Showing posts with label |ilmiah|. Show all posts
Showing posts with label |ilmiah|. Show all posts

Saturday, July 13, 2013

How to download using Torrent

 

Salam!

Just want to share how to download the movies, mp3, eBook and any related online content on the website that share torrent file.

[BitTorrent is a protocol supporting the practice of peer-to-peer file sharing that is used to distribute large amounts of data over the Internet. BitTorrent is one of the most common protocols for transferring large files and peer-to-peer networks have been estimated to collectively account for approximately 43% to 70% of all Internet traffic (depending on geographical location) as of February 2009.[1] In November of 2004 BitTorrent was responsible for 35% of all Internet traffic.[2] As of February 2013, BitTorrent was responsible for 3.35% o all worldwide bandwidth, more than half of the 6% of total bandwidth dedicated to file sharing.[3] ] (Wikipedia)

Understand or not? No worries guy. What I can say the method of download is simple especially for those who own PC at home and with superb internet connection such as Unifi, YES 4G or Maxis Home Fibre Internet.

Okay guys, please refer the print screen below on step by step how to download from The Pirate Bay website.

1) Firstly, you must go to Google or any search engine that you currently use as Home browser.image

2) Then you type the work “Torrent” in the search box. There are lot of list with regard to Torrent. image

3) You can see lots of review on the Top 10, Top 15 of MOST POPULAR TORRENT site! For me, I am comfortable with Piratebay website. It is among the TOP list anyway. image

4) When you click at the Piratebay, this is the home interface of the website. Then straightaway please click at the “Browse Torrent” to see the updated content shared by other all around the world. image

5) Here is the sample of the update movie list that being shared. The secret how to ensure your download time is less is by looking at the SEED numbers. The higher the Seeder, the faster you download will complete. So, simply click at the SEED to sort the number from higher to low. You can click any movie you want to download from the list.image

6) You can read the description of the movie, size, type of file and the owner who shared the movie. For me, the bigger the movies size mean it is very high quality movie.Beware not to download any porn movie!

DO NOT FORGET TO READ THE COMMENT FROM OTHER BEFORE DOWNLOAD THE MOVIE!! Sometimes people share for the sake of popularity and it wasting you bandwidth and time consumed. Therefore, watch out  and be reminded to read the comment before clicking the ‘Get this torrent’

image

7) Finally, the last step is to monitor the download time and speed from your torrent. I am using Free UTorrent.  Features that make µTorrent so popular and efficient torrent downloading due to expertly designed for fast downloads. Avoids hogging valuable system resources, runs quietly in the background, and doesn't interfere with your work, play etc. Cutting Edge technology that incorporating groundbreaking µTP technology, µTorrent maximizes bandwidth and reduces congestion - so you have the smoothest, quickest downloads possible and don't make your internet connection slow to a crawl.
image

Now it is time to enjoy your movie during weekend since I’ve  downloaded it over the weekdays before going to sleep. Let the computer do the job and when you wake up next morning, just do rain check before shutdown the PC and off to work. Have a great weekend!

Saturday, July 6, 2013

Check List Ramadhan 2013

 

As salam semua,

Tup tup tup, lagi beberapa hari saja lagik Ramadhan. Just sharing for everyone of us for this coming Ramadhan. I’ve found lots of checklist made by others in the internet for our guidance. It’s seem very comprehensive and can give us motivation to perform our Fasting day by day.

I am going to print and paste it somewhere in my house for reference. Maybe we can put in the office as well for the tracking.

checklist-ramadan-copy

ramadan-daily-checklist-wallpaper-1024x768jpg

ramadan_checklist

Ahlan wa sahlan Ya Ramadhan!

P/: Bila tarik lihat anak bulan Ramadhan tahun 2013? Sama sama kita nantikan pengumuman dari Penyimpan Mohor Besar yer

Wednesday, June 26, 2013

GOOGLE Trends & Top Charts?

 

Good Morning.

Saya budak baru belajar untuk tahu keyword – keyword yang HOT di Google oleh pengguna Internet diseluruh dunia. So, I found out this site. Cool huh.

image

Now, I wonder how those people get lotssss of traffic to their blog, thus increase their adsense or Nuffnang earning.

image

By looking at the result as per above, we can see the top keyword being search at Google website. Facebook, Youtube, Google, Free?

People are looking on free item to give away, or Free Gift or maybe Free Cinema Ticket.Good keyword to be used.

Sunday, June 16, 2013

Aktiviti menyedut Movie di Torrent!

 

Salam sejahtera semua,

Macam dah dapat momentum menaip di blog semula. Rasa macam dah lama tak update dan baca blog-blog yang bagus di dunia tanpa sempadan nih. Seriously sangat leka!

image

Jeng jeng jeng.. nih la activity bila UNIFI yang quota download bergig gig tuh tak digunakan time hari hari biasa. Activity menyelam dan menyedut movie yang agak baru dan jugak lama. Teknik nya senang, ON PC, search Movie apa yang nak kat Torrent website, pastu apa lagi, Tengok dulu Seed yang paling banyak dan tak lupa jugak baca sekali imbas comment dulu baru la download.Then tido or pegi la mana2. Selalunya aku akan que up the movie lepas Isyak, then tido. Pagi Subuh esok aku akan shutdown PC.

Lagi satu, bila outstation naik flight MAS, banyak kot movie movie baru dan lama yang dah stored kat flight yang baru  nih.. In-Flight entertainment. OneMH katanya. Cuma lagik best untuk domestic flight nih ada WIFI jugak laa.. Movie sometimes bosan. Better reading than watching movie. Unless UNIFI server down, leh la sambung Hardisk kat LED TV and layan movie marathon~

Selalunya download cerita omputeh la sb movie Melayu leh tgk kt AstroFirst or Tonton~ hihi..

Speed Test UNIFI Bangi & ABNXCESS!

 

Fuhh, baru je FSR TM datang settle kan UNIFI kat umah aku. Since Jumaat malam tak dapat tgk TV HD dan juga WIFI UNIFI yang berdesup tuh dek kerana cable fibre optic tuh tak properly connected. Maybe terkena vacuum or terkena kotak yang tersusun kat tepi tv tuh.

So. FSR TM UNIFI nih hanya amik masa less than 5 minutes to settle the problem. Haha.. Tapi takper, at least aku ada belajar new thing today. Connection fibre optic tuh kene make sure tak nampk ‘red line sign’ tuh.. Kalo nampak maknanya tak dapat proper connection to UNIFI Server!

image

So memandangkan dah ok, aku pon buat la speed test kat Family Area tingkat atas. Selepas follow tutorial dari shakiddo.co, aku dah tukarkan Wireless Mode kepada 802.11 (n/g/b) dan Bandwidth ditukar kepada 20Mhz konon2 nk bagi better coverage kat tingkat atas nih… macam ok! haha

Ok, lepas nih nak study WIFI Repeater and Skybox TV! Bley pasang TV kat Masterbedroom ala ala kat hotel sebab TV dapat siaran guna WIFI saja~ Adioss

P/s: Ada siaran cable TV dari our beloved government.. ABNXCESS katanya. Review ABNXCESS nih baru lagi tp iklan dah gempak.. Service availability hanyalah Klang Valley & Johor jer. Promotional price RM98.99/month. 10mbps tuh basic!!!  Mahu laju dari UNIFI 5mbps yang aku subcribe sekarang RM149/moth

image

Tuesday, December 27, 2011

Keluarga idaman saya :-)

Bagaimana kita dapat membentuk keluarga yang sesuai dengan tuntutan Allah Subhanahu wa Taala, iaitu sebuah keluarga yang berasaskan ideologi Islam?

Pertama, asas dari pernikahan tersebut adalah akidah Islam, bukan manfaat ataupun kepentingan. Dengan menjadikan Islam sebagai landasan, maka segala sesuatu yang terjadi dalam keluarga tersebut dirujuk kembali pada Islam.

Kedua, adanya visi dan misi yang sama antara suami isteri tentang hakikat, tujuan hidup dan berkeluarga dalam Islam. Kenapa kita hidup di dunia ini?

Ketiga, memahami dengan benar fungsi dan kedudukan masing-masing dalam keluarga dan berusaha sedaya upaya menjalankannya sesuai dengan tuntutan Allah dan Rasul-Nya.

Keempat, menjadikan Islam dan syariatnya sebagai penyelesaian terhadap seluruh permasalahan yang terjadi dalam kehidupan berkeluarga. Halal dan haram dijadikan landasan dalam melakukan sesuatu, bukan hawa nafsu. Bukan sekadar menjadi Muslim yang biasa2 tapi berusaha menjadi yang terbaek dalam menghambakan diri kepada Allah swt.

Kelima, mengamalkan amar makruf nahi mungkar di antara sesama anggota keluarga sehingga seluruh anggota keluarga sentiasa berjalan pada landasan Islam.

Keenam, menghiasi rumah dengan membiasakan melakukan amalan-amalan sunnah, seperti membaca al-Quran, bersedekah, melakukan solat/puasa sunnah, dan sebagainya.

Ketujuh, sentiasa berdoa kepada Allah dan bersabar dalam apa jua situasi.

Together we make it happen. I don't have anything else in this world except doing this that will help us to endure the afterlife. InsyaAllah.

Thanks,

Best regards,
Mohd Hafizd Yahaya

Sent from my Samsung Galaxy Tab

Sunday, October 16, 2011

Nama Nama Allah~

Bismillahirahmanirrahim and a very good day fellow readers!

Tengah serabut nie biasalah dok google/youtube zikir2 dan nasyid2 best, tup tup jumpa Nasyid Nama Nama Allah yang ade translation nih. Rasenye dari Kumpulan Mawaddah lah. FYI, this group mmg ade dlm playlist mp3 bila aku bawak kete either gih Bangi or balik kampung~

Suka untuk saya bagitau kat sini bahawa this is one of my option to ensure my little heart and ear is feeded with zikrullah and nasyid2 yang memuji Allah untuk memberatkan amalan di sebelah kanan, InsyaAllah.

Semoga kita sama-sama membesar didalam rahmat ilahi. Setiap apa yang terjadi itu adalah rancanganNya.

Thursday, September 29, 2011

Bersediakah?

Gamba hiasan 

Kebiasaan masyarakat kita apabila disebut persediaan menjadi suami, mereka menyangka ia adalah memiliki sijil pengajian tinggi, paling kurang diploma. Telah memiliki kerjaya dengan gaji bulanan minima RM2500, diikuti dengan sebuah rumah dan kereta.

Tidak ketinggalan, wang tunai berjumlah RM30,000 untuk urusan perkahwinan seperti duit hantaran, dulang-dulang hantaran, cincin dan belanja kenduri kahwin. Jika seorang lelaki belum memiliki semua ini, dia belum layak untuk bergelar suami.

This is so TRUE! Ini adalah persoalan2 yang bermain diminda anak teruna sekarang, tapi jika berlandaskan pendekatan Islam, ia mestilah mengikuti piawai kualiti seperti dibawah.

1) KEPIMPINAN

Persediaan terpenting ialah bakal suami perlu mengetahui bahawa dia memiliki tanggungjawab sebagai pemimpin ke atas keluarganya.

2) KETEGASAN

Lanjutan dari ciri seorang pemimpin, bakal suami hendaklah tegas dalam membimbing isteri. Kelak apabila dianugerahkan cahaya mata, suami juga hendaklah tegas dalam membimbing anak-anak.

3) PEMELIHARA DARI API NERAKA

Suami merupakan pemelihara agar ahli keluarga tidak masuk ke dalam api neraka.

4) MEMBERI NAFKAH

Termasuk persediaan menjadi suami ialah kesedaran bahawa anda merupakan sumber kewangan rumahtangga. Justeru anda bertanggungjawab menyediakan nafkah tempat tinggal, keperluan asas dalam tempat tinggal, pakaian, makanan dan minuman kepada ahli keluarganya. Anda juga bertanggungjawab ke atas kesihatan dan perubatan ahli keluarga seandainya mereka jatuh sakit.

Demikianlah beberapa kualiti yang perlu ada pada seorang lelaki untuk dia menjadi seorang suami. Perhatikan bahawa kualiti-kualiti ini tidak ada ukuran minimum dan maksimum atau batasan tertentu bagi menentukan layak atau tidak.

Ia adalah kualiti yang nilainya relatif, ia akan bertambah apabila anda berusaha untuk memperbaikinya dan akan berkurang apabila anda mengabaikannya. Justeru, lelaki yang sudah bersedia menjadi suami ialah lelaki yang mengetahui kualiti-kualiti ini, memilikinya dan berazam untuk terus memperbaikinya.

P/s: Bersediakah aku?

P/s/s: Selamat Tinggal Syawal Alhamdulillah, dapat habeskan puasa sunat 6. Semoga diterima-Nya. Amin

[source]

Friday, September 23, 2011

Tahukah kita?

D80-RayaAidilfitri2011 407

Salam hari Jumaat semua. Apa perkhabaran hari ini? Ramadhan dah berlalu meninggalkan kita semua, sekarang hanya ada puasa 6 dan puasa sunat Isnin & Khamis sebagai penganti before kita dapat bertemu semula dengan Ramadhan tahun hadapan. Just knowledge sharing sebab kat dalam TV free dan berbayar takde siarkan iklan selingan Rukun Islam, Rukun Iman ataupon Nama Nama Nabi. Come on, you have the power in your hand, you have the media. Take this opportunity to make sure 1Malaysia know the Islam~ Harap2 berat la timbangan sebelah kanan nnti di sana~ ye tak?

Rukun Islam ada lima (5) perkara :

(1) Mengucap dua kalimah syahadat
(2) Sembahyang lima waktu
(3) Berpuasa sebulan dalam bulan Ramadhan
(4) Menunaikan haji ke Baitullah (Mekah)
(5) Menunaikan zakat

Rukun Iman ada enam (6) perkara :

(1) Beriman kepada ALLAH SWT
(2) Beriman kepada Malaikat-malaikat
(3) Beriman kepada Kitab-kitab
(4) Beriman kepada Rasul-rasul
(5) Beriman kepada Hari Kiamat
(6) Beriman kepada Qada dan Qadar

Dalam agama islam terdapat 25 nabi dan rasul yang wajib diketahui dengan Nabi Muhammad SAW sebagai nabi yang terakhir untuk seluruh umat spanjang masa, yaitu :
1.    Adam AS.
2.    Idris AS.
3.    Nuh AS.
4.    Hud AS.
5.    Soleh AS.
6.    Ibrahim AS.
7.    Luth AS.
8.    Ismail AS.
9.    Ishak AS.
10.    Yakub AS.
11.    Yusuf AS.
12.    Ayub AS.
13.    Sueb AS.
14.    Musa AS.
15.    Harun AS.
16.    Zulkifli AS.
17.    Daud AS.
18.    Sulaiman AS.
19.    Ilyas AS.
20.    Ilyasa AS.
21.    Yunus AS.
22.    Zakaria AS.
23.    Yahya AS.
24.    Isa AS.
25.    Muhammad SAW.

Nabi yang mendapat julukan Ulul Azmi atau nabi/rasul yang memiliki ketabahan yang luar biasa dalam menjalankan kenabiannya :
1.    Nuh AS.
2.    Ibrahim AS.
3.    Musa AS.
4.    Isa AS.
5.    Muhammad SAW.

Friday, June 3, 2011

Ingatkah kita?

BismillahirRahmanirRahim

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Pahamkah kita dengan makna Al-Fatihah setiap kali membaca semasa solat 5 kali sehari semalam? Semasa bacaan doa sebelum start majlis dan semasa menghadiahkan kepada si mati yang telah lama pergi meninggalkan alam dunia ini?


Sekadar sharing sesama kita dan blogger2 yang singgah di blog nih. Mari start baca surah Al Fatihah sambil menghayati bait2 makna dibawah;

[1] Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[2] Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
[3] Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[4] Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
[5] Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
[6] Tunjukilah kami jalan yang lurus.
[7] Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Google Image

 

P/s: Sekarang dah masuk bulan Rejab, meh kita berpuasa ramai2 menambah amalan yang tak seberapa nih.. Smile

Thursday, May 26, 2011

Syahdu

Kawan2, sila tekan button play dan hayati Surah Al Waqiah sambil memahami bait2 makna satu per satu. Sangat merdu bacaan beliau. Syaikh Sudais reciting Surat Al-Waqiah (The Event – Kiamat) ~

    Pedihnya Neraka & Nikmatnya Syurga.

  1. Dalam ayat tu terangkan ada tiga golongan pada hari kiamat.
    1) Golongan akan masuk Syurga - golongan Nabi2x dan Rasul2x serta umat Nabi Muhammad S.A.W
    2) Golongan Kanan - golongan orang yang berat amalan kanan nya
    3) Golongan Kiri - golongan kafir dan golongan orang yang banyak melakukan kejahatan serta tidak percayakan hari kiamat.

.

Sila klik sini untuk membaca translation bahasa [click]

Furthermore, sila baca riwayat2 dibawah;

  Surah al-Waqiah adalah surah kekayaan. Hendaklah kamu membacanya dan ajarkanlah ia kepada anak-anak kamu.” (Riwayat Ibn Mardawaih daripada Anas: Kasyf al-Khafa’).


    Sesiapa yang membaca surah al-Waqiah pada setiap malam ia tidak akan ditimpa kefakiran.” (Riwayat daripada Ibn Mas‘ud: al-Azkar, al-Jami al-Soghir).


    Ajarkanlah surah Al-Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)

P/s: Tolong ingatkan aku jika aku lalai~ Hati ini memang setiap saat dan waktu boley saja berubah, kerana memang sifat hati yang mudah untuk membolak-balik.  Maka mari kita berdoa kepadanya agar diteguhkan hati kita kepada kebenaran dan kepada agama :

Ya muqollibul qulub tsabbit qolbi 'ala dinika~

[“Wahai dzat yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku atas agama-Mu dan atas ketaatan kepada-Mu”.]

Thursday, February 25, 2010

Follow tak Sunnah Nabi?

Bismillahirahmanirrahim and a very good day fellow readers!

Do we really follow??

Dah makin besar panjang, makin kurang amalan-amalan ikutan Rasul junjungan aku amik ringan. Terutamanya puasa sunat hari Isnin & Khamis. Apatah lagi solat sunat Dhuha dan Subuh berjemaah~

Ya Allah, bantulah hambaMu ini supaya rajin beribadah kepadaMu~ Amin

Tadi mase otw dalam LRT mase balik keje, terkumat-kamit aku nyanyi lagu-lagu nasyid yang bertemakan Selawat ke atas Rasul junjungan..seram sejuk jer aku rasa sebab tak dapat aku bayangkan betapa jauh beza peribadiku dengan peribadi Rasulullah s.a.w.

Semperna Maulidur Rasul esok, sama-sama kita muhasabah diri dan melipatgandakan berselawat keatas Nabi junjungan kita.

P/s: Sok ade perarakan kat kampung, maka aku akan bertolak balik kampung sekejup lagi~ homesick daa~

Tuesday, November 3, 2009

List item yang kene serah kat Pejabat Agama

Bismillahirahmanirahim & A very good day to bloggers~

D80-Akad-Taman Nilam 051Nih adalah info untuk semua remaja/retua yang akan mendirikan rumah tangga.. tapi rumah teres pon ok gak. Janji kene akad nikah dolu~

  1. Borang AM 1 & Borang AM 2 [tak sure plak apekah borang nih??]
  2. Salinan Kad Pengenalan
  3. Salinan Kad Pengenalan saksi 2 orang
  4. Salinan dan original Sijil Asal Kursus Kahwin
  5. Ujian saringan HIV

NIh plak list soklan2 yang akan ditanya oleh Tuan Imam mase nak amik borang nikah, so better faham n yang penting hapal~ hoho.. Sekarang dah ada Google, apa lagik, taip & tekan search jahh~ =)

  • Istighfar
  • Mengucap
  • Bacaan al-Fatihah
  • Bacaan Tahiyat
  • Niat mandi wajib
  • Doa Qunut ( panjang dan pendek ..hehe)
  • Rukun Iman
  • Rukun Islam
  • Rukun Solat
  • Fardhu Wuduk
  • Rukun Nikah
  • Tanggungjawab suami
  • Pelan tindakan kalo ada masalah keluarga~ (sort of Emergency Response Plan)
  • Apa itu Haid?
  • Apa kan tempoh maximum n minimum haid?
  • Pantang larang semasa Haid
  • Talak
  • Edah?

Diharapkan blogger-blogger budiman dapat kasi tips kat commenter box untuk tatapan bersama~ If ade kekurangan dalam list kat atas, sila tokok tambah yer~ Thanks~!

Wednesday, October 14, 2009

SOLUSI

Bismillahirahmanirahim & A very good day to bloggers~

Mase bulan puasa yang lepas, aku ade attend Majlis Berbuka Puasa PETRONAS kat KLCC tuh. Petang tuh ade Ustaz Zahazan yang fofular kt TV3 tuh. He did mentioned to find/buy/ask around about this magazine – SOLUSI. Sumpah best~! Harga pon berpatutan RM9 jer tapi content dia sangat2 bagus. Sesuai dengan dunia kontemporari sekarang~

Topik-topik dan gambarajah dalam magazine nih sangat eye-catchy! Sangat berilmiah! So, amatlah disuggest korang beli buku nih buat bahan rujukan dan bahan bacaan dimasa-masa terluang~

Mari beli Majalah SOLUSI~!!

c902-sepoct09 (253)

P/s: Majalah nih aku beli 2 kali sebabnya adik pompuan aku kebas mase kitaorang hantar die kat stesen bas mse nak balik KL lepas raya  ari tuh~ Tapi ok gak, sebab content dia sangat-sangat berfaaedah~

Saturday, September 12, 2009

Majlis Berbuka Puasa PETRONAS 2009

Bismillahirahmanirahim & A very good day to bloggers~

On the 090909, PETRONAS held Majlis Berbuka Puasa at Surau Al Muhsinin. Neh pertama kali aku join sebab last year aku berbuka kat hotel Maya sebab aku join workpack challenge session with contractor kat sana. This time around, takdo plak invitation, so dapat lah join majlis berbuka neh.

Lepas ofis hour, lepak jer kat opis sampi kol 6. Then turun ke surau untuk dengar kuliah dari Ustaz Zahazan yang selalu ada kat TV3 tuh bersama-sama Cik Ku and Azman. Aku tertunggu-tunggu nak dengar bacaan al-Quran oleh adik Mohammad TV9 tuh..tapi takdo pon.Mebe kalo aku turun awal dapat dengar kot~

Extract sket isi kuliah hari tuh;

  • Kena banyak beristigfar dan berzikir last 10 days ramadhan
  • Doa banyak n seikhlas mungkin sebab Allah akan makbul
  • Perbanyakkan amalan sunat + tahajud + solat2 sunat yang laen
  • Kepada yang dah kahwin, ikat kuat-kuat kaen anda~
  • Mungkin ini adalah Ramadhan terakhir kita, so kena  bersungguh-sungguh
  • Orang yang buat tahajud akan disenangi ramai orang – muka berseri-seri~

Aku sempat bersalam dengan orang penting PETRONAS – Tan Sri Dato Sri Mohd Hassan Merican, CEO selepas solat maghrib. Juadah yang dihidangkan pon sangat menyelerakan oleh Felda D’ Saji. Lepas solat isya’ sambung plak dengan solat sunat Tarawikh beramai-ramai. Sampi umah kol 10malam.

Bunting~

Felda pon ada katering dah

Lauk Pauk

 Dah abes makan Bersama ex-Saina n ex-UTP si Paksu

 Tarawikh plak..

P/s: Hari nih nak g cari masakan ala-ala Thailand kt …….~ hehe..Jejomss

P/s: Tinggi-tinggi Gunung Kinabalu, Tinggi lagi sayang sama kamooo~ =)

Wednesday, June 24, 2009

Selamat Berpuasa

Bismillahirahmanirrahim and a very good day fellow readers!

Hari nih dah masuk 1 Rejab and I believe ramai yang berpuasa sunat hari nih untuk ambil keberkatan Bulan Rejab. Semenjak dari kecil lagi, aku dah dilatih untuk puasa di Bulan Rejab bersama family. Memang best sebab dapat rasa macam bulan posa. Nak nak plak masa berbuka. Memang terasa la sangat best~!!

So, ramai2 kita berpuasa pada Bulan nih untuk preparation puasa di Bulan Ramadhan supaya fizikal dan rohani bersiap siaga menempuh bulan puasa beberapa bulan lagik.

puasa

Thursday, April 2, 2009

Apa nak jawab eh? [updated]

Bismillahirahmanirrahim and a very good day fellow readers!

kubur

Thing to ponder for a while.

Korang pernah dengar tak statement nih :

“Jangan jaga tepi kaen orang, nanti mati kubur laen-laen”

“ Blah la ko, tak de kene mengena ngn ko, nanti masing2 kubur laen2”

Apa jawapan terbaek nak reply. Most of this statement slalu kuar dari orng yang fofular...

JAWAPAN:

Ok then, kalo ko MATI nanti, aku nk tengok ko tanamkan mayat ko sendirik. Kata KUBUR masing2, aku pon takmo amik port.Dah kubur ko, pandai2 la gali & tanam sendirik!!! Boley???

Thursday, April 17, 2008

4 Golongan Lelaki yang Ditarik Wanita ke Neraka


*illustration purpose only*

Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan ahli (keluarga) mu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu;…— Q.S. At-Tahrim (66 : 5)

Betapa hebatnya daya pikat dan tarikan wanita, bukan saja di dunia. Namun di akhirat pun demikian, maka kaum lelaki yang bergelar ayah, suami, abang, atau anak harus memainkan peranan mereka dengan sungguh-sungguh. Seorang wanita itu apabila di yaumil alkhirat nanti akan menarik empat golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka. Tulisan ini bukan untuk merendahkan wanita, tetapi sebaliknya supaya kaum lelaki memainkan peranannya sesuai hak dan seksama, serta berwaspada akan tanggung jawab yang dipikul di dunia!

Ayahnya
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar sholat, mengaji, dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup hanya memberi kemewahan dunia saja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

Suaminya
Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di luar rumah,menghias diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan muhrim. Apabila suami berdiam diri walaupun dia seorang alim, misalkan sholat tidak lalai, puasa tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya kelak.

Abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggung jawab menjaga wanita jatuh ke pundak abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya saja, sementara adik perempuannya dibiarkan melenceng dari ajaran Islam, tunggulah tarikan sang adik wanita di akhirat nanti.

Anak lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati ibu perihal tindak-tanduk yang menyimpang dari Islam. Bila ibu membuat kemungkaran pengumpat, bergunjing, dan lain sebagainya maka anak lelaki itu akan ikut di tanya serta diminta pertangungjawabannya di akhirat kelak.