Friday, November 21, 2014
Flowers!
Tuesday, October 7, 2014
Friday, July 25, 2014
Qunut Nazilah!
Lirik Lagu/ Lyrics: Qunut Nazilah – UNIC
Ya Allah
Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh2 kami
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan2 mereka
Ya Allah
Leburkanlah kumpulan2 mereka
Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka
Goncangkan pendirian mereka
Dan hantarkanlah anjing2 kamu kepada mereka
Wahai tuhan yang gagah perkasa
Wahai tuhan yang penuh raksasa
Wahai tuhan yang bersifat murka
Ya allah Ya allah Ya allah Ya allah
Wahai tuhan yang menurunkan kitab
Wahai tuhan yang mengarakkan awan
Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab
Kalahkan mereka
Kalahkan mereka
Kalahkan mereka
Dan menangkan kami ke atas mereka
Info Tambahan: Qunut Nazilah
Qunut Nazilah sunat dibaca ketika dianiaya atau ditimpa musibah (dalam bahaya).
Cara Membaca Qunut Nazilah
Bacaan Qunut Nazilah ini boleh dilakukan pada setiap solat fardhu: Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh. Ia dibaca pada rakaat terakhir selepas bangun dari Ruku' untuk 'Itidal. Doa dibaca ketika berdiri untuk I'tidal. Ada tiga cara membaca doa tersebut.
Imam boleh memilih salah satu dari cara-cara berikut:
(1) Membaca doa Qunut sepertimana yang biasa dibaca ketika solat Subuh.
(2) Membaca doa Qunut Nazilah sahaja sepertimana yang di dalam lampiran
(3) Membaca doa Qunut subuh dan diikuti dengan doa Qunut Nazilah
Qunut ini pernah dibacakan oleh Rasulullah ketika kejadian pembunuhan beramai-ramai 60 orang penghafaz al-Quran selama sebulan berdasarkan hadith berikut:
Maksudnya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah membaca doa qunut nazilah pada waktu selain dari Subuh ketika turunnya sewaktu pembunuhan sahabat-sahabatnya penghafaz-penghafaz al-Quran.
(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
Thursday, May 1, 2014
Visitor
As salam bloggers,
Nih la makhluk tuhan yang tahu perfect timing nak datang berkunjung ke teratak kitaorang bila ada lebihan ikan goreng lepas bersantap. Memang ajaib kucing nih. Dia macam tahu jer kitaorang dok tunggu dia mai sebab ada ikan extra dalam peti ais tuh.
Hari tuh aku teringin makan masak singgang ikan temenung/kembung. Amik serai kat depan umah, pastu potong bawang and masak lah. Ikan ada 4 ekor. 2 ekor aku dah rebus kasi si Kuning nih makan kat depan umah. Pastu lepas siap masak, aku dok relex pisang la sebab dok tggu maghrib untuk dinner. Tak perasan Singgang Ikan tuh dalam kuali leper tuh..apa lagi, tengok2 dah tak de ikan!
Kene cekau ngan si Kuning nih lahhh… haiii..rezeki hang hari tuh makan ikan rebus 2 ekor plus ikan singgang 2 ekor. Aku yang melepas… haha..
Still, hari nih dia muncul lagi. Dapat la makan ikan Siakap dan Ikan Bawal Goreng. Aku reheat guna microwave and kasi dia makan.
P/s: Selamat Hari Buruh 2014! Esok keje! Selamat Menyambut Bulan Rejab jugak. Tak lama dah nak masuk Ramadhan… Rejab Syaaban Ramadhan! Jom Puasa sunat.
Wednesday, April 23, 2014
Pisang Goreng Cheese with Coklat Tabur Homemade!
Pisang Goreng Cheese with Coklat Tabur Homemade!
Senang je masak nye. Sebab senang masak, sekarang dah muak. haha