Showing posts with label |cook|. Show all posts
Showing posts with label |cook|. Show all posts

Tuesday, March 1, 2011

Masak!

Salam Sejahtera!

Sesetengah orang masak untuk makan. Sesetengah orang masak bukan setakat untuk makan, malahan untuk lepaskan stress, untuk visual enjoyment, malahan ramai yang masak untuk menyara hidup sendiri, anak, bini, anak sedara, awek, ataupun binatang kesayangan.

Jadi disebabkan ada banyak justification yang digunakan oleh orang ramai untuk masak, maka bermacam macam cara kita boleh tengok orang memasak. Macam macam ragam, macam macam hasil.

Ketepikan soal rasa dan representation of the meals, mari fokus lebih dalam kepada soal prosedur memasak:

Memasak ni juga merupakan salah satu aktiviti yang memerlukan skil pengurusan projek (projek management). Macam mana pulak tu kan? Well....there are five main process groups of project management: initiation, planning, execution, monitoring, and closing.

Initiation ni pada pendapat si bijak pandai yang malas samalah maksudnya macam angan angan mat jenin. Jadi si Ramli hari ni terase nak makan ayam. Maka beranganlah Ramli nak makan ayam masak ape agaknya. Goreng ke masak kunyit ke rebus ngan cendawan ke makan mentah mentah ke.

Planning. Maka berlari lah Ramli ke pasaraya UO Taman Melawati (UntungOrangramai). Rupanya UO takde jual barang basah. Patah balik ke kedai runcit sebelah Restoran Choice. Beli ayam beli kubis bunga. Check2. Ada jual serai. Angkut jelah sekali. Buat ayam masak serai sudah.

Execution. Sampai ke rumah si Ramli pun sibuklah meracik bawang. Menumbuk lada. Menitik serai dan halia. Ayam dikerat kecik kecik sekecik bunga tayar motor scrambler. Siap barang barang mula ditumis. Digoreng. Dah setel tu masukkan kubis.

Monitoring. Sepanjang masak tu Ramli gunakanlah skil dan pengalaman dia nak gauge bawang dah cukup masak ke belum. Ayam dah cukup garing ke liat macam kulit obor obor lagi. Cukup masin ke dah macam lori garam eksiden tumpah dalam kuah bubur lambuk masjid kampung baru ke.

Closing. Nak memastikan semua nya siap sempurna dah siap masak Ramli mulalah basuh kuali basuh sudip. Susun ayam cantik cantik atas pinggan. Karang panggil Julia Rais ajak makan sekali bolehla tanya dia apa macam rasenye. Sedap ke tidak ke. Boleh ke rasenye nak bukak francais macam Otai Burger?

Sebenarnya dalam hidup kita sehari hari ni banyak yang kita boleh belajar. If only we know what to look for. Sayangnya more often than not we took things for granted. Ilmu Allah tu kan luas seluas tujuh lautan. Ilmu yang diilhamkan kepada manusia pulak banyaknya bolehla diumpamakan kuantitinye macam titis air yang melekat kat suku jari yang direndam dalam tujuh lautan tu. Jadilah.


P/s : Add me up to those own BB by scanning the bar code as shown.. :)
Thanks,

Hafizd Yahaya

Sent from my BlackBerry® smartphone

Sunday, February 7, 2010

Souvenir from Belgium~

Bismillahirahmanirahim & A very good day to bloggers~

Sesampai jer kat umah jumaat lepas dari Labuan, naek atas umah tingkat 3, ade sehelai baju kaler merah merun terlipat kemas atas katil ku.. Wah2..souvenir dari Belgium dari rumate~ Thanks dak Farid! hehe..Memang pandai hang pilih kaler & size~ hihi

Nih yang best biler ade housemate/opismate yang ke luar negara..hihi.Thank you very much. Coklat dari Belgium yang dalam peti tuh pon sedapp..tapi cepat giler cair..Apa2 pon aku still jelous 200% hang dapat gi site visit kt oversea!!

Buah tangan~

P/s: Hari nih masak2 bersama Housemate a.k.a Alang n Nana – Ikan Siakap steam! Superbbb!

Monday, January 11, 2010

Cucur Cempedak nak?

Bismillahirahmanirahim & A very good day to bloggers~

Dah masuk minggu kedua tahun 2010 nih. AJL 24 pon dah selamat semalam. Suka betol ngn Opening dia plus iklan2 AJL kat TV3 tuh..Tahniah kepada pemenang2. Sempat tengok opening kat kedai makan pastuh, pegi shopping kt 7E n Watson..pastu lost dah sebab ngntuk~

As usual, tak senang duduk bila tak hapdet blog. Tadi selepas belek2 gambo2 lama dalam simpanan, terjumpa gamba2 kat bawah. Mase nih, mama tengah buat Cucur Cempedak. Tambah2, last weekend tak lekat kat rumah, merayau2 kat Bangi cari rumah + pekena Nasi Beriani yang keabesan gam ngan Harith & Muaz~

cucur-cempedak

Berbalik kepada gambar di atas dan di bawah.. Kalo dapat makan panas-panas time minum petang tersangat lah bagussss…Asia Bagus!! Kena plak ngn Coconut Shake perisa Vanilla versi Klebang~…Perrrgghhhh!

cucur-cempedak2

Apa lagik, mari lah menjamu selera..eh, menjamu mata~ layaaannn..

Monday, November 2, 2009

Hidup biar sedap~

Bismillahirahmanirahim & A very good day to bloggers~

Lately nih, rajin plak si Apih Chih nih buat entry blog. Tengok lah last month nyer entry, sampi berpuluh-puluh. Dah hobi, nak wat camner.. pastuh bley slot in plak gambar-gambar yang menarik hasil dari baby D80 and budi budiman si Baby Whitty tuh..Dan yang paling penting this Grenny lappy~

Hari nih homesick~ actually, dah beberapa hari dapur tak berasap, tapi sangat rindukan masakan mama kat umah~ Mari segarkan mata dengan melihat gambar Sup Daging & Sambal Tumis Udang Petai~ slurrpppp..terliur dah nih…Yang super duper sedap hanya di rumah, tak dapat di tempat laen~ =)

Sup Tulang

Sambal Tumis Udang Petai

Rasa macam nak jer amik cuti Khamis and Jumaat, tapi hari Sabtu nih ade janji-temu kat Istana Budaya – Cuci the Musical~ hihi..Jejomss ramai2..

P/s: Trademark kak Kujie tuh pinjam sebentar~ hihi

Sunday, October 18, 2009

Homemade Dodol~

Bismillahirahmanirahim & A very good day to bloggers~

dodol 
Pagi sabtu hari tuh  riuh rendah kt depan umah time aku sedap2 tido lagik around 830am..Aku tido balik lepas subuh sebab jadi ‘kelawar’ kuar lepak dengan rakan2 kat Restoran Awana and of course dengan Azri and Boolah ..Rupa-rupanya my mum n my aunty tengah dok kacau dodol..or kata orang Kedah DODOi~ Mark the small caps tuh~ Lepas tuh apa lagi,trus la g join derang..Tolong tengok je..

Nak recipe nak buat dodol? Aku ade kasi kat Sayuthy gne sms.. Nih aku list kat blog plak..Simple jer gune tepung beras,santan,gula,gula perang,garam n air.Pastu kacau smpi 4jam.h0h0..Dah msak je,trus aku try.Sedap! sebab still panas from the kuali..hehe..Tak lupa mintak my mum tapaukan sket bwk blik kL..tapi time pnas2 lg sdap cmpare yg dah sejuk..

Balik kampung kali nih tak productive sebab aku just ikot plan orang laen..Plan aku sendirik tak terlist on paper..so lebur jer cmtuh~ Lesson learnt – kene wat to do list and strictly follow the list.

P/s: Happy birthday to Syaza, kakak kepada baby Syahirah sok~and secretary kat Labuan si Lisa yang chomel~

Sunday, August 30, 2009

List masakan sepanjang bulan Ramadhan 2009~

Bismillahirahmanirahim & A very good day to bloggers~

Kat sini aku terajin plak nak wat list masakan yang telah or akan aku msak sepanjang bulan puasa nih ak kiralah untuk juadah sahur or berbuka. I did mention in previous post that I prefer to cook by myself the food rather than beli belah kat luar.Tuh pon depend kat keadaan lah. Whatever it is, cooking is my hobby. Even, ade jugak yang belom reti lagi masak, so mari kita tengok apa lust list itu~ hehe

Udang Halia Cili Padi

Udang Halia Cili Padi

Udang Goreng Sayur Campur

Udang Goreng Sayur Campur

Taugeh Goreng Toqua

Taugeh Goreng Toqua hEHE..yang nih belom reti masak lagik..

Si Siput Sedut Masak Lomak Cili Api~

Si Siput Sedut Masak Lomak Cili Api~ Hmm, kat table bawah nih ade list masakan yang ada probability nak dimasak sepanjang bulan puasa dan juga bulan tak puasa which is dinner or during wekend. So, kalo ade cadangan tambahan, jangan segan2. Sila email recipe anda ke hafizd@gmail.com & jangan lupa melayari facebook dengan menaip Hafizd.

Menu Probability
Telur Masak Kurma 100%
Sambal Telur 100%
Sotong Goreng Kicap 60%
Daging Black Pepper 70%
Ikan Masak Cuka 90%
Asparagus Masak Bawang Putih 85%
Taugeh Goreng Ikan Masin 67%
Nasi Goreng Budu 89%
Sambal Udang Petai 50%
Daging Goreng Bersayur 99%
Sup Sayur 60%
Sup Ikan 78%
Kobis Bersantan 60%
Cucur Ikan Bilis 45%
Nasi Tomato! 50%

 

*************************************

Selamat Hari Kemerdekaan ke 52!

image

image