Showing posts with label |raya|. Show all posts
Showing posts with label |raya|. Show all posts

Sunday, July 21, 2013

Baju Raya 2013!

Bismillahirahmanirrahim and a very good day fellow readers!

Hari nih dah genap 12 hari berpuasa. Sungguh cepat berlalu. Maybe sebab dah ada orang rumah jaga makna minum sahur dan berbuka. hihi.. Alhamdulillah. Cuma nya keadaan perut memboyot tuh menyebabkan Jelajah Tarawik kurang menjadi.Sian kat wifey nk usung perut turun naek tangga kalo pegi masjid2 besar kat area Bangi nih. Last year bley la sebab aku solo. Kuar lepas berbuka balik almost midnight sb makanan sahur pon simple jer. Memang terbaek lah hidup sebagai suami isteri. Syukran ya Allah.

image

Berbalik kepada topik asal, memang nk gih hunting baju raya hujung minggu nih,tup tup bangun lambat plak Sabtu semalam sebab tido lambat menyental sinki dan lantai dapur yang dah melekit-lekit. Hobi membasuh waktu malam sebab nanti takde la kehulu-kehilir pijak lantai yang basah tuh. So pagi yang tak seberapa pagi tuh sempat plak bukak website Jakel! Adehh, ada Aaron Aziz la plak. Gerenti jemm!! haha

So decided to go to Jakel selepas Zohor. Timing baek punya sebab sampai sana almost 4pm. Termasuk sesat jalan lagik. Memang dah balik la si retis AA nih. Tak jem dah. Plus, rezeki baby kot, dapat la sepasang baju raya sendondon Happy Hour! First time dapat pakai baju raya sendondon sebagai pasangan halal. Alhamdulillah. Camnih rupanya nikmat kawin dan dapat pahala. Dulu2 zaman bujang memang Jalan TAR and JAKEL jadi tempat buruan baju raya since 2008!

Otw balik tuh, sempat la masuk ke KL Bird Park. Bukan masuk ke dalam taman tuh, just lalu jer di bawah rimbunan kanopi hijau iklim khatulistiwa Malaysia nih. Next time akan datang berkunjung semula sebab masa dah suntuk nk gih cari kedai berbuka puasa area Bangi plak.

Akhir kata,sudahkah kita beristiqfar dan berselawat hari nih?

Thursday, February 11, 2010

CNY – Limau ade ulat?

Bismillahirahmanirahim & A very good day to bloggers~

Sepatutnye boh gambo limau CNY, tapi dah penah buh dah dalam entry lepas2. Nape asal CNY jer mesti ade limau berkotak2..Mostly yang diimport dari oversea~ Quality and handling procedure dari Ladang sumpah memang kita sumer tak tahu kan? So any suggestion dari pemblog-pemblog tegar yang budiman sekalian?

Terbaca kat entry Kak Kujie pasal limau ade ulat yang macam isi limau tuh. SUMPAH! geli giler~ tapi tuh ulat kategori buah, bley la makan kot..ala-ala Ulat Sagu tuh, bley jer makan kan? Kat opis tuh berkotak-kotak Limau hadiah dari contractors~ Note the ‘s’ , so memang berkotak-kotak~

Meh tukar selera plak, makan Mee Udang Pulau Sayak semperna CNY, Boley?  Bila dah dok mention area2 kat kampung nih, of course lah dah homesick! urrgghh, rekod nih sebulan lebey talak balik kampung!

mee udang pulau sayak

P/s: Sok petang mau balik kampung sudah~ Mesti jem kan? Pastuh kalo bawak laju2 mesti ade angpow plak kan.. Selamat Memandu & Berhati-hati di Jalan Raya!

Monday, November 30, 2009

Mammy Whitty dah kuar, Mrs alza ok tak?

Bismillahirahmanirahim & A very good day to bloggers~

Itu pertanyaan dari seorang pengomen blog nih, ::: ReActivate ::: pada entry yang lepas. Terkekeh-kekeh gak aku gelak golek2 sebab macam kelakar jer. Mama Whitty plak die panggil si MPV baru Perodua si ALZA tuh. Tak tengok secara love live lagik MPV tuh, just tengok kat TV, Advers board and paper jer. First impression memang lawa. Tambah2 kaler putih kannn~

Sapa dah beli? Sile drop komen yer. My baby Whitty pon dah nak mencecah 10,000km dah bila balik KL sok. Next week plak dah nak kene gi JB selama 2 minggu. Bila dah balik kampung nih, memang virus malas melanda.Tapi bila fikir keje, jadi tak seronok. Sok kene bersemangat nak drive balik sorang2.

Activity kat kampung agak packed sebab tetiber jer ramai2 kwan balik kampung dan banyak plak kenduri kawen. Antara activity yang dapat di list down:

  1. Lepak makan + minum kat Awana bersama teman2 hampir setiap malam~
  2. Shopping raya bersama family pre and post raya sebab ade kenduri korban
  3. Melapah kulit lembu korban for the first time..Dolu2 just tengok n pegang sket2 jer..hihi
  4. Balut Ketupat Palas dengan successfully nyer sebab my mom nak ketupat Jantan, takmo Betina..so kene practise cara balut
  5. Photoshoot Nida kawin bersama ngn Boolah. Bawak baby D80 smpi orang kampung ingat kami nih Wartawan Sinar~ boley??
  6. Hang out ngn Cikgu Azhari kat gerai tepi Jam Besar SP. Tetibe je kami jadikan cikgu orang bujang~ hoho =P
  7. Open house umah kazen. Orang raya2 mkn ketupat, kami makan nasik campur ngn ulam2 lagi~ perghhh~
  8. Open house rumah sendirik raya ke3 sebab aku join ibadah Korban.Ramai gak yang datang. Thanks~
  9. Sambut birthday si Bongsu – Syafiq yang beranak tahun 2000~ dah 9 tahun pon..

rayahaji

Thursday, November 26, 2009

Journey balik kampung Raya Korban 2009

Bismillahirahmanirahim & A very good day to bloggers~

Sayup2 dengar orang dok bertakbir kat corong pembesar suara masjid Al-Barakah Tikam Batu kala aku sedang ON lappy serta try to ONLINE selepas sampi dari KL pagi tadik. hihi.. Bertolak kol 10mlm smpai Kedah kol 7pagi~ Kenapa lama sangat walhal dekat je KL-Kedah tuh???

119

Jawapannye, stuck kat MRR2 area Damansara nak exit ke Rawang PLUS highway tuh. Sumpah jem giler~ Macam siput sedut jer kete-kete sumer bergerak~ Lepas tuh, fikiran pon dah tepu dek jem, plus siapkan keje2 kat opis prior nak cuti memang boley dikatakan totally FLAT~

Setelah masuk hiway ikot Sg Buloh, berhenti solat kat RNR Rawang then kat situ dah mula menunjukan kemalasan tahap cipanzi.. Mata dah berat..Si Co-pilot pon macam dah give-up. Aku pon bawak la baby Whitty plak amik alih dari Sayuthy. Odometer baru tunjuk lebey kurang 150KM jarak perjalanan, tapi kami memang out of energy~

Sampi jer RNR Tapah, aku terus go Toilet urinate and basuh muka. Sampai kat kete, si Sayuthy dah sedap baring merengkot ala2 atas tilam empuk~ Mase tuh 1230am. Memang banyk gak kereta2 n bas. Lepas lebey kurang 3 jam terlelap, kol 3.30am baru terjaga~Siap bley mimpi2 bersambung lagik..Terus segar bugar balik sebab macam dah cukup rest.

Baby Whitty tengah rest kat RNR Tapah

Terkebil2 aku sebab first time tido kat RNR. Selesa sebab aku ada bawk balik bantal kekabu walaupon tido kat atas kerusi yang dicondongkan 45degree jahh.hihi..Pastuh, trus continue drive limpas Simpang Pulai, Sg Perak, Bukit Gantang dan Juru. Stop semayang kat SHELL Juru, then proceed smpi Sg Petani. Drop co-pilot kat SP, then smpi umah kol710am. Beli nasik lemak, makan then lepak2 ngn mama sebab beliau tengah prepare nk balut Ketupat Daun Palas dan masak rendang Ayam Kampung~ hihi..

Pastuh aku flat smpi la kol12tghri..

Agak2 kalo dah tengok sampai tak berkelip2 mata tuh - apa SUBJECT itu>??

Apa2 pon, Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua muslimin dan muslimat. Semoga kita dapat menghayati ibadah korban dan reflect citer Nabi Ibrahim A.S dan Nabi Ismail A.S zaman dahulukala.InsyaAllah.

P/s: Sumpah citer “Jangan Tegur Lagi” kat Tv3 tuh sangat seram~ dang!!

Monday, November 23, 2009

Hampir genap setahun~

Bismillahirahmanirahim & A very good day to bloggers~

Diam tak diam dah hampir genap setahun raya haji berlalu. Last year aku sambut sorang2 di Labuan. Yer lah, assignment letter aku just a week before raya haji tahun lepas. So, memang tak bley nak elak lah. Raya ler sorang2 kat sane..

Tahun nih, Alhamdulillah dapat beraya kat kampung. InsyaAllah, hari Khamis aku amik cuti dan malam Rabu dah bley balik kampung. Berbalik kepada raya di Labuan last year, aku memang dah jangka nak kene raya kat sana, so dah backup ngn baju raya~ First time raya tanpa family disisi.. sob sob..

Mase tuh, memula sampi kat Labuan, belom kenal rapat lagi ngan Sayuthy, Ilyana, Pejol, Nadhirah, Shamani, En.Selamat, En.Alias dan laen-laen project team. Time raya haji,derang dah ada plan nak pegi beraya kat Brunei..sb aku takdo International passport lagik,so raya sorang2 lah kat Labuan..After a year kenal derang, dah rapat macam adik beradik dah terutama Sayuthy, Ilyana, Nadhirah & Pejol~ huhu..

Hopefully, persahabatan kami kekal sehingga akhir hayat~ Dan tak lupa juga terima kasih kepada blog nih, sebab kerana ialah saya kenal anda-anda pembaca semua~ Salam Lebaran~

Semayang raya di Labuan

Korban Lembu di Labuan 2008

Sunday, September 20, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri!

Bismillahirahmanirahim & A very good day to bloggers~

Sampul duit rayerr 2009~ 

Hari neh seluruh umat Islam di seluruh dunia menyambut hari kemenangan – Hari Raya, setelah sebulan berpuasa. Alhamdulillah, semua baek2 belaka cuma ada berita sedih buat keluarga mak long di atas pemergian pak long satu hari sebelun hari raya. Salam takziah buat mak long sekeluarga.

Mesti jadual kalian penuh dengan udangan melawat rumah sedara-sedara, sahabat handai dan rakan taulan. Bagi kanak-kanak, collection duit raya menjadi objective utama mereka.BEST kan jadi kanak-kanak? hehe

So, selamat hari raya aidilfitri buat semua tak kira dimana anda berada. Semoga amal ibadah kita diterima ilahi.

P/s: Sama-sama kita doakan kadar kemalangan di Malaysia berkurang. Sangat sedih dan seram sejuk dengar berita kemalangan jalan raya nih~

Friday, September 18, 2009

Trip balik kampung~!

Bismillahirahmanirahim & A very good day to bloggers~

Jalan kampungku~ 

Alhamdulillah,selamat sampi rumah kol830pm setelah bertolak dari Subang jaya lebey kurang kol4pm. Mari kita recap balik chronology of events yang berlaku semalam yer:

  1. Bersiap2 dan kuar dari rumah kat Wangsamaju kol 12pm menuju ke KL Sentral nak fetch Sayuthy yang dah tunggu kat sana lepas mendarat kt KLia dari Labuan
  2. Setelah jem kat depan hospital Kuala Lumpur dan sesat sepam kat tengah2 KL dek ramai orang dan hilang arah tuju..
  3. Beberapa aku tepon Farid tanye jalan.Hoho..si Sayut plak pon dok risau aku tak sampi2 lagik.Tahu la dah tak sabar nak balik kg~
  4. Sampi kt KL Sentral around 0130pm, load barang2 and trus gerak ke Federal Highway nk menuju ke Subang Jaya
  5. Singgah plak kat Sunway Pyramid cari lense Sayuthy. Canon 1.8 50mm. Hoho..beraya sakan la hang~
  6. Lepas berjalan-jalan kat Sunway Pryramid, dapat call dari my younger sister bgitau die dah abes keje and ready to go back~
  7. Terus kuar dari Sunway Pyramid and gerak ke tmpt kije adik aku. Tumpang tnya pak guard, tapi tak mention nama hospital betol2..so end up menunggu kt Sunway Hospital, padahal nk gi Sime Darby Hospital.hoho..
  8. Bergegas ke exact location and trus masuk ke Hiway Plus around 4pm and drive non-stop ke Utara.
  9. Traffic was crowded at the junction Damansara, luckily the traffic still moving. Alhamdulillah. Sayut and adik aku sempat tido sedangkan aku drive sorang sambil ditemani lagu Raya nanyian Rabbani..
  10. Arrive at Simpang Pulai around 6pm and perform jamak prayer at PETRONAS station and buying something for berbuka. Sumer dah segar bugar and teman aku drive. Great! tak busan memandu~
  11. Around 730 already passing Bandar Baharu and approaching Juru tol. Berbuka atas jalan for the first time~hihi. Kueh Pau and air Revive. Thanks to Sayut sebab jadi co-pilot yang tolong bukak air and pass makanan~bley buli ko sekejup
  12. Singgah kat Pelita Juru untuk makan then sambung journey. Jamak kat Bertam exit. Ilyana sms psal iklan PETRONAS plak mse nih.hehe
  13. Sampi kampung, unload some stuff and chit chat for a while with my mom then proceed to send Sayuthy to his wife waiting at Sg Petani tol~
  14. Arrived home safely at 11pm and continue chit chatting with the whole family~

Kepada yang baru nak balik hari nih, hati-hati memandu and semoha sampai dengan selamat hendaknya~

Thursday, September 17, 2009

Selamat Hari Raya Puasa Aidilfitri 2009

Bismillahirahmanirahim & A very good day to bloggers~

rayapuasa-2009

Haiiii, saya Apit~ hehe..tengah tengok Cerita Haiwan Teladan kat TV3. Suka tengok budak2 tuh berkerumun host yang chumel Kak Di and Penanyi Nasyid Ammar tuh, pastu menyanyi ramai2.

Secara official nya aku sudah cuti, maka still baring2 lagik kat atas katil. Belom packing apa2 lagik.haha. So, sempat la edit gmbar buat kad raya jup. Tapi sumer gamba-gamba tuh yang lama punya~

Hari baek, bulan baek nih saya, Mohd Hafizd Yahaya ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun kepada semua kawan-kawan yang mengenali diri ini secara langsung dan jugak tidak langsung dari segi tutur kata, memek muka, tingkah laku dan terkutuk di depan dan di belakang, tak kiralah dimana jua anda berada. Ampun maaf dipinta yer.. :)

InsyaAllah, amalan-amalan kita semua akan diterima Ilahi. Ramadhan bakal pergi meninggalkan kita semua, so rebutlah peluang yang datang setahun sekali seumur hidup.

Okes, mahu start packing lah~ Salam Lebaran semua!

P/s: Iklan Ribena kat TV3 nih extravagance sangat. Tapi memang sedapp kannn?