Thursday, March 25, 2010

Bagaimana nak buat Solok Lada?

Bismillahirahmanirrahim and a very good day fellow readers!

Entry nih agak lama dah diperam dalam lappy nih. Sangat teruja nak wat entry nih  untuk tatapan umum. XOXO.. Mase nih kat umah kazen di Jerantun Pahang. Thanks Aunty for the recipe~

Malam jumaat yang sepi diiringi hujan sepoi-sepoi..Mak aihhh, salah tatabahasa nih. Ampun cikgu!

Mari mulakan cara-cara membikin Solok Lada~ Mula-mula, kene ade cili/lada @ cabai yang diimport khas dari kelate. Kaler ijau2 muda sket. Memang laen dari cili yang ada kat pasar malam hari Isnin area Wangsamaju tuh..

Bahan-bahan nya:

  1. Isi ikan Selayang rebus (sebab ikan nih manis) yang ditumbuk
  2. Kerisik
  3. Kelapa parut (yang ditumbuk separa lumat)
  4. Garam & Gula
  5. Telur ayam yang dibasuh .
  6. Santan pekat

264263266267 

Semua bahan-bahan diatas digaul sehingga sebati dan disumbat beramai-ramai dengan kerjasama askar-askar kerahan kat dapur ke dalam sarung lada yang dibelah~ Disusun dalam periuk dan sebelum direbus bersama-sama santan~

Tadaa…siap dah~

P/s: Baru aku tahu upenye kene makan dengan kulit2 lada tuh..Before this aku buang jer macam makan ketupat palas..Ingatkan itu sarung jer sebab isi kat dalam.. hikhik..

Selamat Berhujung minggu!

6 comments:

  1. ahahahahahahahah
    aku pon mkn isi tak makan kulit lada tuh













    tbe2 aku sgt teringin cari solok lada skrg


    meleleh
    hahahah

    ReplyDelete
  2. aku suka!!! ngn nasi kerabu lagik.. mmg sgt yummy..

    tapi kan... ak pn makan buang kulit.. ayah ak telan semua tolak tangkal.

    ReplyDelete
  3. hehehe....adik suka mkn yg dlmnye shaja...cili nye tak mkn...hikhik... =p

    LiLy

    ReplyDelete
  4. sangat suka makan solok lada itu...
    tapi jarang buat sbb penghuni dirumah tak berapa suka makan...huhuhu...klu teringin nak makan beli saja...

    ReplyDelete

Please leave your comment here =)