Friday, December 26, 2008

Tsunami

Bismillahirahmanirrahim and a very good day fellow readers!

Tanggal 26 December 2008, genaplah ulangtahun ke 4 tragedi menyayat hati buat seluruh dunia. Aku ade pegi melihat tapak kejadian di Kampung Tepi Sungai Kuala Muda, Kedah. Memang dasyat. Sunnguh. Seperti yang di hantar melalui email2 forward satu ketika dulu. Kereta, rumah, harta benda sumer lebur. Bot-bot nelayan habis terhumban ke dalam hutan nipah. Ikan-ikan bertaburan di atas darat. Selut lumpur apatah lagi. Abes terpalit di kenderaan yang pegi menyaksikan tragedi tsunami.

Jalan raya yang menghubungkan Sungai Petani - Kuala Muda penuh sesak. Bunyi ambulance yang membawa penduduk yang cedera juga bertali arus saban hari sehingga seminggu lamanya. Kenderaan CNN, Tv3 & RTM juga kelihatan. Saat itu memang getir.

Tapi... aku masih tidak memiliki camera pada waktu itu. Gambar2 kejadian hanya dirakam didalam minda. Kesal. Tahun ini juga, Malaysia digemparkan dengan kejadian Tanah runtuh; used to be my Final Year Project at UTP last 6 month. Bukit Antarabangsa yang gah dengan banglo ranap ternoda oleh kerakusan manusia yang mempunyai citarasa tinggi membina kediaman diatasnya. Still, salah manusia. Just a nature of world to react toward human being

Al-Fatihah kepada mangsa2 tsunami yang berjumlah hampir 230,000 orang di Acheh sahaja. Semoga roh2 orang yang beriman ditempatkan di kalangan orang yang dirahmati Nya. Tak lupa juga arwah2 mangsa terkorban dalam kejadian tanah runtuh.


Schematic picture of Tsunami

Padang Jarak Padang Terkukur

Note kaki: Aku amik gambo2 kat atas kt internet.hehe

2 comments:

  1. ammvoiii, terer sungguh kamu amik gambo2 kat internet erkk.. salammm abang hafizd ittewww

    ReplyDelete
  2. en_me:

    hehe..amik kt google image jek..senang je =p salam gak~

    ReplyDelete

Please leave your comment here =)