Tuesday, March 1, 2011

Masak!

Salam Sejahtera!

Sesetengah orang masak untuk makan. Sesetengah orang masak bukan setakat untuk makan, malahan untuk lepaskan stress, untuk visual enjoyment, malahan ramai yang masak untuk menyara hidup sendiri, anak, bini, anak sedara, awek, ataupun binatang kesayangan.

Jadi disebabkan ada banyak justification yang digunakan oleh orang ramai untuk masak, maka bermacam macam cara kita boleh tengok orang memasak. Macam macam ragam, macam macam hasil.

Ketepikan soal rasa dan representation of the meals, mari fokus lebih dalam kepada soal prosedur memasak:

Memasak ni juga merupakan salah satu aktiviti yang memerlukan skil pengurusan projek (projek management). Macam mana pulak tu kan? Well....there are five main process groups of project management: initiation, planning, execution, monitoring, and closing.

Initiation ni pada pendapat si bijak pandai yang malas samalah maksudnya macam angan angan mat jenin. Jadi si Ramli hari ni terase nak makan ayam. Maka beranganlah Ramli nak makan ayam masak ape agaknya. Goreng ke masak kunyit ke rebus ngan cendawan ke makan mentah mentah ke.

Planning. Maka berlari lah Ramli ke pasaraya UO Taman Melawati (UntungOrangramai). Rupanya UO takde jual barang basah. Patah balik ke kedai runcit sebelah Restoran Choice. Beli ayam beli kubis bunga. Check2. Ada jual serai. Angkut jelah sekali. Buat ayam masak serai sudah.

Execution. Sampai ke rumah si Ramli pun sibuklah meracik bawang. Menumbuk lada. Menitik serai dan halia. Ayam dikerat kecik kecik sekecik bunga tayar motor scrambler. Siap barang barang mula ditumis. Digoreng. Dah setel tu masukkan kubis.

Monitoring. Sepanjang masak tu Ramli gunakanlah skil dan pengalaman dia nak gauge bawang dah cukup masak ke belum. Ayam dah cukup garing ke liat macam kulit obor obor lagi. Cukup masin ke dah macam lori garam eksiden tumpah dalam kuah bubur lambuk masjid kampung baru ke.

Closing. Nak memastikan semua nya siap sempurna dah siap masak Ramli mulalah basuh kuali basuh sudip. Susun ayam cantik cantik atas pinggan. Karang panggil Julia Rais ajak makan sekali bolehla tanya dia apa macam rasenye. Sedap ke tidak ke. Boleh ke rasenye nak bukak francais macam Otai Burger?

Sebenarnya dalam hidup kita sehari hari ni banyak yang kita boleh belajar. If only we know what to look for. Sayangnya more often than not we took things for granted. Ilmu Allah tu kan luas seluas tujuh lautan. Ilmu yang diilhamkan kepada manusia pulak banyaknya bolehla diumpamakan kuantitinye macam titis air yang melekat kat suku jari yang direndam dalam tujuh lautan tu. Jadilah.


P/s : Add me up to those own BB by scanning the bar code as shown.. :)
Thanks,

Hafizd Yahaya

Sent from my BlackBerry® smartphone

2 comments:

  1. mana gambar ayam masak serai nye?
    btw, bile nak kawen? jemput eh.. hehe

    ReplyDelete
  2. heheh...nnti lar ada masa..nih taip via bb jer and edit smula gna laptop.. =)

    ReplyDelete

Please leave your comment here =)