Monday, December 15, 2008

Sad ending of 2008

Bismillahirahmanirrahim and a very good day fellow readers!

Sebelum tu, nak mintak kawan2 tolong sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah Grandpa saya yang baru meninggal dunia jam 8.30pm tadi. Tak lupa juga kepada Arwah Grandma yang dah hampir genap sebulan meninggal dunia.

Al - Fatihah~

Semoga roh Allahyarham Rejab Bin Khamis dan Tok Nab ditempatkan di tempat orang yang dirahmati Nya. Amin.

Penghujung tahun 2008 merupakan detik penuh kesedihan kerana kehilangan orang yang tersayang secara mengejut. Tambahan pula, tanggungjawab kerja menyebabkan aku mengalami kesukaran untuk pulang tepat pada masanya. Aku pasrah. Masih ku ingat, Tok melompat kegirangan semasa aku memberitahu aku ditawarkan bekerja di Petronas. Aku masih ingat lagi 5 bulan yang lepas. Tapi, aku belom sempat untuk berbakti kepada Tok Wan. Kini, hanya tinggal kenangan. Tiada lagi hiruk pikuk Tok Wan bertukang di sekeliling rumah. Tak ada lagi kedengaran bunyi motosikal keluar masuk kampung pada waktu pagi sewaktu pergi ke dusun. Tinggallah Tok Pah saya keseorangan di kampung. Tok, tabahkan hati ya.

Sebenarnya, Aku masih tidak percaya tetapi aku harus menerimanya dengan redha. Sudah suratan Ilahi. Petang tadi, kembarku ada menghantar SMS berbunyi ;

''Baca Yasin kat Wan Mad, dah tenat"

Aku ingat itu sms biasa, tetapi sebenarnya tidak. Itu merupakan tanda terakhir dan pada asar tadi aku sempat melafazkan doa untuk memudahkan urusan Tok Wan di dunia serta akhirat. Aku tak sempat membaca Yasin kerana terlalu sibuk. Ya Allah, ampunkan aku kerana tenggelam dalam kesibukan dunia.

Semasa bersama teman2 untuk makan malam, aku dapat panggilan telefon dari adik perempuan ku sambil menangis;


"Abang, Tok Wan dah meninggal. Baru sebentar tadi, jam 8.30mlm. Mama suruh doa dari jauh sedekah kt arwah sebab kebumi jam 11pg esok."

Aku terkelu dan beristigfar panjang. Flight untuk malam ini dah tiada, maka aku akan terlepas juga untuk menatap wajah Tok Wan buat kali terakhir. Aku akan pulang pada hujung minggu ini seperti yang dirancang pada awalnya, InsyaAllah.

** Salah ke taruk gambar2 arwah dalam entry? sile advice,TQ.

9 comments:

  1. huhu pitya, takziah k. semoga rohnya dicucuri rahmat.

    ReplyDelete
  2. salam takziah, smoga roh nya di tempatkan di kalangan org2 beriman, amin.

    ReplyDelete
  3. Takziah, semoga ruhnya dicucuri rahmat.
    Memang sedih kehilangan orang2 tersayang, tapi nak buat macam mana kan.

    Kak Iza pun paling takut part kehilangan macam ni...sedih sangat rasanya.

    ReplyDelete
  4. Jazlin:

    Tq Jazlin. Amin

    Faeza:

    Amin.. Tq vm

    Kak Iza:

    Bler baca komen akak neh, tetibe je meremang bulu roma saya.. mmg takut kalo part2 kehilangan neh. tambahan lg, duk jauh dari kampung.. ya Allah, ampuni dosa tok wan..amin

    ReplyDelete
  5. Takziah pitya. Al-Fatihah buat arwah, moga rohnya sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan yang beriman. Amin.

    ReplyDelete
  6. Salam takziah,
    Al-Fatihah.
    Daripada Allah kita datang, dan kepadanya juga kepadaNya juga kita kembali.

    http://shahadan-active11.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. Moroka, Anto, Shahadan & Aim-a:

    Thanks.. semoga dicucuri rahmat keatas roh Tok Wan Mat.. Amin...

    ReplyDelete

Please leave your comment here =)