Showing posts with label |puasa|. Show all posts
Showing posts with label |puasa|. Show all posts

Sunday, July 21, 2013

Baju Raya 2013!

Bismillahirahmanirrahim and a very good day fellow readers!

Hari nih dah genap 12 hari berpuasa. Sungguh cepat berlalu. Maybe sebab dah ada orang rumah jaga makna minum sahur dan berbuka. hihi.. Alhamdulillah. Cuma nya keadaan perut memboyot tuh menyebabkan Jelajah Tarawik kurang menjadi.Sian kat wifey nk usung perut turun naek tangga kalo pegi masjid2 besar kat area Bangi nih. Last year bley la sebab aku solo. Kuar lepas berbuka balik almost midnight sb makanan sahur pon simple jer. Memang terbaek lah hidup sebagai suami isteri. Syukran ya Allah.

image

Berbalik kepada topik asal, memang nk gih hunting baju raya hujung minggu nih,tup tup bangun lambat plak Sabtu semalam sebab tido lambat menyental sinki dan lantai dapur yang dah melekit-lekit. Hobi membasuh waktu malam sebab nanti takde la kehulu-kehilir pijak lantai yang basah tuh. So pagi yang tak seberapa pagi tuh sempat plak bukak website Jakel! Adehh, ada Aaron Aziz la plak. Gerenti jemm!! haha

So decided to go to Jakel selepas Zohor. Timing baek punya sebab sampai sana almost 4pm. Termasuk sesat jalan lagik. Memang dah balik la si retis AA nih. Tak jem dah. Plus, rezeki baby kot, dapat la sepasang baju raya sendondon Happy Hour! First time dapat pakai baju raya sendondon sebagai pasangan halal. Alhamdulillah. Camnih rupanya nikmat kawin dan dapat pahala. Dulu2 zaman bujang memang Jalan TAR and JAKEL jadi tempat buruan baju raya since 2008!

Otw balik tuh, sempat la masuk ke KL Bird Park. Bukan masuk ke dalam taman tuh, just lalu jer di bawah rimbunan kanopi hijau iklim khatulistiwa Malaysia nih. Next time akan datang berkunjung semula sebab masa dah suntuk nk gih cari kedai berbuka puasa area Bangi plak.

Akhir kata,sudahkah kita beristiqfar dan berselawat hari nih?

Saturday, July 6, 2013

Check List Ramadhan 2013

 

As salam semua,

Tup tup tup, lagi beberapa hari saja lagik Ramadhan. Just sharing for everyone of us for this coming Ramadhan. I’ve found lots of checklist made by others in the internet for our guidance. It’s seem very comprehensive and can give us motivation to perform our Fasting day by day.

I am going to print and paste it somewhere in my house for reference. Maybe we can put in the office as well for the tracking.

checklist-ramadan-copy

ramadan-daily-checklist-wallpaper-1024x768jpg

ramadan_checklist

Ahlan wa sahlan Ya Ramadhan!

P/: Bila tarik lihat anak bulan Ramadhan tahun 2013? Sama sama kita nantikan pengumuman dari Penyimpan Mohor Besar yer

Thursday, July 7, 2011

Luahan hati~

Salam blog dimalam Jumaat,

Tengah streaming radio Kedah.Fm tadi tiba2 ada plak lagu nih. Sedap jugak lah bait2 lirik dia. hehe..Hanyut la jugak. Best! Wajib dengar~

Lagu best~

Esok akan berangkat ke Bintulu lagi for a week outstation~ So, selamat tinggal KL~ tak sempat nak beramah mesra lagik sebab last weekend kat Labuan~ Hectic! but I like~ Keep me busy like a bee.

Bulan posa lagi sebulan lagik, dah beli baju raye ke? hehe.. eh, dah abes ganti puasa ke? Tak sangka dah nak kembali berpuasa..InsyaAllah, tahun nih nak menyambut Ramadhan secara total + produktif. Amin..Anda bagaimana?

Sunday, September 20, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri!

Bismillahirahmanirahim & A very good day to bloggers~

Sampul duit rayerr 2009~ 

Hari neh seluruh umat Islam di seluruh dunia menyambut hari kemenangan – Hari Raya, setelah sebulan berpuasa. Alhamdulillah, semua baek2 belaka cuma ada berita sedih buat keluarga mak long di atas pemergian pak long satu hari sebelun hari raya. Salam takziah buat mak long sekeluarga.

Mesti jadual kalian penuh dengan udangan melawat rumah sedara-sedara, sahabat handai dan rakan taulan. Bagi kanak-kanak, collection duit raya menjadi objective utama mereka.BEST kan jadi kanak-kanak? hehe

So, selamat hari raya aidilfitri buat semua tak kira dimana anda berada. Semoga amal ibadah kita diterima ilahi.

P/s: Sama-sama kita doakan kadar kemalangan di Malaysia berkurang. Sangat sedih dan seram sejuk dengar berita kemalangan jalan raya nih~

Thursday, September 17, 2009

Selamat Hari Raya Puasa Aidilfitri 2009

Bismillahirahmanirahim & A very good day to bloggers~

rayapuasa-2009

Haiiii, saya Apit~ hehe..tengah tengok Cerita Haiwan Teladan kat TV3. Suka tengok budak2 tuh berkerumun host yang chumel Kak Di and Penanyi Nasyid Ammar tuh, pastu menyanyi ramai2.

Secara official nya aku sudah cuti, maka still baring2 lagik kat atas katil. Belom packing apa2 lagik.haha. So, sempat la edit gmbar buat kad raya jup. Tapi sumer gamba-gamba tuh yang lama punya~

Hari baek, bulan baek nih saya, Mohd Hafizd Yahaya ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun kepada semua kawan-kawan yang mengenali diri ini secara langsung dan jugak tidak langsung dari segi tutur kata, memek muka, tingkah laku dan terkutuk di depan dan di belakang, tak kiralah dimana jua anda berada. Ampun maaf dipinta yer.. :)

InsyaAllah, amalan-amalan kita semua akan diterima Ilahi. Ramadhan bakal pergi meninggalkan kita semua, so rebutlah peluang yang datang setahun sekali seumur hidup.

Okes, mahu start packing lah~ Salam Lebaran semua!

P/s: Iklan Ribena kat TV3 nih extravagance sangat. Tapi memang sedapp kannn?

Wednesday, September 16, 2009

Mapuh la~

Salam lebaran sumer,

Blog aku weng dah..Tak kuar button komen..Camno nak buek??

Sape2 bley tolong tak?

Hari nih mesti ada yang dah start cuti kan?

Hmm, haih..tak de blog nih pening gak. Ingat nk pindah gi wordpress lah..

Apa2 pon nak wish SELAMAT HARI RAYA & MAAF ZAHIR BATIN kepada semua umat Islam yang berpuasa~

Balik kampung berhati-hati!

Repost : Alhamdulillah~ dah ade doh komentor box tuh…heheh..

Saturday, September 12, 2009

Majlis Berbuka Puasa PETRONAS 2009

Bismillahirahmanirahim & A very good day to bloggers~

On the 090909, PETRONAS held Majlis Berbuka Puasa at Surau Al Muhsinin. Neh pertama kali aku join sebab last year aku berbuka kat hotel Maya sebab aku join workpack challenge session with contractor kat sana. This time around, takdo plak invitation, so dapat lah join majlis berbuka neh.

Lepas ofis hour, lepak jer kat opis sampi kol 6. Then turun ke surau untuk dengar kuliah dari Ustaz Zahazan yang selalu ada kat TV3 tuh bersama-sama Cik Ku and Azman. Aku tertunggu-tunggu nak dengar bacaan al-Quran oleh adik Mohammad TV9 tuh..tapi takdo pon.Mebe kalo aku turun awal dapat dengar kot~

Extract sket isi kuliah hari tuh;

  • Kena banyak beristigfar dan berzikir last 10 days ramadhan
  • Doa banyak n seikhlas mungkin sebab Allah akan makbul
  • Perbanyakkan amalan sunat + tahajud + solat2 sunat yang laen
  • Kepada yang dah kahwin, ikat kuat-kuat kaen anda~
  • Mungkin ini adalah Ramadhan terakhir kita, so kena  bersungguh-sungguh
  • Orang yang buat tahajud akan disenangi ramai orang – muka berseri-seri~

Aku sempat bersalam dengan orang penting PETRONAS – Tan Sri Dato Sri Mohd Hassan Merican, CEO selepas solat maghrib. Juadah yang dihidangkan pon sangat menyelerakan oleh Felda D’ Saji. Lepas solat isya’ sambung plak dengan solat sunat Tarawikh beramai-ramai. Sampi umah kol 10malam.

Bunting~

Felda pon ada katering dah

Lauk Pauk

 Dah abes makan Bersama ex-Saina n ex-UTP si Paksu

 Tarawikh plak..

P/s: Hari nih nak g cari masakan ala-ala Thailand kt …….~ hehe..Jejomss

P/s: Tinggi-tinggi Gunung Kinabalu, Tinggi lagi sayang sama kamooo~ =)

Friday, September 11, 2009

Berbuka @ Marche

Bismillahirahmanirahim & A very good day to bloggers~

Tup2 petang semalam, tak tahu nak makan apa, then trus email kt Peja tnya kat area2 The Curve/One Utama apa tempat makan best. Pahtu, si pakcik tuh reply suh try kat Marche (Mar-Shay) which mean Market at French. So macam beli makanan kat market, pahtu duduk n makan.. Tema dia :

“It’s a market place restaurant”

Pegi naik baby Calvin milik si Ilyana lah ditemani si adik beliau. Lepas je balik opis, terus siap2 and then shoot ke The Curve. Sampai2 terus spot kat mana Marche tuh~ then jumpa lah. Ingat kan tak ramai, tup2 ramai giler..Famous rupenye tmpat nih

Lepas tunggu beberapa minute kat entrance tuh, akhirnya dapat gak tempat. Buffet RM45/person. Macam rate hotel gak. Tapi environment dia sangat lah conducive. Makan segala bagai, aku prefer seafud lah~ hehe..orang tak lah crowded sgt. Fyi, kalo nk minum kene bawak tiket untuk dicop tuh. Pelik gak.hahah. Sile enjoy gambar2 dibawah yer;

marche

Hari  nih plak Jumaat, aku cuti. Onshore leave. Cuti un-recorded aku yang ada berbaki 10 hari tuh. So, dah anto baby Whitty gi 2nd service kat Perodua Jelatek pagi tadi. Done. Now, my Baby Whitty is back on track~ hehe..Sok bley jalan2 lagikk~

kat seberang jalan adalah Baby Whitty~

Tuesday, September 1, 2009

Activity Bulan Posa [cont’]

Bismillahirahmanirahim & A very good day to bloggers~

Aku dah janji nak citer apa aktiviti yang aku dan kawan2 buat masa mostly masa zaman sekolah rendah n early sekolah menengah time bulan posa pada entry yang lepas. I believe that every person ade kenangan tersendiri masa bulan posa kan? I wish I could come out with the drawing a.k.a cartoon version. Mesti lagik real kan? So let’s start with the activity one by one..

Masjid Usama Zaid, Wangsamaju 



1. Kereta Dashing Kuro
Maen kereta mini Dashing Kuro, lumba ramai lepas 8 rakaat semayang Terawikh.hehe..Macam upin n ipin la plak. Tapi memang heaven maen ramai2.Aku ingat kereta aku kaler merah. Batery kene simpan dalam fridge kasi up power~ haha..



2. Lepak CC
Time nih baru kenal MIRC, YM, Yahoo…Google tak kenal lagik. Lepas tadarus jer, g rmai2 lepak CC chatting segala bagai..rm1.50/hour.hehe.Nama kedai CC Kak Liza..Pegi naik beskal jer




3. Pusing kampung seberang tengok pelita
Kat Kampung Bukit Lalang, tepi highway Utara Selatan berdekatan Hentian Sebelah Tikam Batu tuh memang akan ada budak2 psang pelita. Macam2 shape derang create. Ada pintu gerbang lah, ada betuk rumah lah dan macam2 lagi. Pelita diperbuat dari buluh n beli siap kat kedai pon ade..best sgt kalo tngk dari jauh.I wish i could turn back time!





4. Meriam Kabaid
Ini serius..Memula tengok abang2 senior buat, tapi lepas tuh buat sendirik. Tapi penuh precaution lah msa nak main. Kayu pencucuh memang panjang n kitaorng tanam dalam2 n tahan dengan batu besar2. Alhamdulillah, takde kecederaan/kecelakaan.Tapi lepas tgk berita kat tv, cuak maka terus tak main dah.. Aku ingat lagi, kami g tipu apek cina tuh cakap kat peram buah pisang msa g beli kabaid..hoho




5. Tak ‘miss’ berbuka @Masjid

Berbuka beramai2 kat masjid bersama kengkawan.hehe.Mama n adik pompuan aku jer berbuka kat umah. Yang laen2 sumer masjid sebab dekat je ngn umah, jalan kaki jakk. Time tuh, memang meriah, skang aku tak sure sb dah lama tak berbuka kat masjid kg aku..




6. Buat pelita buluh/tin
Masuk hutan cari buluh nak wat pelita. Untuk sumbu, kitaorang guna mop lantai jer..haha.Abes mop kat umh aku jadi togel sebab kene gunting nk wat sumbu. Minyak tanah plak kene minta duit kat abah nak beli..hehe..



7. Tolong hidang moreh

Kami kanak2 yang rajin. Suka betol kitaorng hidang moreh/juadah berbuka sebelum orang tua2 abes semayang tarawikh.hihi..Tapi bila dah besar, generasi junior plak amik aleh..heheh






8. Join kelas hafaz Quran
Pagi2 lepas semayang subuh kat masjid, ada Imam Hafizd dari Yala yang jadi imam Tarawikh kat masjid kg aku 3 tahun berturut2. Nama beliau Ustaz Sayuthy. Suara beliau sangat la sedap. Beliau pon sangat baek. I missed those day. Skrang pon aku ingat2 lupa surah2 yang dah dihapal. Haihhh~Bila masjid aku psang jer rakaman2 suara beliau prior masuk waktu solat,memang mood bulan posa akan datang.Aku pon ada rakam and smpan dalam pc aku.
   

P/s: Bulan Puasa dah nak abes..Macam kurang je amalan2 sunat yang aku buat.Huhu..

Sunday, August 30, 2009

List masakan sepanjang bulan Ramadhan 2009~

Bismillahirahmanirahim & A very good day to bloggers~

Kat sini aku terajin plak nak wat list masakan yang telah or akan aku msak sepanjang bulan puasa nih ak kiralah untuk juadah sahur or berbuka. I did mention in previous post that I prefer to cook by myself the food rather than beli belah kat luar.Tuh pon depend kat keadaan lah. Whatever it is, cooking is my hobby. Even, ade jugak yang belom reti lagi masak, so mari kita tengok apa lust list itu~ hehe

Udang Halia Cili Padi

Udang Halia Cili Padi

Udang Goreng Sayur Campur

Udang Goreng Sayur Campur

Taugeh Goreng Toqua

Taugeh Goreng Toqua hEHE..yang nih belom reti masak lagik..

Si Siput Sedut Masak Lomak Cili Api~

Si Siput Sedut Masak Lomak Cili Api~ Hmm, kat table bawah nih ade list masakan yang ada probability nak dimasak sepanjang bulan puasa dan juga bulan tak puasa which is dinner or during wekend. So, kalo ade cadangan tambahan, jangan segan2. Sila email recipe anda ke hafizd@gmail.com & jangan lupa melayari facebook dengan menaip Hafizd.

Menu Probability
Telur Masak Kurma 100%
Sambal Telur 100%
Sotong Goreng Kicap 60%
Daging Black Pepper 70%
Ikan Masak Cuka 90%
Asparagus Masak Bawang Putih 85%
Taugeh Goreng Ikan Masin 67%
Nasi Goreng Budu 89%
Sambal Udang Petai 50%
Daging Goreng Bersayur 99%
Sup Sayur 60%
Sup Ikan 78%
Kobis Bersantan 60%
Cucur Ikan Bilis 45%
Nasi Tomato! 50%

 

*************************************

Selamat Hari Kemerdekaan ke 52!

image

image

Wednesday, June 24, 2009

Selamat Berpuasa

Bismillahirahmanirrahim and a very good day fellow readers!

Hari nih dah masuk 1 Rejab and I believe ramai yang berpuasa sunat hari nih untuk ambil keberkatan Bulan Rejab. Semenjak dari kecil lagi, aku dah dilatih untuk puasa di Bulan Rejab bersama family. Memang best sebab dapat rasa macam bulan posa. Nak nak plak masa berbuka. Memang terasa la sangat best~!!

So, ramai2 kita berpuasa pada Bulan nih untuk preparation puasa di Bulan Ramadhan supaya fizikal dan rohani bersiap siaga menempuh bulan puasa beberapa bulan lagik.

puasa