Salam sejahtera buat semua. Salam Maal Hijrah 1433 dari 200km luar persisir pantai Bintulu. Tadi sesudah jamak solat asar, aku sempat bukak laptop sebab nak baca Doa Akhir Tahun Hijrah dan dek kerana font nye tak berapa nak clear, so aku teruslah membaca version Melayu yang lebih mendalam maksudnya. Selama aku hidup sampi hari ini, baru aku tahu maksud sebenar Doa Akhir dan Awal Tahun Hijrah tuh. Terima Kasih ya Allah keranan memberi aku peluang memahami maksud disebalik doa-doa Mu.
Terus aku summarize dah paste di FB seperti yang kalian dapat lihat di printscreen dibawah.
The more importance thing is aku edit sedikit doa awal tahun itu dengan memohon Allah akhiri zaman solo ku secepat mungkin dengan gadis yang berjaya bertakhta dihati ini.Ku titipkan juga bait2 dibawah ini agar dipermudahkan urusanku dengan nya dan diikatkan/disatukaan hati kami berdua diatas kalimah agung – Kerana Allah Taala~ InsyaAllah.
Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku, tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan
Ya Allah, ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai
Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segala.
p/s: Kalian tolong doakan juga yer untuk saya. Hanya Allah lah bakal membalas jasa baek kalian.