Friday, November 19, 2010

Just my 10 cent thought~

perihal hati susah diduga. ada hari ceria ada hari sedih. whatever it is, hati tetap fragile tak kesah lah lelaki or perempuan. cuma ketabahan yang dapat membuatkan hati kurang fragile. dunia cinta? indah ke? apa yang ada kat dalam dunia tuh? perlu ke rushing? perlu ke secara drastic mengubah dunia yang sedia ada kepada keasyikan dunia cinta? berbalik kepada hati, communication is important. kehendak/kemahuan dari pasangan masing2 perlu diluahkan, bukan sekadar berangan2 seperti adanya prince/princess idaman akan muncul dan memahami diri seseorng tuh secara total. Matang? sangat perlu. Tak kesah lah dari segi mental fizikal dan cara pergaulan/pertuturan serta the way you dress from head to toe. Try not to hide anything and show your curiosity by commenting the bad and the good thing you feel about your partner. Applicable to everybody ok~ SMS and phone call is one of the importance medium for communication. So don’t bother to text or make a surprise call whenever missing each other. Give and take is great to show your feeling to each other. rite?

Hah..stop berangan!

Monday, November 15, 2010

Hye honeybunch!

Salam sayang,

Ketika entry nih ditaip, saya masih dlm boat ke bintulu port dari Platform yang jauhnya 200km dari pesisir pantai Bintulu. Jarak perjalanan akan memakan masa selama 6 jam dan kadang2 lebey base on weather condition. Mabuk free lar kalau cuaca buruk dan ombak beralun-alun :)


Memandangkan cuaca cerah dan boat dalam keadaan stabil, boleylah layan novel nukilan Fauziah Ashari - sambunagn Ombak Rindu the series~

Kisah cinta Izzah & Hariz yang sgt la best. Ada 3 novel bersmbung2 Ombak Rindu then Cinta Tiada Akhirnya and yang tgh digagahi nak abeskan nih Rindu Cintaku. Kadang2 sangat terkesan dengan watak2 yang ada dalam novel nih. Izzah yang penyabar, lemah lembut, sopan, pandai masak dan sanagat pandai ambil hati Hariz dalam apa jua keadaan.

Watak Hariz pulak yang egois dan mudah marah nih amat bertentangan dengan isterinya si Izzah. Tapi jadi lemah jika menatap wajah isterinya dan hilang segala serabut dikepala apabila mendenar suara isterinya.

Kisah suka duka dalam novel nih sangat best bila ada melibatkan perkampungan yang damai, ombak di pantai dan suasana kota! I like~

Okeh, nak abeskan novel nih sambil dengar mp3 zikir2 Hijjaz/Ustaz Badrulamin nih pon best gak.

P/s: Missing you so much! :)

Thanks,

Hafizd Yahaya

Sent from my BlackBerry® smartphone

Sunday, November 14, 2010

Harapan~

Assalamua’laikum and a very good day to all,

Ku harap hanya keikhlasan
Dan ku rindukan keramahan
Aku inginkan kemesraan
Berkekalan berpanjangan

Mengasihimu, dikasihi
Menyayangimu, disayangi
Merindui dan dirindui
Saling mengerti di hati

DSC03751

P/s: Dear Allah, please unite our heart together~ Amin.

Tuesday, November 9, 2010

Picnic

Salam sejahtera bloggers,

Entry ditulis ketika berada ditengah laut cina selatan. Tetiba rasa rajin nak update blog via bb. Tapi takpa, good effort kan? Kapal tgh goyang teroleng-oleng, tp still tolerable.haha


Kedah.fm sekarang dah jadik mcm addicted plak. Dapat internet jer, terus tekan bookmark kedah fm. Yang selalu siar ucapan kat fb tuh djFaizal! Sebab dia rajin godek fB.

Hmm, tetiba rasa macam nak pegi amik gambar ala-ala picnic kat taman yang menghijau sambil makan sandwich! Hehe..pastuh amik gambaq berdua, eh berdua plak.hehe..

Ada tikar sekeping, bakul picnic, tripod and my baby D80 c/w remote control. Pastu amik gambar banyak2. Tajuk theme dia ' Picnic at Putrajaya'. Best kan?



Thanks,

Hafizd Yahaya

Sent from my BlackBerry® smartphone

Monday, November 8, 2010

Blog entry via BB

Salam sejahtera,

Siapa suka suana kampung? Best kan dapat hirup udara segar tiap2 pagi bangun dari tidor yang nyenyak? Itulah kelebihan kampung, tambah tambah lagi tepi sawah dan gunung ganang.

Perghhh..memang terbaek!


Sent from my BlackBerry® Smartphone

Sunday, November 7, 2010

Hari hari yang berlalu

Assalamua’laikum and a very good day to all,

Hati hati yang merindu
Inginkan belaiannya
Hari hari yang berlalu
Indahnya ku rasakan
Jiwa jiwa (jiwa jiwa)
Ku meronta (ku meronta)
Bila jauh di sisimu (di sisimu)
Berjanjilah kasih
Berjanjilah sayang
Hanyalah aku di hatimu

-Muah - Suzanne Brautigam-

p/s: I like your smile  and please make me feel comfort when i am with you~

Monday, November 1, 2010

Nukilan hati

Assalamua’laikum and a very good day to all,

Dah lama tak menulis blog.Abes berkarat idea  nk tulis. I know it has been a while tak menulis. Sorry kepada pengunjung yang kerapkali melawat blog nih tanpa rasa jemu. Well, actually there are lots of thing to be shared here mostly pictorial entry. But, the connection is suxx here. If outstation pon, blur plak nk menulis. I wish my writing mode is back so that i can write again and again in this blog.

Tadi pegi menonton wayang di Wangsawalk ngn someone special. Kisah sepasang couple yang ditemukan oleh kawan baek masing2 yang dah berkahwin cuba membesarkan anak kecil yang diwasiatkan kepada mereka. It’s was amazing story. Ada part2 yang hampir menitis air mata sebab terkesan dek babak lakonan yang berkisar kehidupan nih. Well, you should go and watch it yourself! Go now! ok

Well, this coming Friday is Deepavali, so happy Deepaavali to those who celebrate it in Malaysia and all around the world~

Let me list down the entry that should  be published after this:

  • My 50mm lense in action!
  • Jakarta Bandung trip~
  • The latest book in my collection!
  • New hobby!
  • New wishlist~

I think enough for this time around coz I don’t want to be burned up with the promised entry~ hehe.. Okay, Gud nite everybody~ It’s  011110 now!

Sunday, October 17, 2010

Hanya Tuhan yang tahu~

Bismillahirahmanirrahim and a very good day fellow readers!

Entry kat dalam CCR platform KAKG-A..tengah tunggu boat untuk balik darat kol 1 pagi nnti..so busan2 layan lagu2 nasyid kt youtube yang tersangat la laju sebab ramai dah tidoq. Bait-bait lirik yang sangat menarik untuk dipahami bersama-sama.. Lepas nih kalo takdo  mood nk hupdate, i’ll promise that this type of entry will be the option..hehe

Hanya Tuhan Yang Tahu

Album : You And I See
Munsyid : Unic
http://liriknasyid.com

Ku pendamkan perasaan ini
Ku rahsiakan rasa hati ini
Melindungkan kasih yang berputik
Tersembunyi di dasar hati
Ku pohonkan petunjuk Ilahi
Hadirkanlah insan yang sejati
Menemani kesepian ini
Mendamaikan sekeping hati
Oh Tuhanku
Berikanlah ketenangan abadi
Untukku menghadapi
Resahnya hati ini mendambakan kasih
Insan yang ku sayang
C/o:
Di hati ini
Hanya Tuhan yang tahu
Di hati ini
Aku rindu padamu
Tulus sanubari
Menantikan hadirmu
Hanyalah kau gadis pilihanku
Kerana batasan adat dan syariat
Menguji kekuatan keteguhan iman
insan yang berkasih

Saturday, August 28, 2010

Maaf jika ku tak sempurna…

Bismillahirahmanirrahim and a very good day fellow readers!

image

Setiap orang ade waktu turun naek...

Ada masa susah, ada masa senang…

Ada masa happy with surrounding…

Ada masa mahu menyendiri…

Ada masa mahu menjadi stranger…

Ada masa  mahu mencari teman berbicara…

Jauh disudut hati nak menyakiti atau disakiti…

Cuma ketidakstabilan hormon barangkali…

Mahu diceritakan tetapi mulut terasa berat…

Yerp, communication is very important…

The most crucial is understanding…

Kadangkala sepatah perkataan yang kasar menjadi penyebab…

Kadangkala lawak yang tak disedari menjadi penyebab…

Kadangkala teguran yang bertalu-talu menjadi penyebab…

Kadangkala janji tidak ditepati menjadi penyebab…

Hati ini mudah terguris…

Hati orang mudah terguris…

Maaf jika ku tidak sempurna…

-salam nuzul al-Quran-

p/s: Sedey bulan posa tahun nih bley dikira berapa kali penuli turun ke masjid berjemaah tarawikh =(

Monday, August 23, 2010

Babies~!!

Bismillahirahmanirrahim and a very good day fellow readers!crazy-baby5

Why people throw their baby away? Lately nih hari2 dengar kesah orang buang baby. Sampi baby omputeh kat atas nih pon tension sebab kawan2 setadika dan sesekolah dengannya tak sempat nk idop. Kejam giler. Dah pandai buat, pandai la jaga. Kalo takmo jaga, pass kat somebody yang buley jaga rather than buang or tinggal kat tempat yang takdo orang~ buduss

Tak dinafikan orang2 yang buang baby nih takot dan mati kutu.Dah ler mengandung smpi 9 bulan cuak giler takot orang perasan, mesti menyumpah2 suh kuar cepat and nk cover perut yang membusong kan? Dah ler buat dosa, pastu tambah lagik dosa. Please lah..Jangan buang!!! Taubat

Ingat mati, ingat sakit
Ingatlah saat kau sulit
Ingat ingat hidup cuman satu kali

Berapa dosa kau buat
Berapa kali maksiat
Ingat ingat sobat ingatlah akhirat

Cepat ucap astafighrullahal’adzim

Maybe gak babies yang di’dumped’ nih hasil dari usaha gigih pasangan/couple yang berjoli pada malam tahun baru a.k.a New year rite? Pastu, lagik dua tiga minggu nak raya, and of course la nak kene balik kampung jumpa parent, then takmo tembelang pecah, terus gugurkan and throw away.

Apa-apa pon government kene giatkan usaha membanteras gejala sosial yang menular kat 1Malaysia nih. Didikan agama JANGAN dipandang remeh. Since kecik2 dah kene terap nilai2 keagamaan yang tinggi tak kira lah di bandar-bandar besar or pekan terpencil. Sekarng nih SOLAT 5 waktu  nampak sangat diamik mudah dan terus lupa.

Dalam movie2 pon tunjuk cerita bangun tido lambat pagi2 dan takde langsung babak2 yang tunjuk pelakon tuh amik berat pasal SOLAT. Betol tak? Mesti yang kata, ala, SOLAT tuh dah macam routine so tak perlu la nk tunjuk dalam script? Any comment?

Ramadhan pon dah nak berlalu pergi, jom lah buat amalan2 berlipat ganda. Tak dapat buat secara fizikal, guna lidah dan jari jemari untuk berzikir banyak2. Selamat berpuasa!