Friday, May 15, 2015

Maha Pemberi Rezeki!

Surah Aal-e-Imran, Verse 27:

تُولِجُ اللَّيْلَ فِي النَّهَارِ وَتُولِجُ النَّهَارَ فِي اللَّيْلِ وَتُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَتُخْرِجُ الْمَيِّتَ مِنَ الْحَيِّ وَتَرْزُقُ مَن تَشَاءُ بِغَيْرِ حِسَابٍ

"Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya".

via iQuran

p/s: Mintalah dahulu kepada Allah swt sebelom memulakan sesuatu usaha kerana Dia lah Maha Pemberi Rezeki.

Tuesday, May 12, 2015

al Quran!

 

Kita bila baca sesuatu buku cerita terkemuka dikarang oleh orang orang hebat mendapat yng tinggi disisi masyarakat , dianggap best seller kita baca sekali kita nk baca kali kedua tak mampu sebab kita dah tahu apa isi kandungannya.

Sama jugak bila kita menonton filem yang hebat cerita yang hebat,kita tidak akan menontonnya lagi selepas itu.

Berbeza dengan Al Quran, risalah yang dihantar kepada kita. Kita makin hari makin baca makin kita nampak berbagai bagai rahsia disebaliknya dan banyak yang belom kita sempat beramal dengan nya. Inilah mukjizat al Quran yang bersifar berterusan.

(Quote Ustaz Zahazan)

Thursday, May 7, 2015

Bismillahirahmanirrahim and a very good day fellow readers!

Agak lama tak update blog.Ayat cliche sangat. Sometimes, bila fikir dunia tanpa sempadan nih timbul rasa takut dan kadang-kadang cuak jugak nak kongsi gambar-gambar dan jugak cerita di blog nih. Tuh yang kadang-kadang update, kadang-kadang tak sentuh langsung.

From the other point of view plak, menulis blog nih sebenarnya bagus untuk merangsang minda dan jugak creativity. Cuma, kemalasan melanda diri dan kesibukan melayan karenah anak dan isteri lebih utama. Family first!

InshaAllah, akan cuba diusahakan menghidupkan kembali blog secara ilmiah dan mendapat saham akhirat yang boleh dijadikan teladan kepada pembaca blog nih. Amin.

Umrah 2015!