Showing posts with label |novel|. Show all posts
Showing posts with label |novel|. Show all posts

Monday, November 15, 2010

Hye honeybunch!

Salam sayang,

Ketika entry nih ditaip, saya masih dlm boat ke bintulu port dari Platform yang jauhnya 200km dari pesisir pantai Bintulu. Jarak perjalanan akan memakan masa selama 6 jam dan kadang2 lebey base on weather condition. Mabuk free lar kalau cuaca buruk dan ombak beralun-alun :)


Memandangkan cuaca cerah dan boat dalam keadaan stabil, boleylah layan novel nukilan Fauziah Ashari - sambunagn Ombak Rindu the series~

Kisah cinta Izzah & Hariz yang sgt la best. Ada 3 novel bersmbung2 Ombak Rindu then Cinta Tiada Akhirnya and yang tgh digagahi nak abeskan nih Rindu Cintaku. Kadang2 sangat terkesan dengan watak2 yang ada dalam novel nih. Izzah yang penyabar, lemah lembut, sopan, pandai masak dan sanagat pandai ambil hati Hariz dalam apa jua keadaan.

Watak Hariz pulak yang egois dan mudah marah nih amat bertentangan dengan isterinya si Izzah. Tapi jadi lemah jika menatap wajah isterinya dan hilang segala serabut dikepala apabila mendenar suara isterinya.

Kisah suka duka dalam novel nih sangat best bila ada melibatkan perkampungan yang damai, ombak di pantai dan suasana kota! I like~

Okeh, nak abeskan novel nih sambil dengar mp3 zikir2 Hijjaz/Ustaz Badrulamin nih pon best gak.

P/s: Missing you so much! :)

Thanks,

Hafizd Yahaya

Sent from my BlackBerry® smartphone

Sunday, May 23, 2010

Novel Cinta Sufi

Bismillahirahmanirrahim and a very good day fellow readers!

Backdated entry since tak sempat nk hupdate lately nih. Novel nih I am pretty sure dah ramai yang baca dan khatam dua tiga kali and even ada orang komen beratus-ratus kali kat facebook Ramlee Awang Murshid tentang novel yang ada kaitan dengan trilogy Laksamana Sunan – Pahlawan Berduka dari Tanah Rencong.

Basically novel nih sangat la bagus sebab watak yang dibawak oleh Laksamana Sunan nih menjiwa peribadi Rasulullah saw kita. Antara quote yang penulis copy dari facebook RAM :

“CINTA SUFI, bicaralah akan kebenaran dari Ilahi, ratibkanlah kalimah agung memuji Rabbi, tasbihkanlah babit kata yang menyenangi, saat kebenaran melawan kepalsuan, hak melawan bathil, jgn gundah jgn ragu, kerana tuhan selalu membantu, sehinggga saat terbukanya HIJAB SANG PENCINTA..”


“kau BAGAIKAN PUTERI dihati kita ini, namun kerana takdir ilahi, kembalimu pada batasan waktu itu. Tuhan Maha mengetahui, lalu dikirimkan CINTA SANG RATU sebagai bukti hidayahNYA walau hadir cuma seketika. HIJAB SANG PENCINTA meleraikan relung waktu yang telah menjarakkan kasih tercipta, tapi skali lagi kita kembali dengan CINTA SUFI yang penuh mehnah dan tribulasi.”

Bagi yang belom membaca novel-novel karya RAM nih, sila ke kedai buku berdekatan anda dan cari novel-novel di bawah:

Tombiruo,Ranggau,Mandotori,Semagat Hutan,Adam,Satu Janji,Tombiruo Terakhir,Rahsia Perindu,Bagaikan Puteri,Hatiku Di Harajuku,Cinta Sang Ratu, Ungu Karmila,Hijap Sang Pencinta,Mikhail,9nyawa,Cinta Sufi

Cinta Sufi

Novel nih penulis beli di epot Jb last month semasa merayau-rayau menunggu mse boarding. SANGAT BERBALOI~

P/s: buat RAM - sila karang bnyk2 lagik novel berunsur keagamaan seperti Cinta Sufi..dan trilogy Bagaikan Puteri. Ia mampu menginsafi diri yang selalu lalai dalam mengingatiNYA.. at least dapat ikot sama mempraktis amalan2 Laksamana Sunan @ Saifudin. All the best!!!

Thursday, April 10, 2008

Sepi Tanpa Cinta~

Sinopsis : SEPI TANPA CINTA ( Damya Hana)

HAZIQAH mempunyai impian untuk hidup bahagia di samping Yusri. Namun, tiada siapa menyangka di saat hari bahagia itu bakal menjelma, ada yang membuat onar sehingga kesucian dirinya dipersoalkan. Lantaran itu, pelamin angannya musnah bersama harapan dan hatinya hancur umpama terhempas!

Namun, Haziqah nekad. Majlis perlu dilaksanakan. Yang penting, fitnah dapat ditamatkan. Biarpun Fakrul tidak pernah dicintai, dia rela asalkan kesucian dirinya dapat dibuktikan. Tetapi malang, perkahwinan yang tercipta itu hanya menambahkan penderitaan yang sedia tergalas di bahu. Dia dikeji dan digantung tak bertali!

Bagi Fakrul, cintanya bukan untuk Haziqah tapi masih untuk Azura. Gadis pertama yang dicintainya... tetapi kecurangan Azura menambahkan kebenciannya kepada Haziqah. Dia benci pada perempuan yang tidak setia. Namun, pertemuan kedua antara Fakrul dan Haziqah membuatkan dia mula yakin bahawa Haziqah adalah miliknya. Bukan Yusri mahupun Hafiz... sepupunya.

Mampukah Haziqah menyambut huluran cinta Fakrul setelah dirinya puas dihina? Haziqah tidak mahu pisang berbuah dua kali! Baginya, kedukaan lalu masih bertapak utuh di hatinya. Cukuplah sekali...

also try out this one~