Showing posts with label |food|. Show all posts
Showing posts with label |food|. Show all posts

Monday, April 9, 2012

Gulai Ikan Darat

 

Gulai Ikan Darat 038

Kalo dah start post gambo2 makanan camnih maknanya HOMESICK! ok bye

Tuesday, March 1, 2011

Masak!

Salam Sejahtera!

Sesetengah orang masak untuk makan. Sesetengah orang masak bukan setakat untuk makan, malahan untuk lepaskan stress, untuk visual enjoyment, malahan ramai yang masak untuk menyara hidup sendiri, anak, bini, anak sedara, awek, ataupun binatang kesayangan.

Jadi disebabkan ada banyak justification yang digunakan oleh orang ramai untuk masak, maka bermacam macam cara kita boleh tengok orang memasak. Macam macam ragam, macam macam hasil.

Ketepikan soal rasa dan representation of the meals, mari fokus lebih dalam kepada soal prosedur memasak:

Memasak ni juga merupakan salah satu aktiviti yang memerlukan skil pengurusan projek (projek management). Macam mana pulak tu kan? Well....there are five main process groups of project management: initiation, planning, execution, monitoring, and closing.

Initiation ni pada pendapat si bijak pandai yang malas samalah maksudnya macam angan angan mat jenin. Jadi si Ramli hari ni terase nak makan ayam. Maka beranganlah Ramli nak makan ayam masak ape agaknya. Goreng ke masak kunyit ke rebus ngan cendawan ke makan mentah mentah ke.

Planning. Maka berlari lah Ramli ke pasaraya UO Taman Melawati (UntungOrangramai). Rupanya UO takde jual barang basah. Patah balik ke kedai runcit sebelah Restoran Choice. Beli ayam beli kubis bunga. Check2. Ada jual serai. Angkut jelah sekali. Buat ayam masak serai sudah.

Execution. Sampai ke rumah si Ramli pun sibuklah meracik bawang. Menumbuk lada. Menitik serai dan halia. Ayam dikerat kecik kecik sekecik bunga tayar motor scrambler. Siap barang barang mula ditumis. Digoreng. Dah setel tu masukkan kubis.

Monitoring. Sepanjang masak tu Ramli gunakanlah skil dan pengalaman dia nak gauge bawang dah cukup masak ke belum. Ayam dah cukup garing ke liat macam kulit obor obor lagi. Cukup masin ke dah macam lori garam eksiden tumpah dalam kuah bubur lambuk masjid kampung baru ke.

Closing. Nak memastikan semua nya siap sempurna dah siap masak Ramli mulalah basuh kuali basuh sudip. Susun ayam cantik cantik atas pinggan. Karang panggil Julia Rais ajak makan sekali bolehla tanya dia apa macam rasenye. Sedap ke tidak ke. Boleh ke rasenye nak bukak francais macam Otai Burger?

Sebenarnya dalam hidup kita sehari hari ni banyak yang kita boleh belajar. If only we know what to look for. Sayangnya more often than not we took things for granted. Ilmu Allah tu kan luas seluas tujuh lautan. Ilmu yang diilhamkan kepada manusia pulak banyaknya bolehla diumpamakan kuantitinye macam titis air yang melekat kat suku jari yang direndam dalam tujuh lautan tu. Jadilah.


P/s : Add me up to those own BB by scanning the bar code as shown.. :)
Thanks,

Hafizd Yahaya

Sent from my BlackBerry® smartphone

Monday, April 26, 2010

Jalan-jalan JB part I

Bismillahirahmanirrahim and a very good day fellow readers!

Dah hampir genap sebulan aku berkampung kat JB nih. Not too bad lah. JB also known as tempat entertainment dimalam hari. Nak cari air terjun tengah2 JB? Sampi berjanggut la tak jumpa.

So, option yang ada jalan-jalan cari makan (JJCM) lah dari satu tempat ke satu tempat. For the first place, let me introduce Senibong. Bukan Nibong Tebal kat Penang tuh. Nih kat tempat yang fofular dengan seafud. Agak heaven lah. Cerita bergambar kat bawah nih just introduction mase kitaong (aku, Max and Farid) kuar jalan-jalan cari makan kat area Senibong.

seafud

Nih la Senibong tuh.

seafud

Kedai Malam Indah Selalu.. ye ke indah?

seafud Jalan yang perlu dilalui sebelom malam malam anda indah selalu~

seafud

Dak Farid tengok awek.. Geram..geram~

seafud

  Dah Apis.. aku ler nih

seafud

Dak Max

seafud Nih plak Dak Ice Kacang~

Entry seafud menyusul kemudian yer.Tunggu~

Thursday, March 25, 2010

Bagaimana nak buat Solok Lada?

Bismillahirahmanirrahim and a very good day fellow readers!

Entry nih agak lama dah diperam dalam lappy nih. Sangat teruja nak wat entry nih  untuk tatapan umum. XOXO.. Mase nih kat umah kazen di Jerantun Pahang. Thanks Aunty for the recipe~

Malam jumaat yang sepi diiringi hujan sepoi-sepoi..Mak aihhh, salah tatabahasa nih. Ampun cikgu!

Mari mulakan cara-cara membikin Solok Lada~ Mula-mula, kene ade cili/lada @ cabai yang diimport khas dari kelate. Kaler ijau2 muda sket. Memang laen dari cili yang ada kat pasar malam hari Isnin area Wangsamaju tuh..

Bahan-bahan nya:

  1. Isi ikan Selayang rebus (sebab ikan nih manis) yang ditumbuk
  2. Kerisik
  3. Kelapa parut (yang ditumbuk separa lumat)
  4. Garam & Gula
  5. Telur ayam yang dibasuh .
  6. Santan pekat

264263266267 

Semua bahan-bahan diatas digaul sehingga sebati dan disumbat beramai-ramai dengan kerjasama askar-askar kerahan kat dapur ke dalam sarung lada yang dibelah~ Disusun dalam periuk dan sebelum direbus bersama-sama santan~

Tadaa…siap dah~

P/s: Baru aku tahu upenye kene makan dengan kulit2 lada tuh..Before this aku buang jer macam makan ketupat palas..Ingatkan itu sarung jer sebab isi kat dalam.. hikhik..

Selamat Berhujung minggu!

Thursday, March 11, 2010

Coconut Shake satu!

Bismillahirahmanirrahim and a very good day fellow readers!

Sapa penah pekena Klebang Coconut Shake? Kat man tuh? Bagi yang tak tahu, gerai Klebang Coconut Shake nih terletak kat Melaka~ on the way to Bandar Melaka kalo dari Sungai Udang. Lebey kurang 7km dari PETRONAS Penapisan Melaka. Tepi pantai yang dah ditambak tuh~ huhu..

Ada sapa2 tahu camno nak buek Coconut Shake tak? Yang kawe tahu, isi kelapa muda, air kelapa, ais-kelim perisa Vanilla, air gula sket dan ais ketol. Sumer bahan-bahan nih blender sekali sampi sebati~ Kalo salah tolong betolkan dan share2 ler recipe sket~ =)

coconutshake 

Kan Malaysia sekarang awek tengah HOT~ Perrgghhh, tentulah sedap kalo dapat sedut time-time tengahari sebagai penghilang dahaga. Moh ler ke Melaka kalo nk try Klebang Coconut Shake nih~ Yang meriahnya, ramai giler tourist dari Singopore berderet2 park kereta kat tepi gerai nih..Mesti la sedap! Harga RM2 per glass~

P/s: Dinner tadi merasala pegi ke Bali sebab Muhyi belanja makan kat H0use 0f Sundanese KLCC. Memang kenyang makan makanan indonesia~ First attempt to gather ex-UTP is 30% successful .Tak cukup geng lg~ Ezmal, Muhyi, Niema and Nazmi jer ade tadik..

Thursday, February 11, 2010

CNY – Limau ade ulat?

Bismillahirahmanirahim & A very good day to bloggers~

Sepatutnye boh gambo limau CNY, tapi dah penah buh dah dalam entry lepas2. Nape asal CNY jer mesti ade limau berkotak2..Mostly yang diimport dari oversea~ Quality and handling procedure dari Ladang sumpah memang kita sumer tak tahu kan? So any suggestion dari pemblog-pemblog tegar yang budiman sekalian?

Terbaca kat entry Kak Kujie pasal limau ade ulat yang macam isi limau tuh. SUMPAH! geli giler~ tapi tuh ulat kategori buah, bley la makan kot..ala-ala Ulat Sagu tuh, bley jer makan kan? Kat opis tuh berkotak-kotak Limau hadiah dari contractors~ Note the ‘s’ , so memang berkotak-kotak~

Meh tukar selera plak, makan Mee Udang Pulau Sayak semperna CNY, Boley?  Bila dah dok mention area2 kat kampung nih, of course lah dah homesick! urrgghh, rekod nih sebulan lebey talak balik kampung!

mee udang pulau sayak

P/s: Sok petang mau balik kampung sudah~ Mesti jem kan? Pastuh kalo bawak laju2 mesti ade angpow plak kan.. Selamat Memandu & Berhati-hati di Jalan Raya!

Sunday, February 7, 2010

Souvenir from Belgium~

Bismillahirahmanirahim & A very good day to bloggers~

Sesampai jer kat umah jumaat lepas dari Labuan, naek atas umah tingkat 3, ade sehelai baju kaler merah merun terlipat kemas atas katil ku.. Wah2..souvenir dari Belgium dari rumate~ Thanks dak Farid! hehe..Memang pandai hang pilih kaler & size~ hihi

Nih yang best biler ade housemate/opismate yang ke luar negara..hihi.Thank you very much. Coklat dari Belgium yang dalam peti tuh pon sedapp..tapi cepat giler cair..Apa2 pon aku still jelous 200% hang dapat gi site visit kt oversea!!

Buah tangan~

P/s: Hari nih masak2 bersama Housemate a.k.a Alang n Nana – Ikan Siakap steam! Superbbb!

Monday, January 11, 2010

Cucur Cempedak nak?

Bismillahirahmanirahim & A very good day to bloggers~

Dah masuk minggu kedua tahun 2010 nih. AJL 24 pon dah selamat semalam. Suka betol ngn Opening dia plus iklan2 AJL kat TV3 tuh..Tahniah kepada pemenang2. Sempat tengok opening kat kedai makan pastuh, pegi shopping kt 7E n Watson..pastu lost dah sebab ngntuk~

As usual, tak senang duduk bila tak hapdet blog. Tadi selepas belek2 gambo2 lama dalam simpanan, terjumpa gamba2 kat bawah. Mase nih, mama tengah buat Cucur Cempedak. Tambah2, last weekend tak lekat kat rumah, merayau2 kat Bangi cari rumah + pekena Nasi Beriani yang keabesan gam ngan Harith & Muaz~

cucur-cempedak

Berbalik kepada gambar di atas dan di bawah.. Kalo dapat makan panas-panas time minum petang tersangat lah bagussss…Asia Bagus!! Kena plak ngn Coconut Shake perisa Vanilla versi Klebang~…Perrrgghhhh!

cucur-cempedak2

Apa lagik, mari lah menjamu selera..eh, menjamu mata~ layaaannn..

Thursday, December 17, 2009

blue blue & blue betol~!

Bismillahirahmanirahim & A very good day to bloggers~

First of all, Selamat Menyambut Maal Hijrah 1431~ Semoga tahun baru ini lebey memberi makna dan penuh hikmah untuk kita semua~ Petang nih lepas Asar and before Magrib kene baca doa Awal Tahun & Doa Akhir Tahun.. Jangan lupa yer~ Semperna tahun baru hijrah nih, saya menyusun seploh jari memohon ampun dan maaf kalo ade tersalah silap, terlanjur bicara dan perbuatan.

Ok, hari2 aku tengok poster Avatar yang ada gmbo orang berkulit kaler biru otw balik ke hotel dari Pasir Gudang kt bandar Jb tuh. And now i know why they have blue colour skin. Mari kita tengok gambo2 kat bawah dulu.

avatar_01

avatar_poster Kan…kaler biru betol tak? Teringat masa zaman sekolah dlu2, time basuh baju sekolah yang kaler putih, mesti taruk pewarna or ‘Nila’ yang ketul empat segi tuh mse bilasan terakhir untuk kasi biru sket baju sekolah tuh..hihi..

Back to the topic, kene kaler biru??? Aku rasa la sebab derang banyak makan Nasik Kerabu lah. Kan Nasik Kerabu kaler biru. So dah banyak sangat makan, turn out to have blue pigmentation and jadiklah AVATAR~!! boley?

nasi-kerabu-ayam-bakar

Nasik Kerabu = AVATAR~!

Monday, November 2, 2009

Hidup biar sedap~

Bismillahirahmanirahim & A very good day to bloggers~

Lately nih, rajin plak si Apih Chih nih buat entry blog. Tengok lah last month nyer entry, sampi berpuluh-puluh. Dah hobi, nak wat camner.. pastuh bley slot in plak gambar-gambar yang menarik hasil dari baby D80 and budi budiman si Baby Whitty tuh..Dan yang paling penting this Grenny lappy~

Hari nih homesick~ actually, dah beberapa hari dapur tak berasap, tapi sangat rindukan masakan mama kat umah~ Mari segarkan mata dengan melihat gambar Sup Daging & Sambal Tumis Udang Petai~ slurrpppp..terliur dah nih…Yang super duper sedap hanya di rumah, tak dapat di tempat laen~ =)

Sup Tulang

Sambal Tumis Udang Petai

Rasa macam nak jer amik cuti Khamis and Jumaat, tapi hari Sabtu nih ade janji-temu kat Istana Budaya – Cuci the Musical~ hihi..Jejomss ramai2..

P/s: Trademark kak Kujie tuh pinjam sebentar~ hihi

Sunday, October 11, 2009

Jalan-jalan KL~

Bismillahirahmanirahim & A very good day to bloggers~

Backdated entry lagi sebab sumer gambar2 baru ditransfer dari kamera. hihi..Last week kan ade training kat Hotel Concorde. Si Sayuthy pon training kat situ, so dapat la menginap semalam dua kat hotel tuh..Kelas kol830am, kol 815 baru siap2 nk g kelas..haha

So, dah dok area2 Concorde tuh, merasalah berjalan-jalan area KLCC tuh. Jalan kaki ok~! tapi sekerat jer sebab Timesquare terlalu lah jauh.Singgah kat LowYatt and area2 Bukit Bintang jer..Bintang walk~ Before check-in, sempat kuar makan ngn ilyana dan adik beliau si Qilah..

walk KL Dah dok tegah2 KL, nak makan malam susah sket. Tak seperti kat Wangsamaju..hihi..So, makan makan segera seperti Secreto Recipe and MCD jah..Pastu, time break n lunch mase training, memang belasah habes-habes..makanan kt Hotel Concorde sedap~!! hihi..Cuma facilities jer tak best..

Hard Rock tuh sebelah Concorde jer..Tersangat la ramainamapus orang..Just tengok jer lah~ hihi

Friday, October 9, 2009

Kerabu Mangga

Bismillahirahmanirahim & A very good day to bloggers~

Seperti biasa, blog aku nih tak pernah sunyi dari memaparkan gambar-gambar makanan yang sangat mengiurkan~hehe..keyword mengiurkan tuh penting~ Ala-ala majalah Mangga tuh..**dush**

Pernah makan Kerabu Mangga?

lauk pauk

For sure ada yang pernah and ada yang tak pernah kan. Apa-apa pon, kene la try. Makan dengan nasik putih panas-panas. Ummppphhh~~~ Marvelous! Macam dalam gamba kat bawah nih ler~ Pastuh, tambah plak Sotong Goreng Tepung cicah sos..Pastuh yang paling penting Sambal Belacan dicicah dengan Timun~ Terliur la plak nih..

Seperti biasa, aku dah janji ngn Sayuthy nak bawak makan kt Restoran Nasi Ulam tepi MRR2 Wangsamaju tuh, so terlangsai lah sudah since dia ada trening kt KL 2 minggu~ Tapi still tak bley nak ‘up to his standard’. Tak paham aku ngn Ilyana standard apa si Sayuthy nih follow~ hoho. Apa-apa pon, amatlah disuggest korang pegi restoran nih. SEDAP~! Abes satu opis aku dah heboh2..hihi.

Setelah sumer order siap dihidang, beginilah jadiknya..tadaaaa.. Congrats kat aku sebab terdetik nak singgah restoran nih lepas lalu tepi MRR2 mse awal puasa lepas..Dah jadi port dinner skng~ Masak? kene tolak tepi dulu..haha

P/s: Hari nih besday Ilyana~ Happy Birthday yer~Weekend neh bley open table~ hoho

P/s/s: Alangkah indah dapat baring kat katil sendirik~ hoho..hotel Concorde tak besh~!!

Sunday, September 13, 2009

Tom Nyum~

Bismillahirahmanirahim & A very good day to bloggers~

Letih nak menaip lah. Gambo2 diamik kat Restoran Man Tom Yam, Seremban. Boley tahan sedap n harga pon nice. Lepas nih Jalan-Jalan Cari Asam Pedas kat area2 Melaka plak. Thanks to baby Whitty and baby D80~ Dan yang paling penting orang yang teman kan aku jalan-jalan n bukak posa bersama-sama. Yerps,it’s YOU! Thanks ya~ Next time is ur turn..

Hari nih nak masak sebab next week dah nak balik kg. Sumer stok2 barang basah kene abeskan supaya fridge aku kosong time balik umah. Bley taruk bekalan-bekalan after raya plak seperti serunding, ketupat palas, daging masak asam bla bla..

restorantomyam

P/s: Happy birthday to my lil brother, Anas and my friend, Hasbullah~!

P/s/s: Aku dah tengok citer FINAL DESTINATION. Review sket lah. Citer sangat best, tapi abes cepat. Ok? heheh

Saturday, September 12, 2009

Majlis Berbuka Puasa PETRONAS 2009

Bismillahirahmanirahim & A very good day to bloggers~

On the 090909, PETRONAS held Majlis Berbuka Puasa at Surau Al Muhsinin. Neh pertama kali aku join sebab last year aku berbuka kat hotel Maya sebab aku join workpack challenge session with contractor kat sana. This time around, takdo plak invitation, so dapat lah join majlis berbuka neh.

Lepas ofis hour, lepak jer kat opis sampi kol 6. Then turun ke surau untuk dengar kuliah dari Ustaz Zahazan yang selalu ada kat TV3 tuh bersama-sama Cik Ku and Azman. Aku tertunggu-tunggu nak dengar bacaan al-Quran oleh adik Mohammad TV9 tuh..tapi takdo pon.Mebe kalo aku turun awal dapat dengar kot~

Extract sket isi kuliah hari tuh;

  • Kena banyak beristigfar dan berzikir last 10 days ramadhan
  • Doa banyak n seikhlas mungkin sebab Allah akan makbul
  • Perbanyakkan amalan sunat + tahajud + solat2 sunat yang laen
  • Kepada yang dah kahwin, ikat kuat-kuat kaen anda~
  • Mungkin ini adalah Ramadhan terakhir kita, so kena  bersungguh-sungguh
  • Orang yang buat tahajud akan disenangi ramai orang – muka berseri-seri~

Aku sempat bersalam dengan orang penting PETRONAS – Tan Sri Dato Sri Mohd Hassan Merican, CEO selepas solat maghrib. Juadah yang dihidangkan pon sangat menyelerakan oleh Felda D’ Saji. Lepas solat isya’ sambung plak dengan solat sunat Tarawikh beramai-ramai. Sampi umah kol 10malam.

Bunting~

Felda pon ada katering dah

Lauk Pauk

 Dah abes makan Bersama ex-Saina n ex-UTP si Paksu

 Tarawikh plak..

P/s: Hari nih nak g cari masakan ala-ala Thailand kt …….~ hehe..Jejomss

P/s: Tinggi-tinggi Gunung Kinabalu, Tinggi lagi sayang sama kamooo~ =)

Friday, September 11, 2009

Berbuka @ Marche

Bismillahirahmanirahim & A very good day to bloggers~

Tup2 petang semalam, tak tahu nak makan apa, then trus email kt Peja tnya kat area2 The Curve/One Utama apa tempat makan best. Pahtu, si pakcik tuh reply suh try kat Marche (Mar-Shay) which mean Market at French. So macam beli makanan kat market, pahtu duduk n makan.. Tema dia :

“It’s a market place restaurant”

Pegi naik baby Calvin milik si Ilyana lah ditemani si adik beliau. Lepas je balik opis, terus siap2 and then shoot ke The Curve. Sampai2 terus spot kat mana Marche tuh~ then jumpa lah. Ingat kan tak ramai, tup2 ramai giler..Famous rupenye tmpat nih

Lepas tunggu beberapa minute kat entrance tuh, akhirnya dapat gak tempat. Buffet RM45/person. Macam rate hotel gak. Tapi environment dia sangat lah conducive. Makan segala bagai, aku prefer seafud lah~ hehe..orang tak lah crowded sgt. Fyi, kalo nk minum kene bawak tiket untuk dicop tuh. Pelik gak.hahah. Sile enjoy gambar2 dibawah yer;

marche

Hari  nih plak Jumaat, aku cuti. Onshore leave. Cuti un-recorded aku yang ada berbaki 10 hari tuh. So, dah anto baby Whitty gi 2nd service kat Perodua Jelatek pagi tadi. Done. Now, my Baby Whitty is back on track~ hehe..Sok bley jalan2 lagikk~

kat seberang jalan adalah Baby Whitty~

Tuesday, September 8, 2009

Berbuka @ Nikko Hotel & Restoran Seri Melayu

Bismillahirahmanirahim & A very good day to bloggers~

Alhamdulillah, rezeki melimpah ruah di bulan posa neh. Jemputan berbuka puasa berderet2 dan ada yang terpaksa ditolak sebab terlalu jauh nun ke Shah Alam pon ada. Nak buat camner kan, yang dekat2 sudah lah.

Last week, I’ve been to Nikko Hotel and Restoran Sri Melayu. The food served there was superb n fantastic

Hotel Nikko:

  • Comfort
  • Not too crowded – hotel kot~
  • Surau provided (penting nih)
  • Food tray always full, the catering crews keep on fill up the tray.
  • Just nearby KLCC~ easy to reach maa
  • Aku cari Oyster, tapi takdo la plak..huhu
  • Harga? RM90++ kot~ orang blanjer..so tak kesah~ Aiman kesah tak??

Restoran Sri Melayu:

  • Crowded giler~ huhu..pening kepalo betol
  • Surau die kecik gak, pahtuh imam baca pnjng2. Orang dah berderet2 beratur nk smyng kat blakng..tak seswaii. Waktu magrib kan pendek, berpada2 la cik imam yer. Sian orang laen yang terburu-buru nk smyang.
  • Makanan memang banyak, tapi kalo abes tak di-topup dah. Satey tak sempat rasa.
  • Meybe sebab affordable, so rmai orang berbuka kat sni. RM 70++ kot..hihuu
  • Too far away from kLCC. Kene lalu dpn Aquaria pastu teserempak ngn CEO PETRONAS kat depan Aquaria. Beliau bersama wife sedang melayan anak-anak yatim yang jain Tautan Kasih~ superbb!

So, malas nk post gmbo bnyak2, nnti jadi panjang plak satu entry nih. Buat collage jer~

Soklan cepumas:

Berbuka hebat, semayang tarawikh guano gu? hehe.. Alhamdulillah, still bley buat lagi sebab makan ikot strategy, so tak de la flat katak selepas makan tuh~ hihi

 

nikko desb

P/s : Ilyana bersama adik nye ajak berbuka (belanja) kat Restoran Nelayan Titiwangsa naik baby Calvin beliau. Tq yer..Laen kali kita carik tempat laen plak =)

 Yana & QilahAku ler

Sunday, August 30, 2009

List masakan sepanjang bulan Ramadhan 2009~

Bismillahirahmanirahim & A very good day to bloggers~

Kat sini aku terajin plak nak wat list masakan yang telah or akan aku msak sepanjang bulan puasa nih ak kiralah untuk juadah sahur or berbuka. I did mention in previous post that I prefer to cook by myself the food rather than beli belah kat luar.Tuh pon depend kat keadaan lah. Whatever it is, cooking is my hobby. Even, ade jugak yang belom reti lagi masak, so mari kita tengok apa lust list itu~ hehe

Udang Halia Cili Padi

Udang Halia Cili Padi

Udang Goreng Sayur Campur

Udang Goreng Sayur Campur

Taugeh Goreng Toqua

Taugeh Goreng Toqua hEHE..yang nih belom reti masak lagik..

Si Siput Sedut Masak Lomak Cili Api~

Si Siput Sedut Masak Lomak Cili Api~ Hmm, kat table bawah nih ade list masakan yang ada probability nak dimasak sepanjang bulan puasa dan juga bulan tak puasa which is dinner or during wekend. So, kalo ade cadangan tambahan, jangan segan2. Sila email recipe anda ke hafizd@gmail.com & jangan lupa melayari facebook dengan menaip Hafizd.

Menu Probability
Telur Masak Kurma 100%
Sambal Telur 100%
Sotong Goreng Kicap 60%
Daging Black Pepper 70%
Ikan Masak Cuka 90%
Asparagus Masak Bawang Putih 85%
Taugeh Goreng Ikan Masin 67%
Nasi Goreng Budu 89%
Sambal Udang Petai 50%
Daging Goreng Bersayur 99%
Sup Sayur 60%
Sup Ikan 78%
Kobis Bersantan 60%
Cucur Ikan Bilis 45%
Nasi Tomato! 50%

 

*************************************

Selamat Hari Kemerdekaan ke 52!

image

image

Thursday, July 23, 2009

Nak beli rumah?

Bismillahirahmanirrahim and a very good day fellow readers!

Impian setiap orang mahu memiliki kediaman sendirik. Tambah2 plak yang suka menghias dan mengubahsuai ikot selera masing2. Memang best kalo dapat rumah yang memenuhi citarasa kedua-dua pihak sendirik bagi yang bujang dan bagi yang dah berkahwin, of course perlukan perbincangan dari kedua-dua belah pihak.

Sape2 ade suggestion rumah landed yang best2 sile la alert aku~ TQ

So, kat sini aku ada paste wish lish aku yang dah berjaya aku dapat and also coming soon. Ceewaahh.. Tapi kalo ikot hati kan macam-macam barang nak ada dalam wish list and I think I should make some amendment to the list..

Wish wish~!!

Wish List rev.00

  • House – landed tapi kene la loaded~
  • Gi Haji tahun 2024
  • SB 600/800/900 or Nissin je + prime lense~ [sponsor needed!!!]
  • Vacation with my family
  • Myvi SE Puteh [done]
  • LCD 32” [done]
  • Scuba diving Sipadan – Pulau Kapas, Pulau Perhentian or mane2 pulau lah
  • Compact camera – Canon kot for work camwhore purposes
  • C902 H/p [done]
  • Maxis post paid [done] – macam sengal..nak tuko line Celcom lah
  • Broadband [done] – sengal gak
  • Credit Card [done] – sebab nak bayar bil hotel je
  • Travel all around Malaysia and outside Malaysia…
  • DSLR Camera D80 [done]
  • Laptop DeLL~ [done]

Take note guys, this is revision 00 and might end up revision 01, 02 and etc..

P/s: Semalam Pejol banjer aku n Yana makan kt Manhattan Fish Market, KLCC. Sangat best! hihi..Terima kasih ya..nnti2 banjer lagik..Nnti aku wat post ngn gmbo makanan tuh..

Monday, July 20, 2009

Extra Hot~!

Bismillahirahmanirrahim and a very good day fellow readers!

Perghh..tajuk dia memang hot lah tapi takde la se’hot’ HotFM fefafau tuh..hihi.. Last week memang western style~ bukan gaya hidup, cuma gaya makan jer. Burger King, Spaghetti and Nandos. Sume FOC.Hehe.. untung badan. Tapi nasik memang tak leh tinggal.Balik umah wat nasik goreng budu~ lagi la sedaaap!

Updated! udah tengok Harry Potter & Half Blood Prince ngan Yana kt The Curve. Sangat la kelakar. Tapi agak boring~!! Apa2 pon I am having a great unplanned weekend. Pejol plak balik Melaka  so tak dapat join and  Sayuthy is having quality time with his wife n daughter in Labuan.

Apa2 pon, happy working to everybody~!!

Sos Nandos

Peja a.k.a Gu tengah melahap Chicken wing

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Nazlina & Kak LindaHmm..walllaaah~ Fully dip in Extra Hot

P/s: Cepat nye masa berlalu..kejup je nak bulan posa dah~ huhu

Friday, July 17, 2009

Strawberi berCoklat~

Salam sejahtera blog hoppers~!!

Hmm~ yummy yummyy

Picture above taken at Pan Pacific Hotel after engagement session with contractor last 2 weeks. Please take note that the decoration was done by me myself. Hmm, sebut pasal hotel, cerita semalam kat Buletin Utama (orang Media Prima, sila bagi kredit kat aku yer~) amatlah mengejutkan berkenaan dengan serangan pengebom berani mati. JW Marriott Jakarta dibom! Apa kisah sebenar pon tak tahu. Harap2 Malaysia kita neh aman damai~ Amin 

Enjoy your Weekend everybody~

P/s: Harry Potter & Putera Separuh Darah sudah hangat di pasaran nih, apa lagi mari serbu~