Monday, September 26, 2011

Selamat Ulang Tahun Kelahiran~

Prayer

Ulangtahun kelahiran merupakan tanda dekatnya aku kepada kematian.. hampirnya aku ke dunia yang bukan bangkai~ bila tiba hari kelahiran, aku cuba menjadikan detik itu sebagai permulaan detik baru hidupku.. namun, aku manusia yang sering gagal menjadikan aku manusia yang bersyukur di sisi-Nya.. waktu itu tiba mengingatkan aku supaya berterima kasih kepada ibu yang melahirkan.. bersyukur kepada Tuhan yang memberi peluang aku ke dunia.. walaupun aku masih tidak tahu takdir hujungku seperti apa.. setiap tahun aku mengharapkan tahun yang lebih baik dari tahun2 yang lepas, namun acapkali aku tersasar dari matlamat..dan kadangkala, tahun itu akan menjadi tahun yang terburuk buatku.. ada waktu, rasa suka hadir kerana umur sudah bertambah.. tapi ada waktu rasa takut kerana kematian semakin dekat.. sesungguhnya aku masih jauh dari amal~ [source]

Terima kasih semua atas ucapan hari lahir yang diucapkan.

Friday, September 23, 2011

Tahukah kita?

D80-RayaAidilfitri2011 407

Salam hari Jumaat semua. Apa perkhabaran hari ini? Ramadhan dah berlalu meninggalkan kita semua, sekarang hanya ada puasa 6 dan puasa sunat Isnin & Khamis sebagai penganti before kita dapat bertemu semula dengan Ramadhan tahun hadapan. Just knowledge sharing sebab kat dalam TV free dan berbayar takde siarkan iklan selingan Rukun Islam, Rukun Iman ataupon Nama Nama Nabi. Come on, you have the power in your hand, you have the media. Take this opportunity to make sure 1Malaysia know the Islam~ Harap2 berat la timbangan sebelah kanan nnti di sana~ ye tak?

Rukun Islam ada lima (5) perkara :

(1) Mengucap dua kalimah syahadat
(2) Sembahyang lima waktu
(3) Berpuasa sebulan dalam bulan Ramadhan
(4) Menunaikan haji ke Baitullah (Mekah)
(5) Menunaikan zakat

Rukun Iman ada enam (6) perkara :

(1) Beriman kepada ALLAH SWT
(2) Beriman kepada Malaikat-malaikat
(3) Beriman kepada Kitab-kitab
(4) Beriman kepada Rasul-rasul
(5) Beriman kepada Hari Kiamat
(6) Beriman kepada Qada dan Qadar

Dalam agama islam terdapat 25 nabi dan rasul yang wajib diketahui dengan Nabi Muhammad SAW sebagai nabi yang terakhir untuk seluruh umat spanjang masa, yaitu :
1.    Adam AS.
2.    Idris AS.
3.    Nuh AS.
4.    Hud AS.
5.    Soleh AS.
6.    Ibrahim AS.
7.    Luth AS.
8.    Ismail AS.
9.    Ishak AS.
10.    Yakub AS.
11.    Yusuf AS.
12.    Ayub AS.
13.    Sueb AS.
14.    Musa AS.
15.    Harun AS.
16.    Zulkifli AS.
17.    Daud AS.
18.    Sulaiman AS.
19.    Ilyas AS.
20.    Ilyasa AS.
21.    Yunus AS.
22.    Zakaria AS.
23.    Yahya AS.
24.    Isa AS.
25.    Muhammad SAW.

Nabi yang mendapat julukan Ulul Azmi atau nabi/rasul yang memiliki ketabahan yang luar biasa dalam menjalankan kenabiannya :
1.    Nuh AS.
2.    Ibrahim AS.
3.    Musa AS.
4.    Isa AS.
5.    Muhammad SAW.

Wednesday, August 17, 2011

Sembahyang vs Puasa

Salam Ramadhan semua. Dal lebih dari separuh bulan Ramadhan yang mulia kita lalui.Kalau tak terbangun sahur pon dah takde masalah kan? Alah bisa, tengal biasa. Semoga amal ibadat kita diterima dan diredhai Allah swt.

Just nak share survey terhadap Solat 5 waktu dan Puasa Ramadhan terhadap young Muslim at Malaysia. Wow! Take a look at the result below. According to the survey “Values, Dreams, Ideals: Muslim Youth in South-East Asia”, 92% of young Malaysian Muslims aged 15 to 25 surveyed.

n_practice

Sembahyang adalah tiang agama tapi hanya 28.7% yang buat. Puasa Ramadhan plak dapat ranking B3 sebab mesti ramai yang nk berpuasa sebab malu kalo dapat tangkap.

Sapa yang patut dipersalahkan? Apa yang patut kita buat? Perbincangan Meja Bulat? Well, jangan ISLAM hanya tinggal pada IC sahaja.

Fikir2kan lah~

Monday, August 1, 2011

Happy Anniversary!

Salam Ramadhan everybody!

Today is 1st day in Ramadhan and today is 1st August 2011. It has been 3 years I am working with this company. Yet, still lot to grab and learn. Well, basically my whole work and life balance depend at offshore since the most critical work is there unless I am attached to onshore plant.

 

Guess what?

 

All this while, I am missing my family at hometown so much. Normally after getting back from offshore, straight away will go back. But since the missing-baby-Whitty incident, it jeopardize my travelling. Semoga pencurik itu mendapat pentunjuk dan hidayah dari Ilahi.

 

Well, all the best dalam melalui bulan Ramadhan yang mulia ini. Kalo tak mampu baca Al-Quran, maenkan bacaan2 di Laptop/mp3 pon sudah berbaloi sebab hati-hati kita akan menjadi tenang. Biar sedikit amalan, tapi berterusan Smile 

p/s: Missing my old friend so much sampai terbawak dalam mimpi. InsyaAllah, everything going to be ok cuma waktu akan menentukan. Selamat Berpuasa!

Tuesday, July 26, 2011

New Life, New Hope; Ramadhan Karim

Salam sejahtera bloggers, apa perkhabaran disana? Lately nih dah kurang dok bloghopping w/pon teringin sangat2 nak kembali ke alam blog. Alhamdulillah, kawan2 blog masih ada dan ada yang active berblog lagik. Keep it up guys!

Tinggal beberapa hari saja lagik kita akan melangkah masuk ke bulan Ramadhan. Sempat ke berpuasa sunat bulan nih? Masih ada kesempatan nk berpuasa hari Isnin dan Khamis nih, jum beramai2..InsyaAllah, ibadat kalo sikit, tapi dibuat secara konsisten, sangat memberi manfaat.

InsyaAllah, dengan kehadiran Ramadhan kali nih, mari lah sama-sama memohon keampunan dan kemaafan supaya kita dapat beramal dalam keredhaanNya.

 

hi

Sunday, July 10, 2011

Dibuai Ombak~

Safely arrive at kapal KPV |Redang 200km dari Bintulu pantai kol 2.30pagi tadik...pening den sb lama tak duduk,makan n tido atas kapal...huhu...cuaca baek..chantek...tp aku abeskan 60% of masa aku tidoq dibuai2 ombak..haha..mentang2 la dpt bilik bos.. so sumer lengkap..ada tv, ada bilik air sndirik..nasib baek makan aku tak suh order anto bilik...
 
argh..sok kene bangun awal sb nk kene bagi speech..haiiihhh... 6am-6pm...paling benci sebab VSAT belom psang lagik..so phone n internet still xse smooth kt platform yg previosly aku gih.. skng nih platform kecik, so tak leh tido atas platform..kene tido atas kapal yg tampung 200pax..
 
adioaa amigos...will update soon.

Thank you very much.

Rgds,

Mohd Hafizd Yahaya,
HUC Kumang Cluster Dev. Project
Sent from my PlayBook for Blackberry © 2011 


Thursday, July 7, 2011

Luahan hati~

Salam blog dimalam Jumaat,

Tengah streaming radio Kedah.Fm tadi tiba2 ada plak lagu nih. Sedap jugak lah bait2 lirik dia. hehe..Hanyut la jugak. Best! Wajib dengar~

Lagu best~

Esok akan berangkat ke Bintulu lagi for a week outstation~ So, selamat tinggal KL~ tak sempat nak beramah mesra lagik sebab last weekend kat Labuan~ Hectic! but I like~ Keep me busy like a bee.

Bulan posa lagi sebulan lagik, dah beli baju raye ke? hehe.. eh, dah abes ganti puasa ke? Tak sangka dah nak kembali berpuasa..InsyaAllah, tahun nih nak menyambut Ramadhan secara total + produktif. Amin..Anda bagaimana?

Monday, July 4, 2011

Travelling

Selamat malam kawan2 bloggers. Ok, mari curik masa sket update blog yang bersawang labah nih. Lately banyak plak spam kat comment box entry kat blog nih. Konon2 nya die baca and post comment. Very FUNNY ok! Computer yang scan and put a comment based on content kat dalam entry tuh, walhal dia tak tahu hujung pangkal pon. Just imagine lah kan.. Otak manusia ciptaan Tuhan tuh much much better than machine.

Btw, terlanjur dah membaca Akhbar Harian Metro tadik, secara tak sengaja terclick la plak ikan FireFly kat banner atas tuh sebab tulis iklan Koh Sa Mui! haha.. Memang hajat hati nak melancong since tahun neh belom pegi mana2 lagik. Korea trip terpaksa ditunda sebab tied up with current work load yang sometimes rasa too much. Tapi apakan daya, itulah sumber rezeki asas dan juga tambahan.

Satu lagik, gambar pesawat ringan milik MASWing nih sempat aku snap masa otw balik ke KLiA semasa transit dari LABUAN ke Kota Kinabalu. Lepas nih ada possibility aku re-route ke sini untuk berjalan-jalan di KK if flight fully booked. Smile

MASWing

Yang sebenarnya nak citer pasal FireFly offer nih. Sangat lah menggamit jiwa dan perasaan. Rasa mahu terbang dan relax jer dari KL nih. If possible tour in group yang dapat best price so that boley hangkut satu family gi bercuti, kan? InsyaAllah, ada masa dan rezeki lebih, akan kutunaikan impian ku yang satu nih. Cuti Cuti dalam Malaysia pon not bad terutamanya sebelah Sabah dan Pulau-Pulau di Pesisir Pantai Malaysia nan Indah nih.

Jom holiday!

Thursday, June 23, 2011

Nasi Ayam terPenyek!

Salam semua..

Terbiar lagi blog nih tanpa update. Serius rasa rugi sangat kalo tak update blog, tp apakan daya..alasan yang sama jer..

Nak tulis blog bukan mudah, kene ada mood nk tulis. Kalo dibaca semula catitan-catitan terdahulu di blog neh, terasa macam tak percaya plak. Gaya bahasa dan olahan cerita tuh macam orang laen yang tulis.

Berbalik kepada tajuk Ayam Penyek, penahkah anda makan Nasik Ayam Penyek? Sedapkah? And kat mana anda menjumpainya? Cercite cercite...

Last week, my friend ask me out after a year haven been outing together. We went for Nasi Ayam Penyek at Bangi. The taste was superb coz I am very hungry! Hehe.. I ate 2 plate of Pece Lele of 'Ikan Keli'

You should try it! It was awsome...

Thanks and best regards,

Mohd Hafizd Yahaya


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, June 3, 2011

Ingatkah kita?

BismillahirRahmanirRahim

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Pahamkah kita dengan makna Al-Fatihah setiap kali membaca semasa solat 5 kali sehari semalam? Semasa bacaan doa sebelum start majlis dan semasa menghadiahkan kepada si mati yang telah lama pergi meninggalkan alam dunia ini?


Sekadar sharing sesama kita dan blogger2 yang singgah di blog nih. Mari start baca surah Al Fatihah sambil menghayati bait2 makna dibawah;

[1] Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[2] Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
[3] Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[4] Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
[5] Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
[6] Tunjukilah kami jalan yang lurus.
[7] Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Google Image

 

P/s: Sekarang dah masuk bulan Rejab, meh kita berpuasa ramai2 menambah amalan yang tak seberapa nih.. Smile