Saturday, April 30, 2011

Tinggal Kenangan

Salam,
Semalam tanggal 29 April 2011 my Baby Whitty Myvi SE White (WST1664) went missing at parking lot LRT Wangsamaju KL.

#Flash back#

Pagi jumaat, hujan renyai2. Aku bangun awal dan tak tido semula slepas subuh. Kol815 kuar dari umah dan ada satu parking space available kat parking LRT tuh. Seingat aku, nih kali ke 2 aku park kat situ sebab selalu penoh.

Parking,kunci stereng and lock kereta and aku meniti atas divider longkang tuh sebab ada air bertakong. Di opis, meeting, settle work order, solat jumaat and makan2 before balik selepas magrib.

Aku pasti memang disitu tmpat parking pagi tadi. 3kali aku ulang alik cari kelibat myvi SE puteh itu, namun kecewa. Terus telefon Abah then telefon 999.

Buat official report kat Balai Polis then balik umah. Thanks to kengkwan yang broadcast news nih dalam fB segala.Really appreciate it.

It's long weekend so bank tutop smpi Selasa depan. Aku terpaksa pospone flight gih BTU offshore after settle documentation.

Kepada sang pencuri, semoga diberi hidayah. Dia ada reason kenapa mencuri. Dah ditetapkan Allah dalam lipatan hidup aku. So redha dengan apa yang terjadi. Dia tidak akan bebankan hambaNya dengan apa yang tak mampu ditanggung oleh hambaNya.

Kepada Baby Whitty, w/pon dah bercerai spare parts, sport rim , engine dan other components, thanks for being with me for 1yr and 9months. From KL-JB-Trganu-Kedah. No scratch and never break down all this while. We are not meant together. I am gonna miss you! My first car ever!!!

Kepada kawan2, beware and take extra precaution. Maybe put stereng lock and break lock as well and make research on the parking history.

Hopefully there is silver lining ahead. Live must go on. InsyaAllah.

Thanks for reading.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, April 25, 2011

SMS dari Jeddah

------ SMS ------
From: +9665811xxxxx
Received: Apr 25, 2011 3:30 AM
Subject:

Alhamdullah aku selamat smpai jeddah. -Sayuti

*************************************************************************************

Dah selamat sampai dah kawan baek aku sorang neh ke Tanah Suci Mekah. Mamu plak akan menyusul. Bila plak si penulis blog yang segan hidup nih nak pegi menunaikan ibadah Umrah?

Bila difikir-fikirkan balik, takda ruginya. Event masa mula2 keje dulu pon ada niat nak bawak satu family pegi umrah sama-sama. InsyaAllah, kalo dimurahkan rezeki dapat bawak satu keluarga terutama Mama, Abah & Tok pegi bersama.Amin.

Semoga dapat menunaikan ibadah umrah dengan baek n lancar. Jangan lupa titipkan doa untuk aku sama.

P/s: There are so many thing that happened in my life at this moment and I'm lost. After all, I put my hope on you Ya Allah. Forgive me and free me from any bad habit. Amin.

InsyaAllah, there is silver lining ahead.

P/s/s: To those out there that I've made mistake, please forgive me.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, April 11, 2011

Safety first!

A Short List Of Safety Slogans For The Workplace :

  • Safety First!
  • Stay Alert, Stay Alive!
  • Safety Awareness Helps Save Lives.
  • Lift Smart, Think Then Start!
  • Dare To Be Aware!
  • Remember! Safety is like A,B and C which is Always Be Careful~

    Thursday, April 7, 2011

    Eh, begitukah..orait, noticed!

    Islam membenarkan pertunangan sebagai cara untuk pasangan yang ingin berkahwin mengenali bakal isteri dan suami termasuklah ahli keluarga mereka sama ada dari segi fizikal dan mentaliti. Jadi sudah tidak hairan lagi pada kita jika ramai pasangan yang bercinta pada hari ini melangsungkan pertunangan sebelum mereka berganjak ke gerbang perkahwinan. Tapi  silapnya pada masa kini,  fitrah pertunangan ini sudah menjadi fitnah.

    Konsep Pertunangan

    Menurut konsep pertunangan dalam Islam yang sebenarnya, sesebuah  pasangan perlu bertunang terlebih dahulu sebelum berkenalan dengan lebih rapat dengan pilihan hati mereka. Ia tidak lain adalah untuk menjaga kesucian sebuah perhubungan agar diredhai oleh Allah. Namun, yang berlaku pada hari ini adalah sebaliknya. Selepas berkenalan dengan pasangan masing-masing dan berpuas hati dengan sikap, perangai dan tingkah laku barulah mereka mengikat tali pertunangan. Ia sekadar menjadi petanda seseorang itu sudah mempunyai pemilik.

    Bertunang tiada bezanya dengan bercinta. Ramai yang tersalah tafsir dengan adanya ikatan pertunangan, maka mereka mempunyai lesen untuk berdua-duaan, berpegang-pegangan dan melakukan pelbagai aktiviti bersama. Sememangnya dalam tempoh bertunang pasangan dibenarkan untuk mengenali dengan lebih mendalam tentang diri pasangan dan pada waktu inilah mereka perlu memanfaatkan masa yang ada untuk berkenalan tetapi kita perlu ingat, jangan sampai ia melanggar syariat yang digariskan oleh Islam.

    Ramai Bersubahat

    Larangan berdua-duaan dan perlakuan yang membawa kepada perbuatan zina itu bukan sahaja ditujukan kepada pasangan yang bertunang sahaja tetapi termasuklah orang-orang sekeliling yang turut terbabit atau bersubahat. Ramai antara kita yang tidak sedar bahawa mereka secara tidak langsung terlibat dengan perlakuan yang hampir kepada zina. Contohnya dalam kalangan ibu bapa yang sengaja membiarkan anak-anak teruna dan gadis mereka keluar berdua-duaan. Kononnya,  ibu bapa yang 'sporting' dan memberi kebebasan serta kepercayaan kepada anak-anak mereka.

    Kerana ceteknya ilmu agama dan terpengaruh dengan amalan dan budaya sosial Barat yang moden dan terkini, mereka tidak mahu dipandang kolot dan dan dilihat alim. Ramai yang menganggap apa yang mereka lakukan itu adalah perkara biasa dan sudah menjadi tradisi malah selari dengan zaman moden sekarang ini. Tambahan pula, ada ibu bapa yang sengaja membiarkan anak-anak berdua-duaan dengan tunang dan kekasih mereka kerana mengingatkan manisnya zaman percintaan mereka semasa muda dahulu dan ingin anak-anak mereka merasai nikmat alam percintaan sebagaimana mereka dahulu.

    Bertunang Bukan Tiket Buat Maksiat

    Fenomena keruntuhan akhlak yang berlaku dalam kalangan muda mudi sekarang khususnya yang beragama Islam boleh menyebabkan merebaknya kelahiran anak luar nikah dan sebagainya. Itu adalah antara bukti-bukti penerimaan ibu bapa dan masyarakat sekeliling kepada aktiviti berdua-duaan pada pasangan bertunang. Jangan biarkan diri terhantuk baru tengadah. Sedarlah, pengaruh budaya barat dalam bidang sosial ini harus dianggap sebagai virus berbahaya yang merosakkan budaya Islam sekaligus meruntuhkan kekuatan umat Islam.

    Oleh itu, walaupun sudah bertunang, jangan anggap ia sebagai tiket untuk berdua-duaan dan menghalalkan segala bentuk perhubungan sebagaimana suami isteri. Pastikan jalinan hubungan cinta itu tidak melanggar hukum Allah dengan tidak ada pergaulan bebas, tidak berdua-duaan, tidak mendedahkan aurat, tidak meninggalkan solat dan sebagainya. Jangan jadikan hubungan tersebut perkara yang melalaikan dan merugikan. Kita masih belum menjadi hak milik pasangan kita sepenuhnya. Jagalah maruah agama, diri dan keluarga. Jangan disebabkan racun dalam percintaan ini disangka baja dan mampu menyuburkan hubungan yang dibina berkekalan kerana setiap apa yang berlaku berbalik kepada ketentuan Allah.

    Cinta yang suci dan terpelihara pasti akan membawa pasangan yang sudah bertunang ke gerbang perkahwinan sehingga kemanisannya dan kebahagiaannya tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata. Ketika itulah fitrah menjadi anugerah.

    - Artikel iluvislam.com