Bismillahirahmanirrahim and a very good day fellow readers!
Dah makin besar panjang, makin kurang amalan-amalan ikutan Rasul junjungan aku amik ringan. Terutamanya puasa sunat hari Isnin & Khamis. Apatah lagi solat sunat Dhuha dan Subuh berjemaah~
Ya Allah, bantulah hambaMu ini supaya rajin beribadah kepadaMu~ Amin
Tadi mase otw dalam LRT mase balik keje, terkumat-kamit aku nyanyi lagu-lagu nasyid yang bertemakan Selawat ke atas Rasul junjungan..seram sejuk jer aku rasa sebab tak dapat aku bayangkan betapa jauh beza peribadiku dengan peribadi Rasulullah s.a.w.
Semperna Maulidur Rasul esok, sama-sama kita muhasabah diri dan melipatgandakan berselawat keatas Nabi junjungan kita.
P/s: Sok ade perarakan kat kampung, maka aku akan bertolak balik kampung sekejup lagi~ homesick daa~