Showing posts with label |love|. Show all posts
Showing posts with label |love|. Show all posts

Sunday, July 21, 2013

Baju Raya 2013!

Bismillahirahmanirrahim and a very good day fellow readers!

Hari nih dah genap 12 hari berpuasa. Sungguh cepat berlalu. Maybe sebab dah ada orang rumah jaga makna minum sahur dan berbuka. hihi.. Alhamdulillah. Cuma nya keadaan perut memboyot tuh menyebabkan Jelajah Tarawik kurang menjadi.Sian kat wifey nk usung perut turun naek tangga kalo pegi masjid2 besar kat area Bangi nih. Last year bley la sebab aku solo. Kuar lepas berbuka balik almost midnight sb makanan sahur pon simple jer. Memang terbaek lah hidup sebagai suami isteri. Syukran ya Allah.

image

Berbalik kepada topik asal, memang nk gih hunting baju raya hujung minggu nih,tup tup bangun lambat plak Sabtu semalam sebab tido lambat menyental sinki dan lantai dapur yang dah melekit-lekit. Hobi membasuh waktu malam sebab nanti takde la kehulu-kehilir pijak lantai yang basah tuh. So pagi yang tak seberapa pagi tuh sempat plak bukak website Jakel! Adehh, ada Aaron Aziz la plak. Gerenti jemm!! haha

So decided to go to Jakel selepas Zohor. Timing baek punya sebab sampai sana almost 4pm. Termasuk sesat jalan lagik. Memang dah balik la si retis AA nih. Tak jem dah. Plus, rezeki baby kot, dapat la sepasang baju raya sendondon Happy Hour! First time dapat pakai baju raya sendondon sebagai pasangan halal. Alhamdulillah. Camnih rupanya nikmat kawin dan dapat pahala. Dulu2 zaman bujang memang Jalan TAR and JAKEL jadi tempat buruan baju raya since 2008!

Otw balik tuh, sempat la masuk ke KL Bird Park. Bukan masuk ke dalam taman tuh, just lalu jer di bawah rimbunan kanopi hijau iklim khatulistiwa Malaysia nih. Next time akan datang berkunjung semula sebab masa dah suntuk nk gih cari kedai berbuka puasa area Bangi plak.

Akhir kata,sudahkah kita beristiqfar dan berselawat hari nih?

Thursday, July 18, 2013

Tik tok tik tok...

Bismillahirahmanirrahim and a very good day fellow readers!


Tik tok tik tok... Subhanallah~ 
Lilypie Pregnancy tickers
Can't wait!

Thanks to mr Google and family and friends for the knowledge sharing for future Mom and Dad to be. Just search for the keyword "baby checklist" in the Google search box you'll end up with thousand list of website that shared their own 
experience on the preparatory work before enter labor room.

(La Takhaf Wa La Tahzan. Innallaha Ma’ana) 
“Janganlah kamu takut dan janganlah kamu bersedih hati. Sesungguhnya Allah ada bersama kita”


Monday, November 5, 2012

Tuhan, jagakan dia

 

Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku, kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku

Walau ku tahu kau takkan sempurna
Takkan membuat aku jauh darimu
Apa adanya ku kan tetap setia kepadamu

-MHY 04112012-

Wednesday, July 11, 2012

110712 Save the Date!

Syukran. Moving to the next step. Pray for us. Thanks to everybody and to both family. Lots of thing to do from now onward.

03/04/2012| 21/06/2012|11/07/2012|10/11/2012|15/12/2012

with NoRHaShiLa IsMaIL


.Daisypath Anniversary tickers.

Wednesday, January 25, 2012

Korean Songs with Lyric~

Happy new year 2012 everyone! Salam Tahun Baru 2012~

Short update, since I want to share the moment with everybody.. hihi.. Lately lepas ade YES 4G modem (huddle) neh laju jer streaming youtube lagu2 OST citer2 Korea antaranya series ‘Lie To Me' and ‘Personal Taste’.

Sekarang masih di episode 15 citer Personal Taste sebab takmo kasi abes the feeling tuh. Boley? Sengaja jer lengah2 kan nak tengok episode akhir sebab nanti dah tak best sebab dah tahu ending. hihi. Citer Lie To Me pon amik beberapa bulan jugak nk abes tengok termasuklan layan atas FCB ke offshore, atas kapal terbang time langar2 awan besar (pening) and time atas ERL pegi/balik KLIA. Smile with tongue out Lama kan?

 

p/s: Masih dikampong terchinta dan akan bertolak usai Magrib nanti. Adeh, bila dah lama kat kampong mmg la lengai nk balek kL after beraya cina di sini.

p/s/s: Jiran pasang Kedah.fm so now playing is Bila Diri Disayangi – Ukays. Bait2 lirik yang syahdu~

Saturday, November 26, 2011

Selamat Tahun Baru 1433H

Salam sejahtera buat semua. Salam Maal Hijrah 1433 dari 200km luar persisir pantai Bintulu. Tadi sesudah jamak solat asar, aku sempat bukak laptop sebab nak baca Doa Akhir Tahun Hijrah dan dek kerana font nye tak berapa nak clear, so aku teruslah membaca version Melayu yang lebih mendalam maksudnya. Selama aku hidup sampi hari ini, baru aku tahu maksud sebenar Doa Akhir dan Awal Tahun Hijrah tuh. Terima Kasih ya Allah keranan memberi aku peluang memahami maksud disebalik doa-doa Mu.

Terus aku summarize dah paste di FB seperti yang kalian dapat lihat di printscreen dibawah.

image

The more importance thing is aku edit sedikit doa awal tahun itu dengan memohon Allah akhiri zaman solo ku secepat mungkin dengan gadis yang berjaya bertakhta dihati ini.Ku titipkan juga bait2 dibawah ini agar dipermudahkan urusanku dengan nya dan diikatkan/disatukaan hati kami berdua diatas kalimah agung – Kerana Allah Taala~ InsyaAllah.

Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku, tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan

Ya Allah, ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu

Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai

Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segala.

p/s: Kalian tolong doakan juga yer untuk saya. Hanya Allah lah bakal membalas jasa baek kalian.

Monday, March 28, 2011

Bercinta pun dapat pahala!

Alangkah indahnya bila segalanya kerana Allah. Bercinta pun dapat pahala!

"Mahukah kamu aku beritahu dari hal sebaik-baik barang yang perlu disimpan oleh seorang lelaki?" Iaitu isteri yang solehah. Jika suami melihat kepadanya dia akan gembira , jika suaminya menyuruh sesuatu dia akan taati dan jika suami tiada di rumah dia akan menjaga harta suaminya dan memelihara kehormatan dirinya." - (HR:Ibnu Majah)

Rasulullah bersabda lagi:

"Jika diizinkan seorang manusia sujud kepada manusia, tentu aku akan suruh wanita-wanita sujud kepada suaminya lantaran begitu besar Allah jadikan hak lelaki keatas wanita."

[source]

Monday, November 15, 2010

Hye honeybunch!

Salam sayang,

Ketika entry nih ditaip, saya masih dlm boat ke bintulu port dari Platform yang jauhnya 200km dari pesisir pantai Bintulu. Jarak perjalanan akan memakan masa selama 6 jam dan kadang2 lebey base on weather condition. Mabuk free lar kalau cuaca buruk dan ombak beralun-alun :)


Memandangkan cuaca cerah dan boat dalam keadaan stabil, boleylah layan novel nukilan Fauziah Ashari - sambunagn Ombak Rindu the series~

Kisah cinta Izzah & Hariz yang sgt la best. Ada 3 novel bersmbung2 Ombak Rindu then Cinta Tiada Akhirnya and yang tgh digagahi nak abeskan nih Rindu Cintaku. Kadang2 sangat terkesan dengan watak2 yang ada dalam novel nih. Izzah yang penyabar, lemah lembut, sopan, pandai masak dan sanagat pandai ambil hati Hariz dalam apa jua keadaan.

Watak Hariz pulak yang egois dan mudah marah nih amat bertentangan dengan isterinya si Izzah. Tapi jadi lemah jika menatap wajah isterinya dan hilang segala serabut dikepala apabila mendenar suara isterinya.

Kisah suka duka dalam novel nih sangat best bila ada melibatkan perkampungan yang damai, ombak di pantai dan suasana kota! I like~

Okeh, nak abeskan novel nih sambil dengar mp3 zikir2 Hijjaz/Ustaz Badrulamin nih pon best gak.

P/s: Missing you so much! :)

Thanks,

Hafizd Yahaya

Sent from my BlackBerry® smartphone

Sunday, November 14, 2010

Harapan~

Assalamua’laikum and a very good day to all,

Ku harap hanya keikhlasan
Dan ku rindukan keramahan
Aku inginkan kemesraan
Berkekalan berpanjangan

Mengasihimu, dikasihi
Menyayangimu, disayangi
Merindui dan dirindui
Saling mengerti di hati

DSC03751

P/s: Dear Allah, please unite our heart together~ Amin.

Tuesday, November 9, 2010

Picnic

Salam sejahtera bloggers,

Entry ditulis ketika berada ditengah laut cina selatan. Tetiba rasa rajin nak update blog via bb. Tapi takpa, good effort kan? Kapal tgh goyang teroleng-oleng, tp still tolerable.haha


Kedah.fm sekarang dah jadik mcm addicted plak. Dapat internet jer, terus tekan bookmark kedah fm. Yang selalu siar ucapan kat fb tuh djFaizal! Sebab dia rajin godek fB.

Hmm, tetiba rasa macam nak pegi amik gambar ala-ala picnic kat taman yang menghijau sambil makan sandwich! Hehe..pastuh amik gambaq berdua, eh berdua plak.hehe..

Ada tikar sekeping, bakul picnic, tripod and my baby D80 c/w remote control. Pastu amik gambar banyak2. Tajuk theme dia ' Picnic at Putrajaya'. Best kan?



Thanks,

Hafizd Yahaya

Sent from my BlackBerry® smartphone

Sunday, November 7, 2010

Hari hari yang berlalu

Assalamua’laikum and a very good day to all,

Hati hati yang merindu
Inginkan belaiannya
Hari hari yang berlalu
Indahnya ku rasakan
Jiwa jiwa (jiwa jiwa)
Ku meronta (ku meronta)
Bila jauh di sisimu (di sisimu)
Berjanjilah kasih
Berjanjilah sayang
Hanyalah aku di hatimu

-Muah - Suzanne Brautigam-

p/s: I like your smile  and please make me feel comfort when i am with you~