Thursday, March 24, 2011

Tengok apa tu?

Salam sejahtera bloggers,

Godek2 album lama dalam external hardisk, terjumpa la plak gambar kat Labuan dulu2. Back to 2008/2009. Very great memory to remember. Pictures taken near Swimming pool area Waterfront Hotel Labuan.

Pitya

 

P/s : Sangat suka outstation sebab tak perlu IRON baju opis yang hendak dipakai selama seminggu. Baju 5 helai plus seluar 5 helai. Ada 10! serious tak suka keje2 meng’iron’ nih since dari sekolah lagik.. So, sapa nak tolong iron baju neh? ;p

Sunday, March 20, 2011

Malar Hijau – Hindi Movies

Salam,

Jom dengar lagu2 lama filem Bollywood yang sangat terkesan di hati~ ;p

Saturday, March 12, 2011

Life cycle

Salam petang sabtu bloggers,

Hujan renyai2 selepas asar tadi masih menyimbah bumi Tikam Batu, kampung halamanku terchenta. Sekejup jer dah Ahad dan aku ada 2 hari lagi untuk menghabiskan sisa-sisa cuti bersama keluarga tersayang.


Just wonder about life cycle for those early 25 year old. Where are we heading to? School ->College/University ->Working+Travelling -> Family + vacation.

Is that so? Hmm, well the hardest part is getting the suitable and comforable work after completed study and getting ready for carving another history with spouse which is getting married.

Getting married? Headache when come back at the type of family theme to be carved together. We are we after getting married in term of daily routine, daily expenses and commitment to each other raising kids and work to support family needs and wishlist from both party.

So, to those who would like to chip in anything regarding 'we are we after getting married',please do so. Your comment is really2 appreciated.

P/s : suka bau haruman bunga durian yang berguguran di halaman rumah~

Thanks,

Hafizd Yahaya

Sent from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, March 1, 2011

Masak!

Salam Sejahtera!

Sesetengah orang masak untuk makan. Sesetengah orang masak bukan setakat untuk makan, malahan untuk lepaskan stress, untuk visual enjoyment, malahan ramai yang masak untuk menyara hidup sendiri, anak, bini, anak sedara, awek, ataupun binatang kesayangan.

Jadi disebabkan ada banyak justification yang digunakan oleh orang ramai untuk masak, maka bermacam macam cara kita boleh tengok orang memasak. Macam macam ragam, macam macam hasil.

Ketepikan soal rasa dan representation of the meals, mari fokus lebih dalam kepada soal prosedur memasak:

Memasak ni juga merupakan salah satu aktiviti yang memerlukan skil pengurusan projek (projek management). Macam mana pulak tu kan? Well....there are five main process groups of project management: initiation, planning, execution, monitoring, and closing.

Initiation ni pada pendapat si bijak pandai yang malas samalah maksudnya macam angan angan mat jenin. Jadi si Ramli hari ni terase nak makan ayam. Maka beranganlah Ramli nak makan ayam masak ape agaknya. Goreng ke masak kunyit ke rebus ngan cendawan ke makan mentah mentah ke.

Planning. Maka berlari lah Ramli ke pasaraya UO Taman Melawati (UntungOrangramai). Rupanya UO takde jual barang basah. Patah balik ke kedai runcit sebelah Restoran Choice. Beli ayam beli kubis bunga. Check2. Ada jual serai. Angkut jelah sekali. Buat ayam masak serai sudah.

Execution. Sampai ke rumah si Ramli pun sibuklah meracik bawang. Menumbuk lada. Menitik serai dan halia. Ayam dikerat kecik kecik sekecik bunga tayar motor scrambler. Siap barang barang mula ditumis. Digoreng. Dah setel tu masukkan kubis.

Monitoring. Sepanjang masak tu Ramli gunakanlah skil dan pengalaman dia nak gauge bawang dah cukup masak ke belum. Ayam dah cukup garing ke liat macam kulit obor obor lagi. Cukup masin ke dah macam lori garam eksiden tumpah dalam kuah bubur lambuk masjid kampung baru ke.

Closing. Nak memastikan semua nya siap sempurna dah siap masak Ramli mulalah basuh kuali basuh sudip. Susun ayam cantik cantik atas pinggan. Karang panggil Julia Rais ajak makan sekali bolehla tanya dia apa macam rasenye. Sedap ke tidak ke. Boleh ke rasenye nak bukak francais macam Otai Burger?

Sebenarnya dalam hidup kita sehari hari ni banyak yang kita boleh belajar. If only we know what to look for. Sayangnya more often than not we took things for granted. Ilmu Allah tu kan luas seluas tujuh lautan. Ilmu yang diilhamkan kepada manusia pulak banyaknya bolehla diumpamakan kuantitinye macam titis air yang melekat kat suku jari yang direndam dalam tujuh lautan tu. Jadilah.


P/s : Add me up to those own BB by scanning the bar code as shown.. :)
Thanks,

Hafizd Yahaya

Sent from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, February 23, 2011

Daily tripping!

Salam sejahtera penulis2 blog tegar,


First of all, thanks for visiting my blog walaupon dah takdak frequent update dari penulis.

Diam tak diam dah nak abes bulan Februari dalam masa kurang dari 5 hari. Yerp, ada 28hb je for this month kan? Sebab apa 28 hari saja, sila refresh semula masa belajar di sekolah rendah.

Just nak bagitahu yang penulis dah berpindah umah dari Wangsamaju ke Taman Melawati. Reason? Sebab parking kat area umah lama tersangatlah sempit! Serius sempit dan bila nak keluar malam, memang nanges lah nak cari parking semula. :(

Pro and Con umah baru nih as per below;

Pro:
- Parking lot banyak
- Rumah satu tingkat and partially furnished. Tak perlu naek turun tangga.
- Housemate yang pembersih
- Boley masak memasak! Yerp, sgt berbaloi2
- Dapat filter barang2 yang mahu dan tak diperlukan or yang perlu dibawak balik kampong. :p
- Ada wireless free..hehe, tp sengal sket sb signal nda lah kuat.
- Umah atas bukit Mas, so pagi2 dah mcam Cameron Highland bak kata Sayut!

Con :

- Agak jauh dari LRT Wangsamaju & Gombak untuk menapak
- Kalo naek Taxi, approx dalam RM7 satu hala so tak dapat berjimat lah kalo nak travel since kene hire taxi instead of seret je bag dari LRT ke umah as I did before.
- Kena bergantung harap kat kenderaan.


In the nut shell, life must go on and cherish tapi without streamline flow would be turbulent; consequently resulting in enormous pressure and energy loss. Hati mesti mau kering bak kata mat rempit, tapi kalau kering sangat nanti berkemarau kontang dan gersang.

Sebaiknya in this life we should have balanced dosage of everything. Yin dan yang bak kata confucious. Kalau semua ekstrem business tak boleh jalan derrr.

Pernah dulu ada kawan bagitahu, hantu kalau kuar hari siang pun ade orang yang takut jugak. Walaupun secara umumnya orang takut gelap; takut hantu; but it doesn't mean kalau hantu muncul hari siang tayang siong besar tayar lori dengan rambut selirat macam akar pokok kelapa kita boleh selambe picit jerawat dia.

My point is we can be anything. An engineer cum musician cum non-professional racing driver cum buaya darat; tapi as long as we are able to keep our identity; our essence; our own brands, insyaAllah people would still have the same impression on you; be them your boss, colleagues, skandal, cikgu,anak jiran rumah bawah, etc.

Baik buruk tu is a different matter. Apalah sangat buruk di mata seorang hamba. As long as you are true to yourself everything will be fine. Sekurang kurangnya kalau buruk benar pun akibatnya ia adalah hasil pilihan kita sendiri. Bukan hasil pengaruh orang. Tepuk dada tanya selera. Berani buat berani tanggung. Choose life!


Thanks,

Hafizd Yahaya

Sent from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, February 1, 2011

Br0ga Hill ditawan~

Salam sejahtera bloggers,

Ditengah-tengah lautan nh lar terasa gigih nak upload gambar2 menawan Broga Hill last 16 January 2011. The first kick-start for 2011 kunun-kununya. It was unplanned activity actually but then,we managed to make it happen! Congrats to me, Zai,Alia and Baiti. We were supposed to have more participants but, end uponly 4 of us. Overall, the hiking started on 5AM in the morning and the duration to the top was 45minutes.

Departed from Wangsamaju at 330AM since we are expecting lost in direction to Semenyih, actually we did lost. haha.. Luckily not only us,but there 2 team lost as well during finding out the parking space for Broga Hill.

Alia & Baiti 140 152  168 171 182 185197 235 251262 280 283 

p/s: Really enjoy the hiking and fun time. Wish i could go and explore other exciting places as well~

Friday, January 21, 2011

Senyum~

anisjojo_wedding (7)

Wanita hari ini jaga sensitiviti
Kalau buah hati merajuk boleh cuba ayat ini

Kacak luar
Kacak dalam
Kacak dengar sini
Kalau saya senyum
Awak mesti senyum sekali
Kalau kita senyum
Semua orang berjangkit
Bila semua orang senyum
Dunia tiada penyakit

- tribute to my GulaHati~ -

Wednesday, January 5, 2011

Hmmm

Kepadamu aku terus terang,
Bahwa aku memang masih sayang,
Hanya kamu yang aku sayang,
Bersamamu jiwaku melayang...


Thanks,

Hafizd Yahaya

Sent from my BlackBerry® smartphone

Monday, December 20, 2010

Coffee House

Bismillahirahmanirahim & A very good day to bloggers~

Agak bersawang gak ler blog aku nih…bukan takmo update, tapi tak bekesempatan plus internet plak slow. Furthermore, dok kat offshore lagi lar internet macam sipot. Nak load email pon satu hal, inikan plak nk hupdate. Tapi kan..blog nih lar tempat aku share sapa diri aku yang sebenarnya sebab semua interest and hobby ada kat sini termasuklah apa yang berlaku di sekeliling~ ;)

Sekarang musim apa? Kalo hujung2 tahun nih of course la musim tengkujuh. Musim banjir dan ombak besar di perairan Laut Cina Selatan. So, sebabkan standby due to bad weather, dapat la layan sampi abes satu series drama Korea kat atas kapal nih. Coffee House. Cerita biasa jer, tapi lama-lama mesti la sangkut sebab jalan cerita dan lagu dia interconnected! Cuba click dan dengar lagu kat bawah nih.

watak utama yang clumsy

Cerita pasal seorang writer, eh 2 orang sebab sorang masterjee and sorang junior. Tapi yang melampaunye dalam citer sumer bekerjaya hebat2, antaranya Publisher novel, Tauke Kedai Barista Coffee, Penulis Novel Tersohor etc.. Semua hebat-hebat belaka plus kereta yang mewah dan sporty~ In end cerita nih mmg unexpected, so kene la tengok sendirik yer.. Dalam banyak2 lagu, lagu kat bawah nih lar paling best!

To read full summary, click here~

Thursday, December 2, 2010

Happy born-day!

Salam Sejahtera,

Mode malas hupdate blog, tapi sebab hari nih special day, kene gigih gak update walaupon sket. Tapi gambar jer yang banyak dari nukilan. Wishing to my best buddy i ever had – Sayuthy a Happy Bufday! All the best in your future undertaking. We’ve been together since my 2nd project in work life back in 2008 until now.  The friend is the man who knows all about you, and still likes you. I still like you.  Happy birthday!

sayuhty

151

sayuthy family

p/s: Merasa hujung-hujung tahu jadi orang laut jer lah…Aja Aja FIGHTING!