Mikhail,9nyawa,Cinta Sufi

Cinta Sufi

Novel nih penulis beli di epot Jb last month semasa merayau-rayau menunggu mse boarding. SANGAT BERBALOI~

P/s: buat RAM - sila karang bnyk2 lagik novel berunsur keagamaan seperti Cinta Sufi..dan trilogy Bagaikan Puteri. Ia mampu menginsafi diri yang selalu lalai dalam mengingatiNYA.. at least dapat ikot sama mempraktis amalan2 Laksamana Sunan @ Saifudin. All the best!!!

Sunday, May 16, 2010

Teacher’s Day 2010!

Bismillahirahmanirrahim and a very good day fellow readers!

Today is 16 May 2010.

image 

Selamat Hari Guru buat sumua tenaga pengajar yang tidak jemu mengajar penulis sehingga penulis berada ditahap sekarang.

  • Buat cikgu-cikgu Tadika|PASTI mase penulis berumur 4-6 Tahun
  • Buat Ustaz/Ustazah yang mengajar Qiraati sehingga boley lancar mengaji Al-Quran
  • Buat Cikgu-cikgu Sekolah Rendah Tikam Batu
  • Buat Cikgu –cikgu Sekolah Menengah Tikam Batu
  • Buat Cikgu-cikgu Sekolah Menengah Sains Pokok Sena
  • Buat Lecturers UTP
  • Buat Cikgu kelas Computer
  • Buat Tenaga-tenaga pengajar SKG 19 & coach2 di opis

Yang paling berharga ialah Mama & Abah.

Mereka merupakan cikgu kepada penulis sejak hari pertama penulis dilahirkan ke dunia sehingga kini.

Doa dan restu dari mereka yang penulis harapkan.

Selamat Hari Guru buat kawan-kawan yang menjawat jawatan CIkGu!

p/s: Penulis pernah menjadi Guru Ganti ketika menunggu offer letter dulu2.

Monday, April 26, 2010

Jalan-jalan JB part I

Bismillahirahmanirrahim and a very good day fellow readers!

Dah hampir genap sebulan aku berkampung kat JB nih. Not too bad lah. JB also known as tempat entertainment dimalam hari. Nak cari air terjun tengah2 JB? Sampi berjanggut la tak jumpa.

So, option yang ada jalan-jalan cari makan (JJCM) lah dari satu tempat ke satu tempat. For the first place, let me introduce Senibong. Bukan Nibong Tebal kat Penang tuh. Nih kat tempat yang fofular dengan seafud. Agak heaven lah. Cerita bergambar kat bawah nih just introduction mase kitaong (aku, Max and Farid) kuar jalan-jalan cari makan kat area Senibong.

seafud

Nih la Senibong tuh.

seafud

Kedai Malam Indah Selalu.. ye ke indah?

seafud Jalan yang perlu dilalui sebelom malam malam anda indah selalu~

seafud

Dak Farid tengok awek.. Geram..geram~

seafud

  Dah Apis.. aku ler nih

seafud

Dak Max

seafud Nih plak Dak Ice Kacang~

Entry seafud menyusul kemudian yer.Tunggu~

Wednesday, April 7, 2010

Thank you very much.

Bismillahirahmanirrahim and a very good day fellow readers!

Bait-bait lirik kat bawah nie terlalu banyak kenagan tersurat dan tersirat untuk dikenang. There are thousand of sweet memory to be kept forever until there is no life in this world. I need them back and I want you back. Let the time heal everything from now on. We’ve been wasting too much time before. Let’s hunt them back & smile as always~

Ku biar kalam berbicara
Menghurai maksudnya di jiwa
Agar mudah ku mengerti
Segala yang terjadi
Sudah suratan Ilahi


Ku biarkan pena menulis
Meluahkan hasrat di hati
Moga terubat segala
Keresahan di jiwa
Tak pernah ku ingini

Aku telah pun sedaya
Tak melukai hatimu
Mungkin sudah suratan hidupku
Kasih yang lama terjalin
Berderai bagaikan kaca
Oh teman, maafkanlah diriku


Oh Tuhan
Tunjukkan ku jalan
Untuk menempuhi dugaan ini
Teman, maafkan jika ku melukaimu
Moga ikatan ukhwah yang dibina
Ke akhirnya

Aku tidak kan berdaya
Menahan hibanya rasa
Kau pergi meninggalkan diriku
Redhalah apa terjadi
Usahlah kau kesali
Mungkin ada rahmat yang tersembunyi.

hug

P/s: Still..I need some time to revive. Thanks and thank you very much.

Saturday, April 3, 2010

Burung apa?

Bismillahirahmanirrahim and a very good day fellow readers!

Godek2 gamba lama, terjumpa la gamba due ekor Burung Merbah Jambul nih. Dulu2 time sekolah rendah aku sangat la minat ngan burung nih. Sampi sanggup bela dari baby lagik. Kasi makan dedak bancuh dan jugak pisang lenyek. Nak tahu kenapa best? Sebab bile derang berkicau, jambul akan naek. Itu yang terbaek.. Sekrang nih dah hidup mobile, susah sket nk bela binatang2 nih,huhu

burung-merbah[pitya]54

Selamat berhujung minggu, saya online dari kampung halaman~ ngeh ngeh

P/s: Takziah buat keluarga Allahyarham Din Beramboi. Sekejup sangat beliau pergi. Al-Fatihah.

Tuesday, March 30, 2010

OST Na-O-Mei

Bismillahirahmanirrahim and a very good day fellow readers!

Hmm, sapa-sapa kat sini after opis hour terkejar-kejar balik ghumah nk layan Na-0-Mei 6.30pm TV3 sila angkat tangan sambil kejip-kejip mata sebelah kanan! Ok, ramai rupenyer. Bagus-bagus. Layan citer Melayu. Tak kan Melayu hilang di dunia katanya. Watak-watak lakonan Adi Putra & Bella tuh sangat best.

Tengah bloghopper semalam, terjumpa satu blog nih yang buat entry OST mp3 version Youtube Na o Mei nih. Kaget sebentar selepas streaming lagu-lagu nih gune Digi Broadband aku nih (Internet done Right!).

Lagu-lagu OST nih sumer artis dari negara seberang rupenye! Patot la sedap & syahdu jer menusuk kalbu lagu-lagu tuh..Bila la lagu-lagu dari penanyi Malaysia nak jadi hebat seperti negara seberang~ Layan jer lah =)

Bisikan Rindu|Dinda|Terakhir|Hidupmu Hidupku

 

 

Source dari sini =)

Monday, March 29, 2010

Dari mata turun ke hati~

Bismillahirahmanirrahim and a very good day fellow readers!

Ibu kuceng & anak-anak die kat umah KL kaler PUTEH, Kucing liar kat kampung aku pon kaler PUTEH, baby Whitty aku pon kaler PUTEH~ In short, I love kaler PUTEH so much!

Photobucket Photobucket

 

Kedua-dua gambar kat atas nih adalah Kucing PUTEH yang sedang di’mengorat’ oleh seekor kuceng jantan hitam keoren-orenan. Musim degawan mengawan sekarang nih. Kira aku kacau daun lah and that’s why ade daun-daun kaler hijau samar-samar tuh~ =)

Kesimpulanya, kaler PUTEH kalo blended ngn kaler HIJAU muda tersangatlah damai~