Sunday, June 28, 2015

Puasa 2015

Salam Ramadhan semua.

Dah almost 10 hari berpuasa. Dimana tahap quality Ibadah kita tahun nih?

Kalo nak membeli belah baju raya 2015 di Jalan TAR, sila la pegi awal pagi dan balik sebelom Asar. InshaAllah sempat recover tenaga untuk Tarawikh berjemaah. Tips petang tadik. :)

Btw, Tahniah Jakel sebab bukak Jakel Mall yag besar dan selesa. Pi pilih, tggu happy hour then bayaq. Pastu, tukar size or color lepas da bayaq. SettLe! Baju budak2 ada Upin Ipin. Abes daa kalo fanatic ngn kartun nih macam #firaasrauuf

Okeh, cuba selawat 3 kali.

Now ucap Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar 3 kali.

Syukran.

p/s : Sapa sapa tau perkembangan terbaru ex vokalis Saujana yang suara emas, tolong update sat sebab banyak keyword yang sampai kat sini cari dia.

Saturday, June 6, 2015

Kuasa Tuhan – Mawaddah

 

Gempa bumi di Ranau, Sabah, Malaysia!

Summary dari FB Page Warga Prihatin :

  • Baru-baru ini di Nepal yang terkenal dengan wisata Everestnya telah berlaku ‘pembunuhan’ kejam terhadap 250,000 haiwan atas ritual agama. Tidak sanggup untuk melihat gambar pembunuhan kejam itu, apatah lagi bila menontonnya dari rakaman videonya. Selepas itu berlaku gempa bumi 7.8 SR dan beberapa kali gempa susulan yang amat dahsyat.
  • Di Acheh juga dikhabarkan berlaku pesta maksiat yang keterlaluan pada 25 Disember 2004, sehari sebelum terjadinya Tsunami yang mengorbankan ratusan ribu jiwa. Peringatan oleh ‘seseorang’ agar mereka ‘beringat’ telah diabaikan dan diperlekeh begitu sahaja.
  • Tragedi banjir lumpur yang dahsyat pada 26 Desember di Sabah suatu ketika dahulu juga dikatakan berlaku sehari selepas masyarakat setempat berpesta maksiat yang melampaui batas.
  • Sebelum tragedi gempa bumi di Sabah kelmarin juga terdapat satu kronologi yang sama.
  • Berita tentang sekumpulan 10 orang asing pendaki gunung Kinabalu berbogel di puncak gunung dan 2 pelancung yang berbogel di sebuah pulau berhadapan Kota Kinabalu telah tersebar luas sebelum bencana itu terjadi.
  • Isu bogel di pantai PD dan Penang, juga banyaknya kes pembuangan bayi, mabuk dan zina terbuka, juga pelbagai maksiat dalam konsert gila juga mengundang murka.

Cuba kita amati lirik nasyid Mawaddah dibawah. Renung-renungkan lah. #dubsmash

Album : Tsunami pembawa Masej Dari Tuhan
Munsyid : Mawaddah
http://liriknasyid.com

Aqidah umat sudah terlalu rosaknya
Tiap kejadian tidak dikaitkan dengan Tuhan
Kerana atau sebablah yang merosakkan
Bukan kehendak dan kuasa Tuhan yang melakukan
Banjir berlaku
Hujan lebatlah yang menjadikan
Bukan Tuhan lakukan untuk peringatan
Gunung berapi meletus
Memusnah nyawa harta
Belerang yang amat panas di dalamnya yang meledakkan
Bumi bergoncang gempa bumi namanya
Meruntuhkan apa sahaja
Ada sebab-sebab tertentu
Yang menggoncang
Padahal itu adalah ancaman Tuhan
Kepada mereka yang membuat mungkar
Hukuman yang dilakukan di dunia lagi
Agar manusia sedar
Memanglah Tuhan telah membuat ketentuan
Apa saja kejadian baik dan buruk
Tuhan jadikan sebabnya dahulu
Sebabkan Tuhan yang menjadikan untuk berlaku
Ertinya bukan sebab yang melakukan
Tapi Tuhan yang menjadikan sebab
Dan yang akan melakukan
Begitulah rosaknya aqidah umat
Termasuk yang Islam
Mereka telah syirik dengan Tuhan kerana keyakinan
(chorus rangkap 1)
Segala-galanya tidak akan terjadi
Kalau bukan kehendak Tuhan
Bukan sebab-sebab yang dijadikan yang melakukan ) 2x
Betulkan aqidah
Takutlah Tuhan yang menjadikan apa sahaja

Pengirim : aliff
Sumber
http://www.mawaddah.com.my/

Monday, June 1, 2015

Doa Nabi Yunus

Surah Al-Anbiya, Verse 87:

وَذَا النُّونِ إِذ ذَّهَبَ مُغَاضِبًا فَظَنَّ أَن لَّن نَّقْدِرَ عَلَيْهِ فَنَادَىٰ فِي الظُّلُمَاتِ أَن لَّا إِلَٰهَ إِلَّا أَنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

Dan (sebutkanlah peristiwa) Zun-Nun, ketika ia pergi (meninggalkan kaumnya) dalam keadaan marah, yang menyebabkan ia menyangka bahawa Kami tidak akan mengenakannya kesusahan atau cubaan; (setelah berlaku kepadanya apa yang berlaku) maka ia pun menyeru dalam keadaan yang gelap-gelita dengan berkata: "Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri".

p/s: "La ilaha illa anta, Subhanaka, inni kuntu minaz zhalimin."