Ulangtahun kelahiran merupakan tanda dekatnya aku kepada kematian.. hampirnya aku ke dunia yang bukan bangkai~ bila tiba hari kelahiran, aku cuba menjadikan detik itu sebagai permulaan detik baru hidupku.. namun, aku manusia yang sering gagal menjadikan aku manusia yang bersyukur di sisi-Nya.. waktu itu tiba mengingatkan aku supaya berterima kasih kepada ibu yang melahirkan.. bersyukur kepada Tuhan yang memberi peluang aku ke dunia.. walaupun aku masih tidak tahu takdir hujungku seperti apa.. setiap tahun aku mengharapkan tahun yang lebih baik dari tahun2 yang lepas, namun acapkali aku tersasar dari matlamat..dan kadangkala, tahun itu akan menjadi tahun yang terburuk buatku.. ada waktu, rasa suka hadir kerana umur sudah bertambah.. tapi ada waktu rasa takut kerana kematian semakin dekat.. sesungguhnya aku masih jauh dari amal~ [source]
Terima kasih semua atas ucapan hari lahir yang diucapkan.
No comments:
Post a Comment
Please leave your comment here =)