Saturday, November 26, 2011

Selamat Tahun Baru 1433H

Salam sejahtera buat semua. Salam Maal Hijrah 1433 dari 200km luar persisir pantai Bintulu. Tadi sesudah jamak solat asar, aku sempat bukak laptop sebab nak baca Doa Akhir Tahun Hijrah dan dek kerana font nye tak berapa nak clear, so aku teruslah membaca version Melayu yang lebih mendalam maksudnya. Selama aku hidup sampi hari ini, baru aku tahu maksud sebenar Doa Akhir dan Awal Tahun Hijrah tuh. Terima Kasih ya Allah keranan memberi aku peluang memahami maksud disebalik doa-doa Mu.

Terus aku summarize dah paste di FB seperti yang kalian dapat lihat di printscreen dibawah.

image

The more importance thing is aku edit sedikit doa awal tahun itu dengan memohon Allah akhiri zaman solo ku secepat mungkin dengan gadis yang berjaya bertakhta dihati ini.Ku titipkan juga bait2 dibawah ini agar dipermudahkan urusanku dengan nya dan diikatkan/disatukaan hati kami berdua diatas kalimah agung – Kerana Allah Taala~ InsyaAllah.

Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku, tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan

Ya Allah, ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu

Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai

Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segala.

p/s: Kalian tolong doakan juga yer untuk saya. Hanya Allah lah bakal membalas jasa baek kalian.

Friday, November 25, 2011

Korean Drama~

Salam sejahtera semua. Saya sudah dapat ubat kepada penyakit malas~ haha..ade dalam koleksi soal jawab ustaz Idrus kat fesbuk tuh. Kalo rasa malas nak buat sesuatu, i.e semayang/baca Quran etc.. ubatnya terus buat apa yang dirasakan malas tuh masa tengah pikir malas tuh. Bangun dan terus amik wudhu dan solat. hehe..Sekian takzkirah untuk hari neh.

Berbalik kepada print screen dibawah neh, cube teka apakah ia? hehe.. Ok, jawapannya ialah koleksi Korean Drama yang aku sempat amik dari  Nina Yakuza. Tuh pon baru 30% asenye..ada lagik tapi sebab aku nk gih offshore, so bley layan dalam ERL/Flight/Boat.. Plus kalo ade Galaxy Tab 10.1 lagi la best. haha

image

Dalam banyak2 citer neh, sumer akan aku compare dengan citer My Girl and Full House~ Sebab 2 citer neh lah yang menjerat aku. hoho.. till then, bubbye..

P/s: Sekejup jer kan tahun 2011 berlalu pergi.. now dah end of November~ huhu… umur makin bertambah, amalan bagaimana?

Tuesday, November 22, 2011

Bersarang burung

As-salam dan selamat sejahtera pembaca blog budiman sekalian.

First of all, congrats to Harimau Malaya last night. Seriously it was a good game even though macam saket jantung dibuatnya. Whatever it is, terima kaseh jugak kepada peminat2 bola sepak Malaysia yang mendoakan kejayaan pasukan kebangsaan kita semalam. Can’t wait for the next game!

Aku rasa korang pon perasan yang blog neh macam agak suram. Frankly speaking, yes mmg suram sebab dah tak macam dulu. Niat memang ade nak keep it updated as frequent as I could, but BB tak leh nk letak tagging and arrange layout picture kalo upload via BB. I need Galaxy Tab10.1 soon! haha

Well, last week was awesome sebab dapat jalan2 Borneo dengan senior office and junior UTP kat SBO tuh.

KK_20112011 082

From snorkerling, round2 Borneo, Sunset, Swimming di pantai putih air jernih, Sampi dan bermalam di kaki Gunung Kinabalu, Tido dirumah Panjang, Sampi di Tip of Borneo dan Shopping di Pasar Tamu Kota Belud. Sumpah! Sangat2 menarek! Terlupa sebentar hal2 office yang serabut.

The best moment is lepak malam atas buaian tali sambil hirup udara segar dari pantai mengikut alunanan desir pantai tuh. Tersangat lah damai! Alhadulillah, nikmat dunia~

Well, I shall come back again and at the same time try to explore new plan to visit Sabah and some other place in Malaysia! Superbly, you need a person with great PR to enjoy the best rates during vacation! Smile

Friday, November 11, 2011

Awan Daniel & Awan Dania~

Salam 11-11-2011,

 

Saya dah adopt new pet last 2 week. I bought it with full package with the best price offered by the pet shop near Nasik Ulam Restaurant, Wangsamaju. They are Awans – Awan Daniel & Awan Dania. Both of them make me remember of our late Awan that passed away killed by probably by Dog or Cat at my hometown.

 

11112011 051

11112011 056

 

Therefore, this time around I’ll take care of this Awans and make sure them live happily ever after.

Tuesday, October 18, 2011

Hanya PadaMu

Bismillahirahmanirrahim and a very good day fellow readers!

Guys, this is the caption that I've posted in fb last week. After did some research, rupanya ramai penyanyi nasyid menyanyikan semula nasyid nih.

Kalo dengar dengan penuh kusyuk bait2 lirik dia, sangat terkesan di hati. Boley jugak dijadikan pembasah lidah dengan berzikir sebab dalam lirik dia dok ulang2 nama Allah.

Semoga semua beroleh berkat dalam kehidupan harian.


Hanya Pada-Mu

Album : Tafakur

Munsyid : Zikraa

http://liriknasyid.com



Allahu Allah ampunilah kami

Pimpinlah kami ke jalan yang Engkau redhai

Hamba yang lemah dengan dunia

Kurniakanlah taufiq hidayah menghadapinya


Hanya pada-Mu kami serahkan

Tiap sesuatu Tuhan kuasa menentukan

Dengan ucapan Alhamdulillah

Kami bersyukur kerana beriman

Kehidupan ini penuh ujian

Nikmat dunia yang mengasyikkan melalaikan

Selamatkanlah agama kami

Peliharalah amalan kami iman kami

Dari duniawi

Allahu Allah


Lagu : Kamal Halim

Lirik : Kamal Halim

Solo : Hairul Anwar Ali

Hakcipta : Marzuq Prod.

Sunday, October 16, 2011

Nama Nama Allah~

Bismillahirahmanirrahim and a very good day fellow readers!

Tengah serabut nie biasalah dok google/youtube zikir2 dan nasyid2 best, tup tup jumpa Nasyid Nama Nama Allah yang ade translation nih. Rasenye dari Kumpulan Mawaddah lah. FYI, this group mmg ade dlm playlist mp3 bila aku bawak kete either gih Bangi or balik kampung~

Suka untuk saya bagitau kat sini bahawa this is one of my option to ensure my little heart and ear is feeded with zikrullah and nasyid2 yang memuji Allah untuk memberatkan amalan di sebelah kanan, InsyaAllah.

Semoga kita sama-sama membesar didalam rahmat ilahi. Setiap apa yang terjadi itu adalah rancanganNya.

Thursday, September 29, 2011

Bersediakah?

Gamba hiasan 

Kebiasaan masyarakat kita apabila disebut persediaan menjadi suami, mereka menyangka ia adalah memiliki sijil pengajian tinggi, paling kurang diploma. Telah memiliki kerjaya dengan gaji bulanan minima RM2500, diikuti dengan sebuah rumah dan kereta.

Tidak ketinggalan, wang tunai berjumlah RM30,000 untuk urusan perkahwinan seperti duit hantaran, dulang-dulang hantaran, cincin dan belanja kenduri kahwin. Jika seorang lelaki belum memiliki semua ini, dia belum layak untuk bergelar suami.

This is so TRUE! Ini adalah persoalan2 yang bermain diminda anak teruna sekarang, tapi jika berlandaskan pendekatan Islam, ia mestilah mengikuti piawai kualiti seperti dibawah.

1) KEPIMPINAN

Persediaan terpenting ialah bakal suami perlu mengetahui bahawa dia memiliki tanggungjawab sebagai pemimpin ke atas keluarganya.

2) KETEGASAN

Lanjutan dari ciri seorang pemimpin, bakal suami hendaklah tegas dalam membimbing isteri. Kelak apabila dianugerahkan cahaya mata, suami juga hendaklah tegas dalam membimbing anak-anak.

3) PEMELIHARA DARI API NERAKA

Suami merupakan pemelihara agar ahli keluarga tidak masuk ke dalam api neraka.

4) MEMBERI NAFKAH

Termasuk persediaan menjadi suami ialah kesedaran bahawa anda merupakan sumber kewangan rumahtangga. Justeru anda bertanggungjawab menyediakan nafkah tempat tinggal, keperluan asas dalam tempat tinggal, pakaian, makanan dan minuman kepada ahli keluarganya. Anda juga bertanggungjawab ke atas kesihatan dan perubatan ahli keluarga seandainya mereka jatuh sakit.

Demikianlah beberapa kualiti yang perlu ada pada seorang lelaki untuk dia menjadi seorang suami. Perhatikan bahawa kualiti-kualiti ini tidak ada ukuran minimum dan maksimum atau batasan tertentu bagi menentukan layak atau tidak.

Ia adalah kualiti yang nilainya relatif, ia akan bertambah apabila anda berusaha untuk memperbaikinya dan akan berkurang apabila anda mengabaikannya. Justeru, lelaki yang sudah bersedia menjadi suami ialah lelaki yang mengetahui kualiti-kualiti ini, memilikinya dan berazam untuk terus memperbaikinya.

P/s: Bersediakah aku?

P/s/s: Selamat Tinggal Syawal Alhamdulillah, dapat habeskan puasa sunat 6. Semoga diterima-Nya. Amin

[source]

Monday, September 26, 2011

Selamat Ulang Tahun Kelahiran~

Prayer

Ulangtahun kelahiran merupakan tanda dekatnya aku kepada kematian.. hampirnya aku ke dunia yang bukan bangkai~ bila tiba hari kelahiran, aku cuba menjadikan detik itu sebagai permulaan detik baru hidupku.. namun, aku manusia yang sering gagal menjadikan aku manusia yang bersyukur di sisi-Nya.. waktu itu tiba mengingatkan aku supaya berterima kasih kepada ibu yang melahirkan.. bersyukur kepada Tuhan yang memberi peluang aku ke dunia.. walaupun aku masih tidak tahu takdir hujungku seperti apa.. setiap tahun aku mengharapkan tahun yang lebih baik dari tahun2 yang lepas, namun acapkali aku tersasar dari matlamat..dan kadangkala, tahun itu akan menjadi tahun yang terburuk buatku.. ada waktu, rasa suka hadir kerana umur sudah bertambah.. tapi ada waktu rasa takut kerana kematian semakin dekat.. sesungguhnya aku masih jauh dari amal~ [source]

Terima kasih semua atas ucapan hari lahir yang diucapkan.

Friday, September 23, 2011

Tahukah kita?

D80-RayaAidilfitri2011 407

Salam hari Jumaat semua. Apa perkhabaran hari ini? Ramadhan dah berlalu meninggalkan kita semua, sekarang hanya ada puasa 6 dan puasa sunat Isnin & Khamis sebagai penganti before kita dapat bertemu semula dengan Ramadhan tahun hadapan. Just knowledge sharing sebab kat dalam TV free dan berbayar takde siarkan iklan selingan Rukun Islam, Rukun Iman ataupon Nama Nama Nabi. Come on, you have the power in your hand, you have the media. Take this opportunity to make sure 1Malaysia know the Islam~ Harap2 berat la timbangan sebelah kanan nnti di sana~ ye tak?

Rukun Islam ada lima (5) perkara :

(1) Mengucap dua kalimah syahadat
(2) Sembahyang lima waktu
(3) Berpuasa sebulan dalam bulan Ramadhan
(4) Menunaikan haji ke Baitullah (Mekah)
(5) Menunaikan zakat

Rukun Iman ada enam (6) perkara :

(1) Beriman kepada ALLAH SWT
(2) Beriman kepada Malaikat-malaikat
(3) Beriman kepada Kitab-kitab
(4) Beriman kepada Rasul-rasul
(5) Beriman kepada Hari Kiamat
(6) Beriman kepada Qada dan Qadar

Dalam agama islam terdapat 25 nabi dan rasul yang wajib diketahui dengan Nabi Muhammad SAW sebagai nabi yang terakhir untuk seluruh umat spanjang masa, yaitu :
1.    Adam AS.
2.    Idris AS.
3.    Nuh AS.
4.    Hud AS.
5.    Soleh AS.
6.    Ibrahim AS.
7.    Luth AS.
8.    Ismail AS.
9.    Ishak AS.
10.    Yakub AS.
11.    Yusuf AS.
12.    Ayub AS.
13.    Sueb AS.
14.    Musa AS.
15.    Harun AS.
16.    Zulkifli AS.
17.    Daud AS.
18.    Sulaiman AS.
19.    Ilyas AS.
20.    Ilyasa AS.
21.    Yunus AS.
22.    Zakaria AS.
23.    Yahya AS.
24.    Isa AS.
25.    Muhammad SAW.

Nabi yang mendapat julukan Ulul Azmi atau nabi/rasul yang memiliki ketabahan yang luar biasa dalam menjalankan kenabiannya :
1.    Nuh AS.
2.    Ibrahim AS.
3.    Musa AS.
4.    Isa AS.
5.    Muhammad SAW.