Thank you very much.
Rgds,
Mohd Hafizd Yahaya,
HUC Kumang Cluster Dev. Project
Salam blog dimalam Jumaat,
Tengah streaming radio Kedah.Fm tadi tiba2 ada plak lagu nih. Sedap jugak lah bait2 lirik dia. hehe..Hanyut la jugak. Best! Wajib dengar~
Esok akan berangkat ke Bintulu lagi for a week outstation~ So, selamat tinggal KL~ tak sempat nak beramah mesra lagik sebab last weekend kat Labuan~ Hectic! but I like~ Keep me busy like a bee.
Bulan posa lagi sebulan lagik, dah beli baju raye ke? hehe.. eh, dah abes ganti puasa ke? Tak sangka dah nak kembali berpuasa..InsyaAllah, tahun nih nak menyambut Ramadhan secara total + produktif. Amin..Anda bagaimana?
Selamat malam kawan2 bloggers. Ok, mari curik masa sket update blog yang bersawang labah nih. Lately banyak plak spam kat comment box entry kat blog nih. Konon2 nya die baca and post comment. Very FUNNY ok! Computer yang scan and put a comment based on content kat dalam entry tuh, walhal dia tak tahu hujung pangkal pon. Just imagine lah kan.. Otak manusia ciptaan Tuhan tuh much much better than machine.
Btw, terlanjur dah membaca Akhbar Harian Metro tadik, secara tak sengaja terclick la plak ikan FireFly kat banner atas tuh sebab tulis iklan Koh Sa Mui! haha.. Memang hajat hati nak melancong since tahun neh belom pegi mana2 lagik. Korea trip terpaksa ditunda sebab tied up with current work load yang sometimes rasa too much. Tapi apakan daya, itulah sumber rezeki asas dan juga tambahan.
Satu lagik, gambar pesawat ringan milik MASWing nih sempat aku snap masa otw balik ke KLiA semasa transit dari LABUAN ke Kota Kinabalu. Lepas nih ada possibility aku re-route ke sini untuk berjalan-jalan di KK if flight fully booked.
Yang sebenarnya nak citer pasal FireFly offer nih. Sangat lah menggamit jiwa dan perasaan. Rasa mahu terbang dan relax jer dari KL nih. If possible tour in group yang dapat best price so that boley hangkut satu family gi bercuti, kan? InsyaAllah, ada masa dan rezeki lebih, akan kutunaikan impian ku yang satu nih. Cuti Cuti dalam Malaysia pon not bad terutamanya sebelah Sabah dan Pulau-Pulau di Pesisir Pantai Malaysia nan Indah nih.
Jom holiday!
BismillahirRahmanirRahim
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Pahamkah kita dengan makna Al-Fatihah setiap kali membaca semasa solat 5 kali sehari semalam? Semasa bacaan doa sebelum start majlis dan semasa menghadiahkan kepada si mati yang telah lama pergi meninggalkan alam dunia ini?
Sekadar sharing sesama kita dan blogger2 yang singgah di blog nih. Mari start baca surah Al Fatihah sambil menghayati bait2 makna dibawah;
[1] Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[2] Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
[3] Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[4] Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
[5] Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
[6] Tunjukilah kami jalan yang lurus.
[7] Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

P/s: Sekarang dah masuk bulan Rejab, meh kita berpuasa ramai2 menambah amalan yang tak seberapa nih..
Assalamualaikum and a very good day,
Lately nih sangat teruja melihat interior design for kitchen, master bedroom, toilet, dining hall and living area yang melambak2 kat dalam internet tuh. Awsome! Just type and click Google Image and then tadaaa..Memang superb-superb.. hehe.. Plus dok teringat balik design hotel-hotel yang penah dikunjungi sepanjang outstation.
Betolah pepatah ‘Rumahku Syurgaku’ sebab kalo nak decorate umah ikot selera sendirik, memang tak keluar rumah lah kan. Btw, just surfing to get the idea. It would be nice if the dream come true and FOC ala-ala tajaan seperti dalam TV tuh..ngeh ngeh..Now, let see some of the design which is the arrangement and layout that really capture my attention;
Master Bedroom yang ade partition between wardrobe and king size bed. Lighting plak yang adjustable to ensure sufficient light. Macam gambar kat atas nih, I’ve found in IKEA 2011 brochure. Other main criteria is reading light kat kepala katil tuh plus sepasang lampu yang menghala ke syiling kat hujung katil. Cermin sebesar2 alam is a must! Ruang solat mini yang lengkap. Wardrobe sliding yang mampu menampong berat baju-baju. Meja solek yang sederhana. Hmm, apa lagi eh yang wajib taruk dalam master bedroom? Let’s surfing lagik..hihi
Mini Home Office~ Tengok set meja kat atas nih. Menarik kan? Well, sebab dia corner lot, so macam jimat ruang sket. Sesuai taruk kat family area kot. Tapi surface area untuk menconteng tuh macam limited sket lah. Hihi.. Dah nama mini opis.. So, bley taruk koleksi novel2,buku2 and reference kat sini for quick grab.
Penggunaan cermin dalam rumah bley mengaburi mata dengan menjadikan ruang yang sempit kelihatan luas dan lapang. So, cermin yang vertical curvy tuh sangat lah menarik kalo dapat dipasang di wall dekat dining area. Semua product IKEA..Tapi kalo guna cermin yang sekeping besar gedabak tuh dah macam bilik senamrobik plak kan?
So, apa lagi yang menarik untuk digoogle mencari idea untuk musim2 perayaan nih. Bilik tetamu should be in the list also right? Toilet interior design. For major modification is kitchen table and cabinet. English style or Melayu style? Kitchen memang menyemakkan kepala~ haha
Selaen IKEA, mana lagik kedai2 perabot yang stylist and durable? Cavenzi? Fella Design? Macy? Whooaaa… Jenama vs design?
Kawan2, sila tekan button play dan hayati Surah Al Waqiah sambil memahami bait2 makna satu per satu. Sangat merdu bacaan beliau. Syaikh Sudais reciting Surat Al-Waqiah (The Event – Kiamat) ~
.
Sila klik sini untuk membaca translation bahasa [click]
Furthermore, sila baca riwayat2 dibawah;
“Surah al-Waqiah adalah surah kekayaan. Hendaklah kamu membacanya dan ajarkanlah ia kepada anak-anak kamu.” (Riwayat Ibn Mardawaih daripada Anas: Kasyf al-Khafa’).
“Sesiapa yang membaca surah al-Waqiah pada setiap malam ia tidak akan ditimpa kefakiran.” (Riwayat daripada Ibn Mas‘ud: al-Azkar, al-Jami al-Soghir).
“Ajarkanlah surah Al-Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)
P/s: Tolong ingatkan aku jika aku lalai~ Hati ini memang setiap saat dan waktu boley saja berubah, kerana memang sifat hati yang mudah untuk membolak-balik. Maka mari kita berdoa kepadanya agar diteguhkan hati kita kepada kebenaran dan kepada agama :
Ya muqollibul qulub tsabbit qolbi 'ala dinika~
[“Wahai dzat yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku atas agama-Mu dan atas ketaatan kepada-Mu”.]
Salam sejahtera,
Godek2 hardisk jumpa la gamba2 lama masa tengah study kt UTP. If I am not mistaken, this pictures was taken during fasting month of Ramadhan. So, before gih berbuka puasa kat Masjid UTP, kill the time pegi memancing~ hehe
I miss the moment when we are young and free~ haha.. Now, masing2 dah busy dengan kerjaya masing2..susah dah nk berjumpa melaenkan waktu attending wedding~ Yang dah kahwin dan beranak pinak pon ade. Lagi lah susah.. tapi I believe the time will come where everybody dah settle down and ade free time to meet up and have chit chat session. Masa house warming ke, masa musim perayaan ke. InsyaAllah.
P/s: Sekejup jer nak masuk bulan puasa semula, last day 1st day puasa di laut, so tahun nih masehkah?